Chapter 16

298 16 2
                                    

Setelah meluangkan masa lebih seminggu di Sarawak akhirnya mereka pulang kembali ke Kuala Lumpur. Selepas tiba di rumah, mereka berdua terus merebahkan diri di atas katil.

"Thank you abang, Boleh tak kita datang sana lagi" tubuh Tengku Ashraf dipeluk erat. Dia sangat gembira sewaktu mereka berada di Sarawak.

"Boleh sayang, untuk isteri abang semua boleh" dahi isterinya dicium beberapa kali.

"Kalau macam tu, boleh tak Yana nak drive kereta sendiri" Aryana mencuba nasib. Mana tahu Tengku Ashraf izinkan.

"Kalau yang tu abang tak izinkan" pantas saja Tengku Ashraf menjawab, dia tidak ingin sesuatu yang buruk berlaku pada isterinya.

Memang benar dia sudah mengarahkan anak buahnya untuk memantau isterinya namun dia tahu perangai Aryana. Isterinya itu selalu lari dari Bodyguard, ikut perangai siapa pun dia tak tau.

"Ala, bolehlah abang" muka comel ditayangkan, dia belum berhenti memujuk Tengku Ashraf.

"Tak. Boleh" Tengku Ashraf menyebut satu per satu, dia takkan berubah fikiran kalau melibatkan keselamatan isterinya.

"Bolehlah ab.." belum sempat Aryana menghabiskan kata katanya tiba tiba bibirnya dicium

"Diam pun" lelaki itu ketawa perlahan

"Abang ni" Aryana memuncungkan mulutnya tanda tidak suka

"Apa, nak lagi" kening dinaikkan ke atas.

"Ish, Yana benci abang" tubuh Tengku Ashraf ditolak namun suaminya itu tidak berganjak sama sekali.

"I love you too sayang" jawab Tengku Ashraf lalu memeluk kembali pinggang isterinya dengan erat bagai tidak mahu dilepaskan.

"Abang oh abang, Yana nak tanya sesuatu boleh?" soal Aryana apabila mereka hanya diam namun tangan Tengku Ashraf dari tadi lagi mengusap perut isterinya.

"Tanya je sayang. Tak perlu minta izin" Tengku Ashraf memberikan kebenaran.

"Kenapa dalam fon abang ada banyak gambar Yana? Dari mana abang dapat gambar tu?" soalan kbat keluar dari mulut Aryana. Dia pelik dari mana Tengku Ashraf dapat gambar dia, banyak pula tu.

"Abang suka simpan gambar sayang. kalau abang rindu boleh tengok" Tengku Ashraf menjawab pertanyaan Aryana.

"Ye ke, ke abang obses dekat Yana, baik abang jujur tak baik tipu" Aryana berkata sambil tersenyum menampakkan barisan giginya.

"Kalau ye kenapa, sayang nak buat apa, hmm?" soalan Aryana soalan daripada Tengku Ashraf. Terlakar satu senyuman nakal di bibir lelaki itu.

"Kalau ye baguslah, itu maknanya ada nama Yana sorang dekat hati abang kan?" Aryana membalas lalu mencium kedua dua belah pipi si suami.

Tengku Ashraf terkejut dengan tindakan isterinya. Nakalnya sejak mengandung ni makin jadi pula ye. Tapi tak apa dia suka.

"Nama sayang akan terus menjadi penghuni hati abang, tiada perempuan lain yang boleh gantikan tempat sayang" Tengku Ashraf menjawab dengan pantas. memang lepas kahwin terus pandai mengungkapkan ayat manis. Kalau dulu bukan main pendiam.

Tiba tiba telefon Tengku Ashraf berdering menandakan ada panggilan masuk, dia terus mengangkat panggilan itu selepas melihat nama pemanggil.

Member bala( Rayyan)

"Woi!" tanpa salam Rayyan terus menjerit.

"Waalaikumsalam Megat Amsyar Rayyam, nak apa?" Tengku Ashraf menyoal dengan sarkastik. Kacau orang tengah ber ronantik betul lah.

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now