Chapter 4

432 31 4
                                    

Pagi itu,  Aryana bangun untuk bersiap. Dia mempunyai jadual penerbangan pukul 9 pagi nanti.

Dia menuju ke cermin untuk melihat penampilannya, selepas memastikan semuanya sempurna dia terus mencapai kunci kereta sebelum melangkah turun ke bawah untuk sarapan.

Belum sempat dia duduk di kerusi.  Dia mendengar suara abangnya.

"Seronok dating semalam dik?" soal Rafiq bersama lirikan nakal.

"Jangan risau,  dia masih single jadi kau masih ada peluang nak ngorat dia" suara Rayyan pula kedengaran, mereka berdua memang dah berpakat untuk mengusik Aryana malah mereka sudah merancang sejak awal pagi tadi.

Flahsback.

"Apa kata kita usik adik nak tak?" soal Rayyan apabila melihat kembarnya yang leka bermain game.

"Aku setuju" jawab Rafiq namun matanya masih fokus di telefon.

Dan selepas itu mereka menyusun rancangan untuk mengusik Aryana.

Tak lengkap hari mereka kalau tak usik adik kesayangan mereka itu.

End flashback.

"Korang boleh diam tak setan,  aku tak suka dia dan untuk pengetahuan korang. Kawan korang tu yang datang dekat aku tau" usai menghabiskan bicara. Aryana menghadiahkan pandangan tajam kearah abang abangnya yang kelihatan seperti orang
terlepas dari zoo.

Mereka berdua tertawa melihat pandangan adiknya itu. Aryana nampak comel saja bila marah.

Datin Ayara hanya melihat setiap perlakuan anak anaknya. Dah besar tapi masih bergaduh.

"Dah dah, mari kita makan. Nanti sejuk pula lauk" ujar datin Ayara lalu menarik tangan Aryana ke ruang makan.

"What, mama tinggalkan kita macam tu je?" soal Rafiq setelah melihat dua orang itu pergi meninggalkan mereka
Muka Rafiq kelihatan masam mencuka.

"Buruk rupa kau buat muka macam tu kau tau tak" Rayyan membuat muka menyampah saat melihat riak wajah kembarnya.  Buang tabiat ke apa. Bukan tak boleh jalan sendiri pergi dapur.

Huh anak manja,  drama je lebih!.

Dasar drama king.

"Kau diam, tak sedar ke kau lagi buruk dari aku" balas Rafiq. Menyampah dia kadang kadang dengan perangai tak semegah Rayyan itu.

"Megat Amsyar Rayyan,  Megat Amsyar Rafiq, makan!" jerit Aryana dari dapur.

"Siapa lambat dia suka orang gila" ujar Rafiq sebelum berlari ke ruang makan.

"What the.. " Rayyan terus mengejar langkah Rafiq,  macam budak budak pun ada perangai dua ekor ni.

Rafiq dan Rayyan sampai di ruang makan dengan nafas yang tercungap cungap selepas berlari seperti orang tidak cukup tanah.

Macam kena kejar hantu pun ada.

"Kamu berdua ni dah kenapa  kena kejar hantu ke apa?" soal datin Ayara apabila melihat keadaan anak bujangnya seperti itu.

"Kami main lumba lari. Siapa yang kalah dia suka orang gila" jujur Rayyan sebelum mencapai segelas air lalu air itu diteguk dengan rakus.

"Korang berdua memang sesuai kahwin dengan orang gila. Perangai pun lagi teruk dari orang gila" ujar Aryana kemudian menyuap sambal nasi lemak ke dalam mulut.

"Diamlah kau budak" bidas Rafiq. Dia geram apabila melihat senyuman mengejek yang terbit di bibir Rayyan.

"Dah tak payah gaduh. Makan" arah datin Ayara. Kalau tak dihentikan sampai tahun depan anaknya itu akan bergaduh.

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now