chapter 27

283 12 3
                                    

3 tahun kemudian

Usai menidurkan sang anak, Aryana kembali ke biliknya semula. Sempat dia mencium kedua dua orang puteranya itu.

Semampainya dia di bilik dia melirik ke arah jam digital yang terletak di atas meja.

"Dah pukul 10, tapi Ashraf tak balik lagi"  bisik hati Aryana. Dia rasa pelik disebabkan tidak pernah Tengku Ashfar pulang ke rumah selepas pukul 10, biasanya suaminya akan pulang selewat lewatnya pukul 7.

Tidak lama kemudian kedengaran enjin kereta memasuki perkarangan rumah. Aryana segera turun ke tingkat bawah untuk menyambut kepulangan suaminya.

Namun selepas pintu terbuka, kelihatan Zack dengan wajah seperti tergesa gesa.

"Zack, suami saya mana?" soal Aryana selepas dia mendapati hanya Zack yang ada di situ.

"Saya sebenarnya datang sini nak sampaikan satu berita tak baik untuk puan" Zack menghembuskan nafasnya perlahan, berita yang dia bakal sampaikan nanti ada kaitan dengan Tengku Ashraf.

"Be..berita apa tu Zack?" Aryana sudah mulai panik.

"Sebenarnya Tengku kemalangan masa dia dalam perjalanan balik ke pejabat waktu tengah hari tadi" Zack memberi tahu berita itu. Tadi semasa Tengku Ashraf hendak pulang ke pejabat, tiba tiba kereta yang dinaiki lelaki itu hilang kawalan tetapi nasib baik Tengku Ashraf sempat diselamatkan.

"Macam mana keadaan dia sekarang?" Aryana masih cuba bertenang walaupun dalam hatinya sudah gelisah. Ye lah siapa je tak gelisah kalau suami sendiri kemalangan.

"Dia dah sedar puan,  cuma masih ditahan di hospital" kali ini Zack berkata sedikit tenang.

"Saya nak pergi hospital" Aryana akhirnya membuat kata putus. Dia ingin menemani suaminya di hospital.

"Tapi puan, dah malam ni.  Siapa nak jaga tuan muda Han dengan tuan muda Hazriq?" soal Zack dengan nada risau,  mana mungkin kembar itu akan ditinggalkan berseorangan di rumah.

Aryana terdiam buat seketika, dia tidak mahu meninggalkan anak anaknya sendirian di rumah walaupun sudah ada ramai maid yang dapat menjaga kembar itu. Semasa dia bekerja pun dia akan hantar Han dan Hazriq pergi rumah datin Ayara.

"Nanti saya call Rayyan suruh jaga budak budak tu, saya nak pergi hospital" Akhirnya Aryana membuat keputusan muktamad. Sengaja dia meminta tolong Megat Rayyan untuk jaga budak budak tu disebabkan kembar itu memang rapat dengan dia.

"Kalau macam tu mari saya bawa puan pergi hospital" pintu bahagian penumpang dibuka untuk memudahkan Aryana masuk.

"Terima kasih Zack" ucap Aryana sebelum masuk ke dalam kereta.

Zack hanya mengangguk sebelum bergerak ke bahagian pemandu.

-------------------------------------------------------------

Tidak lama kemudian mereka sampai di Ray's Hospital, Zack terus keluar dari kereta lalu membuka pintu untuk Aryana,  mereka kemudian berjalan ke arah pondok pegawai keselamatan.

"Maaf encik. Sekarang sesiapa tidak dibenarkan masuk melainkan kakitangan yang bertugas" sopan saja nada percakapan pengawal itu.

"Tapi encik, majikan saya nak jumpa suami dia dekat wad VVIP, boleh kami masuk tak encik" Zack masih cuba berbincang dengan pengawal itu.

"Kalau boleh tahu suami dia siapa ye encik?" pegawai itu bertanya terlebih dahulu, rasanya dia tahu siapa yang dimaksudkan lelaki muda dihadapannya ini.

"Nama suami dia Tengku Ashraf Haqeem, encik" Zack berkata sambil melihat ke arah lelaki itu.

"Oh, silakan masuk encik" mendengar nama itu dia terus saja membenarkan lelaki muda itu masuk. Dia tahu Tengku Ashraf itu siapa.

