Chapter 25

272 18 0
                                    

Tengku Ashraf melangkah bersama Rayyan dan Rafiq meninggalkan mahkamah,  mereka bertiga hanya menayangkan wajah puas saat mendengar dato' Hisham serta lyiana dipenjara selama 20 tahun.

"Finally bro" Rayyan menghembuskan nafas lega. Setelah sekian lama akhirnya rancangan mereka berdua sudah sampai di penghujung.

Rancangan dimana mereka akan pastikan dato' Hisham masuk penjara.

"Jadi lepas ni tak payah lagi kita fikir pasal benda ni, dah serabut kepala aku" ujar Rafiq sebelum ketiga tiga jejaka itu melangkah menuju ke tempat parking kereta.

"Gerak dulu bro. Kirim salam dekat adik kesayangan aku tu ye" Rayyan sengaja menekan perkataan kesayangan itu. Tak lain tak bukan mesti nak buat Tengku Ashraf cemburu.

"Kau tak payah nak melebih ye.  Tak pasal pasal peluru tembus dekat kepala kau nanti" pandangan tajam dihadiahkan buat Rayyan.

Mereka kemudian bergerak ke destinasi masing masing.

"Tengku, ada nak singgah mana mana ke?" soal Zack apabila mereka terhenti singgah di stesen minyak.

"Singgah kedai terdekat. Isteri aku nak aiskrim" jawab Tengku Ashraf. Sikit lagi dia lupa nak belikan aiskrim untuk isterinya.

"Baik Tengku" Zack terus memecut laju kereta itu. Nak sampai on time lah kiranya.

Kereta itu berhenti di sebuah shopping kompleks sebelum mereka berdua melangkah masuk dalam untuk mencari aiskrim.

"Kau tak nak ikut?" soal Tengku Ashraf apabila melihat Zack statik di tempatnya.

"Tak Tengku, saya tunggu sini je" Zack menjawab dengan tenang.

"Tak apa lah kalau macam tu. Aku pergi dulu" Tengku Ashraf terus melangkah meninggalkan Zack bersendirian.

Zack hanya menghantar langkah majikannya dengan ekor mata. Dia kemudian melangkah menuju ke arah kereta namun secara tidak sengaja dia terlanggar seorang gadis hingga menyebabkan telefon gadis itu jatuh.

"Sorry cik. Saya tak sengaja, sorry sangat sangat" Zack memohon maaf pada gadis itu sebelum dia mengambil telefon yang jatuh lalu diberikan semula pada tuannya.

"Tak apa encik. Lain kali jalan tengok depan ye" gadis yang dikenali sebagai Nabella Aufia menjawab, telefonnya diambil semula sebelum tersenyum manis ke arah jejaka di hadapannya itu.

Yang pasti Zack lebih tinggi dari Nabella.

"Baik cik. Sekali lagi saya minta maaf ya" Zack melangkah meninggalkan Nabella.

"Boleh tahan cantik juga perempuan tu,  agak agak dia single lagi tak ye?" Zack bertanya pada dirinya sendiri. Tak apa nanti dia cari maklumat tentang gadis itu.

"Zack Aryan"

Zack tersedar dari lamunan saat namanya diseru oleh Tengku Ashraf.

"Maaf Tengku,  saya tak perasan" Zack menggaru lehernya yang tidak gatal.

"Tak pernah aku tengok kau termenung macam tu. Ada apa apa ke?" Tengku Ashraf memandang Zack dengan penuh tanda tanya.

"Tak ada apa apa Tengku" Zack cuba menutup perkara sebenar yang dia telah jatuh cinta dengan gadis tadi.

Cinta pandangan pertama lah tu.

"Dah,  jom balik"

Zack memandu semula kereta itu namun senyuman tidak lekang di bibirnya.

Tengku Ashraf hanya memandang orang kanannya dengan pelik. Dah kenapa senyum sorang sorang?

-------------------------------------------------------------

"Abang" Aryana terus mencapai tangan suaminya lalu disalam.

"Sayang, rindu abang ke, Hmm?" Tengku Ashraf menyoal sambil mengusap kepala isterinya, mereka berdua duduk di ruang tamu.

"Rindu sangat sangat" Aryana menyembamkan muka di dada suaminya.

"Oh really. Patutlah pakai baju abang" senyuman manis terukir di bibir Tengku Ashraf saat melihat isterinya memakai bajunya. Dengan perut bulatnya lagi, Aryana terlihat sangat comel di matanya.

"Baju Yana banyak yang tak muat jadi Yana rembat baju abang lah" jelas Aryana lebih kepada memberi alasan. Padahal dia sengaja pakai baju Tengku Ashraf.

Tapi memamg baju dia banyak sudah yang tak muat disebabkan kandungannya sudah berusia 9 bulan, lagi beberapa minggu dia dijangka akan bersalin.

Seketika Aryana teringat sesuatu. Dia kemudian memandang suaminya sebelum bersuara.

"Abang oh abang"

"Ye sayang" Tengku Ashraf mengalihkan pandangan ke arah sang pemilik hati.

"Nak aiskrim" Aryana mengerdipkan matanya berkali kali.

"Ok boleh, tapi dua sudu je" Tengku Ashraf memegang tangan Aryana sebelum mereka berdua melangkah menuju ke dapur.

Aryana hanya melihat suaminya membawa mangkuk kecil yang berisi aiskrim. Dia tersenyum lagi dan lagi.

Bahagianya.

"Makan sayang, tenung abang tak kenyang" ujar Tengku Ashraf selepas mangkuk berisi aiskrim itu di letakkan di depan Aryana yang dari tadi asyik merenung dia.

"Hehe abang handsome sangat tu lah Yana tengok abang" balas Aryana lalu tersenyum manis ke arah si suami, dia kemudian menyuap aiskrim vanila ke dalam mulut namun matanya masih tidak lepas dari memandang Tengku Ashraf.

Rasa bertuah pula dapat suami handsome.

Eh.

Tanpa sedar akhirnya aiskrim yang ada dalam mangkuk itu habis.

"Kalau dah habis jom kita mandi, tak lama lagi nak masuk waktu maghrib" Tengku Ashraf membantu isterinya mencuci mulut.

Aryana patuh akan arahan si suami. Isteri yang baik lah katakan.

Mereka berdua kemudian melangkah menuju ke lift sebelum naik ke tingkat 2 dimana bilik tidur mereka berada.

Usai menunaikan solat, tengku Ashraf terus memasak untuk makan malam mereka berdua sementara Aryana pula duduk di kerusi.

Kenapa? Semestinya Tengku Ashraf berkeras untuk masak.

Aryana hanya melihat pergerakan suaminya yang lincah memotong bahan. Bila diperhati Tengku Ashraf nampak sangat pandai memasak. Rasa kagum lah pula dengan suami sendiri.

"Sayang, dinner dah siap.  Mari kita makan" ujar Tengku Ashraf selepas dia memasak selama 30 minit.

Menu yang dia masak hari ini adalah ayam masak merah serta nasi beriani.

Nampak sedap bukan?

"Nak abang suap" Aryana meminta sambil tersenyum manis

"Ok sayang,  buka mulut" Tengku Ashraf menyuap nasi ke dalam mulut isterinya sehingga habis satu pinggan

Selesai makan,  Tengku Ashraf membantu isterinya mencuci tangan sebelum mereka naik ke tingkat atas.

To be continue

Tiba tiba rajin pula nak update

Apa apa pun jangan lupa vote and comment. Thank you

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now