special chapter ( Zack Aryan & Nabella Aufia)

112 6 0
                                    

Pagi itu Aryana bangun awal untuk menyiapkan anak anaknya. Hari ini mereka sekeluarga akan menghadiri majlis persandingan Zack Aryan.

Ya Zack sudah berkahwin semalam bersama dengan wanita pujaannya setelah sebulan mereka bertunang

"Anak anak mama tunggu sini kejap ye, mama nak tengok papa kamu dulu" arah Aryana sebaik saja dia selesai menyikat rambut anak perempuannya. Tengku Arsyila Humaira yang berusia 2 tahun.

"Baik mama" jawab Han dan Hazriq serentak sebelum mereka melangkah ke tempat permainan yang dijaga oleh anak buah Tengku Ashraf manakan Arsyila pula dijaga oleh babysitter.

Aryana melangkah ke bilik mereka lalu memandang Tengku Ashraf yang sedang bersiap, dia kemudian menghampiri lelaki itu.

"Tak sekarang ni abang ke Zack yang nak kahwin" soalan yang tidak terduga keluar dari mulut Aryana apabila melihat penampilan suaminya.

Tengku Ashraf mengenakan baju Melayu Berwarna hitam serta dipadankan dengan samping. Nampak ringkas namun masih kelihatan segak bergaya.

"Soalan apa sayang tanya ni? Mestilah Zack yang kahwin. Mustahil abang kahwin lain kalau hati abang ni dah penuh dengan kasih sayang d ari isteri abang ni" Tengku Ashraf menjawab sambil menatap isterinya. Dia tahu Aryana mudah berfikir bukan bukan disebabkan wanita itu sedang mengandung. Alhamdulillah rezeki mereka kini Aryana mengandung anak yang keempat.

"Maaf abang, Yana ingat abang nak kahwin lain. Ya lah dah abang pakai handsome sangat dah kenapa" sekali lagi Aryana melihat penampilan lelaki itu. Tengku Ashraf masih segak walaupun usianya sudah mencecah 32 tahun.

"Handsome ke? Bagi abang biasa je" Tengku Ashraf melihat imejnya sendiri di cermin.

"Suami Yana mana pernah tak handsome. Tapi Yana takkan taknak kongsi abang dengan orang lain" Aryana berkata tegas. Dia tidak rela sekiranya harus berkongsi Tengku Ashraf dengan orang lain sebab Tengku Ashraf hanya milik dia. Tiada istilah isteri kedua mahupun ketiga, dia todak rela dimadukan.

"Ye sayang abang tahu. Sayang tak perlu kongsi abang dengan orang lain pun sebab abang milik sayang selamanya bermula dari akad nikah kita dulu" lelaki itu membalas lalu memeluk erat pinggang isterinya. Ya dia hanya milik Aryana dan Aryana hanya milik dia. Dia berjanji pada dirinya sendiri bahawa dia akan setia bersama Aryana sehingga maut memisahkan mereka.

Aryana yang mendengar kata kata Tengku Ashraf tersenyum lebar. Dia suka mendengar ayat suaminya yang setiasa mampu membuatkan hatinya berbunga bunga.

"Jom turun. Kesian anak anak tunggu kita" tangan Aryana digenggam lalu mereka turun ke bawah dengan perasaan yang bahagia.

-------------------------------------------------------------

"Pa..pa" tersenyum lebar Arsyila apabila melihat papanya. Maklumlah Arsyila ni manja dengan Tengku Ashraf. Sama seperti Aryana.

"Hye princess. Amboi cantik betul anak papa ni. Cantik cantik nak pergi mana ni?" tubuh kecil Arsyila didukung lalu pipi bulat anaknya dicium berkali kali sehingga Arsyila merengek.

Aryana hanya memerhati tingkah laku suaminya sambil tersenyum manis.

"Sayang, abang nak pergi panggil Han dengan Hazriq dulu" Tengku Ashraf menyerahkan Arsyila pada isterinya. Harap harap tak kantoi yang gaya rambut anaknya sudah rosak kalau tak mengamuk isteri dia nanti.

Mata Aryana automatik membulat saat melihat rambut Arsyila sudah rosak. Tanpa membuang masa terus dia mengatur semula rambut anaknya.