Macam mana dia tahu? Oh tentu saja disebabkan hospital ini milik kawan baik lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan Megat Rayyan.

Mereka berdua terus melangkah masuk lalu menuju ke wad vvip.

"Saya pergi dulu ye puan, kirim salam dekat Tengku" Zack terus melangkah meninggalkan Aryana. Ada sesuatu perkara dia perlu uruskan.

Melihat kelibat Zack menghilang, Aryana terus memulas tombol pintu.

"Sayang" Tengku Ashraf terkejut melihat kehadiran isterinya.

Laju saja Aryana mengatur langkah menghampiri Tengku Ashraf yang bersandar di kepala katil.

"Ya Allah abang, macam mana boleh jadi macam ni?" Aryana terkejut melihat kepala suaminya dibalut, bukan sedikit tapi banyak.

"Abang terlanggar gajah tadi sayang. Sebab tu jadi macam ni" Tengku Ashraf membuat lawak yang agak tidak masuk akal sehingga membuatkan Aryana geram.

"Banyaklah abang punya gajah. Ingat ni hutan ke ada gajah. Nak menipu tu pun agak- agaklah" Aryana membalas lalu satu cubitan kasih sayang dihadiahkan buat suami tercinta.

"Aduh, sakitlah sayang. Isteri abang nak jadi ketam betina ke apa" Tengku Ashraf mengusap perlahan tangannya yang dicubit oleh Aryana, boleh tahan sakit juga cubitan tangan kecil itu.

Aryana memandang suaminya dengan tatapan tajam, suka sangat main main. Kalau dia hempuk pakai tong gas kang tak pasal pasal dia jadi janda muda.

"Ha tu lah, main main lagi. Sekarang ni baik abang jujur macam mana boleh jadi macam ni" Aryana masih memaksa Tengku Ashraf untuk menceritakan perkara sebenar.

"Pendek cerita ada orang rosakkan brek kereta abang, lepas tu abang terlanggar kereta lain" Tengku Ashraf menceritakan perkara sebenar.

"Dah repot polis?" soal Aryana dengan tenang.

"Abang suruh Zack siasat. Dah ada bukti baru buat repot" jawab Tengku Ashrah sebelum mencapai tangan isterinya.

"Abang rindu gila dekat sayang. Nak mati dah abang fikir pasal sayang dengan anak anak kita" wajah isterinya ditenung penuh rasa cinta, sehari tidak berjumpa Aryana ibaratkan satu penyeksaan baginya, dia mengusap pipi si isteri sebelum menyatukan bibir mereka dalam beberapa saat.

Muka Aryana tiba tiba mendadak merah apabila mendengar kata kata suaminya sendiri. Walaupun sudah hampir empat tahun mereka berkahwin tetap dia malu apabila Tengku Ashraf berkata sedemikian.

Fuh macam ada rama rama dalam perut.

"Abang ni, dah sakit tu buat je cara sakit, tak payah nak mengada sangat" sekali lagi satu cubitan singgah di lengan Tengku Ashraf.

"Alah, abang mengada dengan sayang je. Ke nak abang mengada dengan perempuan lain?" Tengku Ashraf sengaja ingin mengusik Aryana walaupun hakikatnya dia tidak akan mencari perempuan lain kerana baginya Aryana sudah cukup sempurna di matanya. Hanya Aryana yang mampu menghuni hatinya, hanya Aryana yang mampu meredakan dirinya ketika dia marah dan semuanya ada pada Aryana.

"Abang jangan macam-macam, sedar sikit abang dah jadi bapak orang" Aryana geram mendengar kata kata suaminya itu. Hey dah jadi bapak orang pun nak menggatal lagi ke.

"Sayang,  abang gurau je, bagi abang sayang dah cukup sempurna takkan nak cari lain" tubuh isterinya dipeluk tanpa menghiraukan sekeliling. lagipun mereka kan berada di wad VVIP.

Bibir Aryana automatik tersenyum saat mendengar Tengku Ashraf memujuknya, pandai betul encik suami beli jiwa kita ye.

"Disebabkan orang tu dah beli jiwa kita, jadi orang ni tak merajuk dah" Aryana berkata sebelum membalas pelukan suaminya.

Pada akhirnya mereka tertidur bersama sama di katil hospital itu.

To be continue

Rasa lama tak update ye

Macam biasa jangan lupa vote and comment. Thank you

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now