Chapter 20

276 14 0
                                    

Selepas Tengku Ashraf kembali ke syarikat. Aryana mengambi keputusan untuk mengembara di sekitar mansion. Kira macam mengembara rumah tu.

Memandangkan perutnya yang agak besar, Aryana mengambil keputusan untuk menggunakan lift.

Dia memecah masuk ke setiap bilik sehingga dia berhenti di satu pintu untuk berehat seketika.

"Bilik apa ni ye?" soal Aryana pada dirinya sendiri.

Terdapat tumble print untuk mengakses masuk dan hanya cop jari Tengku Ashraf saja yang boleh akses.

Dia memasukkan beberapa nombor untuk membuka pintu itu namun tidak berjaya. Aryana cuba menggunakan tarikh perkahwinan mereka.

Pintu itu secara automatik terbuka, Aryana terkedu saat melihat apa yang ada di dalamnya.

Ada beratus ratus gambarnya yang tergantung di dinding. Gambar dari dia kecil sehingga sekarang. Gambar dia tamat latihan penerbangan pun ada malah gambar dia sewaktu bayi pun ada! Senang cerita satu bilik itu hanya dipenuhi gambarnya saja.

"Dari mana dia dapat gambar aku ni?" Aryana menyoal pada dirinya sendiri.

Dia kemudian berjalan ke arah satu foto yang terdapat dia dan seorang budak lelaki bermain. Aryana sungguh kenal budak lelaki itu.

"Tak mungkin mereka orang yang sama" kepala digeleng perlahan. Tak mungkin Tengku Ashraf itu sahabat baiknya sewaktu dia masih kecil. Sebab mama dah bagitahu dia yang kawan baiknya itu meninggal dalam satu kemalangan.

Aryana terus menghampiri kotak yang berada di penjuru bilik. Kotak itu dibuka untuk melihat apa yang ada di dalamnya.

Sekali lagi dia terkedu saat melihat isi kotak itu. Kotak itu mengandung mainan yang mereka main sewaktu kecil dahulu. Maknanya memang betul Tengku Ashraf itu sahabat baiknya dahulu.

Tapi kenapa mama cakap kawan dia dah mati?

Dia terus melangkah keluar dari bilik tersebut. Tidak sanggup untuk mengingat masa kecil mereka yang terlalu indah baginya.

Tanpa sedar perbuatannya diperhatikan oleh Tengku Ashraf melalui cctv.

-------------------------------------------------------------

"Zack"

Zack berpaling saat mendengar namanya dipanggil oleh Tengku Ashraf.

"Ye Tengku?" Zack berpaling melihat majikannya yang sedang melihat ke arah MacBook. Tengok cik puan ke tu?

"Aku nak kau siasat pasal kes semalam" Tengku Ashraf mengeluarkan arahan. Dia yakin kejadian itu dirancang oleh seseorang.

"Baik Tengku. Bagi saya masa dua jam" pantas saja Zack menjawab.

"Okey good. Aku nak balik kalau ada apa apa call je" tengku Ashraf bangun dari kerusi lalu melangkah keluar.

Zack hanya melihat langkah tuannya itu. Biasanya Tengku Ashraf akan pulang malam tetapi semenjak berkahwin lelaki itu selalu balik waktu petang, tak pun waktu tengah hari dia balik.

Maklumlah ada isteri.

Dia ni masih single.

-------------------------------------------------------------

Aryana terus pergi ke hadapan pintu untuk menyambut kepulangan
suaminya.

"Assalamualaikum sayang" Tengku Ashraf memberi salam sebelum melangkah menghampiri isterinya.

"Waalaikumsalam abang. Awal balik" tangan Tengku Ashraf di salam sebelum kot di tangan suaminya di ambil.

"Abang balik awal sebab rindu sayang" tangan Aryana di pegang lalu di bawa ke kerusi.

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now