Sementara Tengku Ashraf pula sedang memanggil anak mereka

"Han. Hazriq. Nanti lagi main ye, kita dah nak pergi ni" Tengku Ashraf berkata dengan nada lembut. Kalau dengan anak anaknya dia tak pernah tinggi suara kecuali mereka ada buat salah. Tapi itu tidak bermakna dia manjakan anak anaknya. Han dengan Hazriq dia hantar ke kelas teakwando seawal usia mereka 3 tahun.

"Baik papa" mereka berdua terus melangkah ke dalam rumah semula untuk mencuci tangan terlebih dahulu.

"Mama. Ada nampak tak kasut Han?" soal Han apabila dia tidak menjumpai kasutnya. Tapi yang peliknya kasut Hazriq ada

"Cuba kamu tengok dekat rak lagi satu" jawab Aryana yang sedang memakaikan kasut di kaki Arsyila

Han terus melihat di tempat yang mamanya beritahu. Dia tersenyum apabila melihat kasutnya ada di situ. Nasib baik tak hilang kalau tak mesti dia kena ceramah dengan papa sebab cuai.

-------------------------------------------------------------


Tengku Ashraf tersenyum nipis apabila melihat orang kanannya yang berada di atas pelamin. Dia tak sangka Zack sudah berkahwin. Kahwin dengan polis pula tu.

"Dipersilakan sahabat handai pengantin untuk memberikan ucapan" ujar pengaca majlis itu selepas adat bersanding telah selesai.

Tengku Ashraf bangun lalu berjalan ke tengah tengah dewan itu sebelum mencapai mikrofon.

Zack automatik melihat ke depan apabila terdengar seseorang mencapai mikrofon. Dia terkejut saat melihat mikrofon itu selamat berada di tangan Tengku Ashraf.

"Tahniah Zack atas perkahwinan kau. Satu je aku nak pesan. Jaga isteri kau baik baik. Terima dia apa adanya. Kalau aku tau kau buat benda bukan bukan dekat dia memang aku terus pecat kau. Itu saja" mikrofon kembali diserahkan pada pemgaca majlis.

Zack hanya angguk. Mana mungkin dia nak buat benda bukan bukan dibelakang Nabella. Nak dapatkan hati Nabella pun bukannya senang, banyak benda dia perlu buat.

Nabella hanya diam dan tersenyum manis me arah semua orang. Sejujurnya dia tidak menyangka majlis mereka akan berlangsung gah seperti ini.

"Mari sayang, abang nak kenalkan sayang dengan bos abang" Zack menghulurkan tangan tanda mahu gadis itu mengikutinya.

Lambat lambat Nabella menyambut huluran suaminya.

"Selamat pengantin baru, Zack" ucap Aryana lalu tersenyum nipis ke arah pasangan itu.

"Terima kasih puan. Oh ye puan kenalkan isteri saya, Nabella Aufia" Zack memperkenalkan Nabella pada Aryana.

"Oh hi Nabella. Cantiklah awak ni. Patutkah Zack berkenan" Aryana memuji Nabella. Nabella memang mempunyai kecantikan tersendiri yang unik.

"Saya biasa je datin. Datin lag cantik dari saya" Nabella merendah diri. Tidak sangka dia akan berdepan dengan Datin Sri. Maknanya suaminya itu bukan orang biasa biasa.

"Dalam dunia ni kita semua sama Nabella. Tak ada yang lebih tak ada yang kurang. Jadi kita kena bersyukur kita dicipta sesempurna macam ni. Jadi awak jangan cakap macam tu" nasihat Aryana pada Nabella.

Nabella terkedu selepas mendengar nasihat Aryana. Semua yang dikatakan wanita itu benar belaka.

"Rancak betul. Ada apa apa ke?" soal Tengku Ashraf yang baru muncul dari bahagian makanan. Han dan Hazriq turut mengejar langkah bapanya.

"Tak ada apa Tengku" balas Zack lalu berdiri di sebelah isterinya.

"Sayang, kenalkan ni bos abang. Tengku Ashraf" Zack memperkenalkan Tengku Ashraf pada Nabella. Nabella hanya menganggukkan kepalanya begitu juga dengan Tengku Ashraf.

To be continued

13/5/2024

Ni special chapter khas untuk Zack Aryan dan Nabella Aufia. Kisah mereka akan disambung di cerita yang lain

Macam biasa kalau dah baca jangan lupa vote and comment. Thank you.

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now