Chapter 17

292 15 2
                                    

"Mana pula laki aku ni, tak reti nak balik rumah ke apa?" Aryana berkata sendiri, dia kemudian duduk di tepi kolam renang sambil membaca novel.

"Puan muda, buat apa dekat sini" seorang maid dalam usia lingkungan 30an menegur Aryana.

"Saja nak ambil angin kak" jawab Aryana dengan sopan memandangkan dia lebih muda.

"Baik puan masuk, kalau tengku nampak nanti mesti dia marah" bibik yang dikenali kak Salmah itu berkata.

"Baiklah kak, nanti saya masuk ye" Aryana menjawab sebelum tersenyum ke arah kak Salmah.

"Kalau macam tu, saya sembung kerja dulu ye puan, maaf mengganggu" pamit kak salmah lalu melangkah meninggalkan isteri majikannya itu.

Aryana hanya memandang langkah kak salmah, sebenarnya dia sudah mengantuk tetapi tidak boleh tidur kalau tiada Tengku Ashraf di sisinya.

"Bila abang nak balik ni" Aryana menyoal pada dirinya sendiri.

Aryana terus mencapai telefonnya lalu nombor Tengku Ashraf didail namun tidak dijawab oleh suaminya.

", tak apa, tidur luar kau nanti" bisik Aryana di dalam hatinya, dia pun melangkah ke lift untuk nak ke tingkat atas.

-------------------------------------------------------------


Tengku Ashraf terus memecut laju motosikal berkuasa tinggi miliknya membelahi jalan raya.

Tidak sampai 10 minit dia telah sampai di perkarangan mansion. Dia melihat anak buahnya sedang berkawal di sekeliling rumah.

Tanpa membuang masa Tengku Ashraf melangkah menuju ke biliknya, dia sangat merindui isterinya itu.

Tengku Ashraf masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Selepas seketika lelaki itu menuju ke katil lalu memeluk tubuh isterinya.

Aryana terus membuka matanya apabila tidurnya berasa terganggu, buka saja mata dia terus dapat melihat Tengku Ashraf tersenyum ke arahnya.

"Sayang, kenapa bangun ni?" soal Tengku Ashraf sambil mengusap rambut isterinya.

"Yana teringin nak makan kek yang abang buatkan" Aryana berkata perlahan. Tadi sewaktu dia lepak dengan Lisa dia terlihat iklan kek di kaca televisyen.

"Boleh sayang, tapi esoklah sebab nak kena beli bahan lagi" ujar Tengku Ashraf, harap harap isterinya tidak minta sekarang kalau tak habislah dia. Mana nak cari kedai buka tengah malam macam ni?

"Ok abang, jangan lupa tau. Janji?" jari kelingkingnya disatukan dengan jari kelingking tengku Ashraf.

"Ye abang janji, dah sekarang tidur ye sayang" tubuh Aryana ditolak agar berbaring di atas katil sebelum pinggang isterinya dipeluk erat.

"Sleep well my love" bisik Tengku Ashraf di telinga isterinya sebelum perlahan lahan matanya turut terpejam.

-------------------------------------------------------------

Seawal enam pagi lagi Aryana sudah berada di dapur untuk memasak walaupun mansion mereka sudah ada
ramai maid dan juga chef tetapi kesemuanya hanya diperlukan untuk melakukan kerja rumah saja kalau bab memasak memang dia akan uruskan.

"Puan nak saya tolong?"soal kak salmah selaku ketua pembantu di mansion itu.

"Tak perlu kak, saya boleh buat sendiri" Aryana menjawab sebelum tersenyum ke arah wanita separuh usia itu. Bukan dia tak biasa buat kerja macam ni.

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now