Chapter 9

340 26 2
                                    

"Sayang, bangun dah masuk waktu subuh dah ni" Tengku Ashraf mengejutkan Aryana untuk kesekian kalinya.

"Hmm, 5 minit" Aryana kembali memejamkan matanya.

"Sayang nak bangun atau abang mandikan sayang, nak?" Tengku Ashraf mengugut isterinya apabila tiada tanda tanda Aryana mahu membuka mata.

Mata Aryana automatik terbuka luas saat mendengar kata kata suaminya.

"Ye saya dah bangun ni, puas hati awak?" Aryana bertanya dalam nada kegeraman. Siapa je tak geram kalau tidurnya diganggu.

"Dah sayang pergi ambil wuduk. Kita solat sekali" Arah Tengku Ashraf. Dia turut membantu isterinya mengikat rambut.

Aryana terus menuju je bilik mandi untuk mengambil wuduk sementara Tengku Ashraf pula membentang sejadah untuk mereka berdua.

Telekung isterinya turut diambil dari dalam wadrobe mereka.

Selepas seketika, Aryana keluar dari bilik mandi lalu tersenyum manis ke arah sang suami yang sedang duduk di atas sejadah.

Mereka berdua pun solat subuh bersama sama.

Usai mengaminkan doa, Tengku Ashraf berpaling melihat isterinya yang masih bertelekung, senyuman terbit dbibirnya saat Aryana mencium tangannya. Tidak tunggu lama dia terus memeluk tubuh itu.

"Cantik betul isteri abang ni" tengku Ashraf memuji isterinya. Walaupun dalam persalinan solat Aryana masih kelihatan cantik, malah makin bertambah cantik.

"Memang saya cantik pun, awak je baru perasan" balas Aryana lalu ketawa.

"Ye lah sayang. Sayang menang" Tengku Ashraf hanya bersetuju dengan kata kata isterinya, nanti kalau dia bantah nanti tak pasal pasal Aryana merajuk. Dia juga yang kena pujuk.

"Apa pun jadi jangan tinggalkan abang tau sayang"

"Ye selagi Allah izinkan kita bersama saya takkan tinggalkan awak, tapi awak pun janji jangan tinggalkan saya" Aryana memandang ke dalam anak mata tengku Ashraf.

"Abang takkan pernah tinggalkan sayang, bidadari syurga abang" balas Tengku Ashraf lalu mencium kedua dua belah pipi isterinya.

Muka Aryana automatik memerah akibat tindakan mengejut suaminya itu, buat pertama kali ada lelaki lain selain arwah bapanya yang mencium pipinya.

Selepas itu mereka hanya diam sehingga Tengku Ashraf bersuara.

"Sayang pergi bersiap, abang nak bawa sayang pergi office abang" arah Tengku Ashraf setelah lama mereka dalam keadaan berpelukan.

"Hah? tapi saya kena pergi kerja" Aryana berkata perlahan.

"Lepas ni sayang tak payah pergi kerja. abang boleh tanggung hidup sayang. Sayang duduk je dekat rumah" Tegas saja suara Tengku Ashraf saat berkata demikian. Dia tidak mahu isterinya bekerja lagi.

"Mana boleh macam tu, sia sia je saya training awak tahu tak" Aryana menantang, memang tak lah dia berhenti kerja.

"Like or not sayang perlu juga berhenti kerja" masih sama keputusan Tengku Ashraf, dia tidak mahu isterinya bekerja. Dia lebih daripada mampu untuk menanggung hidup Aryana serta anak anak mereka nanti.

"Please Ashraf, saya nak kerja" Aryana masih tidak putus asa untuk memujuk suaminya agar lelaki itu berubah fikiran.

"Fine, abang izinkan sayang kerja tapi abang yang hantar dah ambil sayang. Deal?" Tengku Ashraf akhirnya membenarkan isterinya bekerja.

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now