Chapter 6

427 36 3
                                    

"Adik, jom turun tetamu dah sampai" datin Ayara mengetuk pintu bilik anaknya.

"Ye mama, kejap" balas Aryana dari dalam bilik. Dia nencapai tudungnya yang berwarna hitam untuk dipakai. Dia malas nak pakai sebarang make up lagipun bukan pergi mana mana. Dekat rumah sendiri juga kan.

Dia terus keluar selepas memakai tudung. Kelihatan kelibat mamanya sedang menunggu di lift.

"Mama, sebenarnya siapa tetamu yang datang tu?" soal Aryana ketika mereka berada di dalam lift.

"Nanti kamu tahu lah tu" jawab datin Ayara sebelum pintu ilft terbuka.

Aryana hanya mengikut saja setiap langkah datin Ayara.

Tangan Aryana ditarik agar duduk di sebelah ibunya, dahi Aryana berkerut saat melihat Tengku Ashraf turut berada di situ. Dah kenapa pula mamat ni ada dekat rumah dia?

"Kami sebenarnya datang ke sini ada hajat" Tengku Zayyan yang merupakan bapa Tengku Ashraf mula bersuara.

"Macam serius sangat je ni, apa hajatnya?" Soal datin Ayara walaupun dia sudah tahu.

"Anak aku, Ashraf berkenan nak jadikan Aryana isteri dia jadi kami datang ke sini nak meminang dia" bukan setakat tersentak malah Aryana hampir terkejut saat mendengar kata kata Tengku Zarina.

Sungguh dia tak sangka rupa rupanya Tengku Ashraf tidak bergurau.

"Saya setuju je, tapi kena tanya tuan badan sendiri" datin Ayara berkata lalu memandang Aryana yang duduk di sebelahnya.

"Bagi saya masa nak fikir jawapan" jawab Aryana dengan ringkas. Dia tidak yakin nak buat keputusan sekarang ini. Tambahan pula dia tiada pengalaman bercinta.

"baik kalau itu yang kamu nak, fikir dulu masak masak" Tengku Zarina tersenyum ke arah gadis muda itu. Dia menghormati setiap keputusan Aryana.

Tetapi tidak bagi Tengku Ashraf. Lelaki itu memandang Aryana dengan tatapan tajam. Nampaknya Aryana lupa dengan amarannya tempoh hari.

"Terima kasih auntie" ucap Aryana sebelum tersenyum nipis.

Tengku Ashraf bangun sebelum dia menghampiri mereka semua.

"Boleh tak saya nak bercakap dengan Aryana sekejap?" soal Tengku Ashraf pada Datin Ayara yang sedang berbual bersama Tengku Zarina.

"Silakan" Datin Ayara memberikan kebenaran untuk kedua anak muda itu berbincang.

Mereka berdua kemudian bergerak ke arah taman mini yang ada di halaman rumah.

"Kenapa you tak terima lamaran tu?" soalan yang tak terduga keluar dari mulut Tengku Ashraf hingga membuatkan Aryana terdiam.

"Sebab saya tak nak" Aryana menjawab dengan riak tiada perasaan.

Secara tiba tiba Tengku Ashraf melangkah menghampiri Aryana sebelum tubuh gadis itu ditolak ke dinding menjadikan pergerakan Aryana terhalang.

Serta merta tubuh Aryana kaku ditempatnya, tidak sangka Tengku Ashraf akan mengambil tindakan seperti itu. Dengan pantas dia cuba menolak tubuh lelaki itu namun pergerakan tangannya dikunci rapat di dinding.

"Apa awak buat ni!?" Aryana menyoal dengan nada tinggi. Dia rasa geram apabila lelaki itu sesuka hati menyentuhnya.

"Shh diam sayang, you nak abang abang you tengok kita macam ni ke. I tak rasa dia akan percaya cakap you" terukir senyuman sinis di bibir lelaki itu saat melihat Aryana diam. Nampak sangat kemenangan berpihak kepadanya.

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now