Chapter 5

432 31 2
                                    

"Wei Yana, ada sorang mamat ni datang cari kau tadi" beritahu lisa selepas Aryana keluar dari bilik solat.

"Mamat mana pula, aku kenal ke?" Soal Aryana, dia tidak pernah mengenali mana mana lelaki kecuali kawan lamanya.

"Aku tak tahu tapi sumpah mamat tu hensem gila" Lisa tersenyum saat mengingat muka lelaki tadi. Nampak macam orang Itali pun ada.

"Kau kalau boleh semua lelaki kau cakap hensem. Badak sumbu dekat kampung tu pun kau cakap hensem" selamba sahaja Aryana melontarkan ayat sebelum dia berpaling menghadap pesawat yang tersusun rapi.

"Aku cakap benda betul, mamat tu tunggu kau dekat sana" ujar Lisa sambil menunjuk ke satu arah.

Aryana melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Lisa.  Dia dapat melihat seorang lelaki berpakaian pejabat.

Dengan langkah perlahan. Aryana menghampiri lelaki itu sebelum memberi salam.

"Assalamualaikum, kenapa awak nak jumpa saya?" soal Aryana,  dia masih ingat lelaki itu.

Ye lelaki itu ialah Tengku Ashraf.  Lelaki yang mengganggunya di majlis malam minggu lepas

"Tak ada, i cuma nak jumpa you je" jawab Tengku Ashraf dengan nada mendatar. Sebenarnya ada sesuatu yang dia nak bagitahu Aryana tetapi dia perlu tangguhkan dulu hasratnya itu.

"Kalau macam tu awak balik tak payah nak buang masa jumpa saya" Aryana menghalau Tengku Ashraf. Risau kalau ada orang nampak mereka berdua nanti tak pasal pasal kena tuduh dating, tak ke malu dia nanti.

"Tunggu kejap, ada benda i nak cakap" Tengku Ashraf memanggil Aryana sebelum sempat gadis itu melangkah.

"Nak cakap apa, cepatlah" Aryana mendengus, tadi cakap tiada apa apa tapi sekarang lain pula.

"Jom kahwin" ujar Tengku Ashraf dengan tenang.

"What!, awak dah gila ke apa" kuat sahaja Aryana menyoal Tengku Ashraf,  dah gila agaknya lelaki itu.  Baru je jumpa semalam terus di ajak kahwin.

"Tak. I serius. Kita kahwin" sekali lagi Tengku Ashraf mengulang ayatnya bersama suara yang serius.

"Sah, awak ni memang dah gila.  Macam mana abang saya boleh berkawan dengan orang gila macam awak ni" Aryana berpaling membelakangi Tengku Ashraf.  dia malas nak layan lelaki gila itu. Tak pasal pasal dia jadi gila sekali nanti.

"i bagi you dua pilihan, kita kahwin cara baik atau cara paksa" Tengku Ashraf memberi pilihan sambil memegang lengan baju Aryana.

"Apa awak ni, saya cakap tak nak tu tak nak lah. Tak faham bahasa Melayu ke apa" Aryana memandang Tengku Ashraf dengan tajam. Dia kemudian melepaskan lengan bajunya yang dipegang oleh lelaki itu.

"Ingat Aryana,  i bagi you 3 hari untuk fikir jawapan. Kalau you masih juga degil i sendiri akan buat pilihan" Tengku Ashraf berkata sebelum tersenyum penuh makna.

"Just wait Puteri Aryana,  you will be mine"  Tengku Ashraf berkata dalam hati lalu tersenyum penuh makna. Tanpa kata dia terus melangkah meninggalkan Aryana yang terpinga pinga di situ.

"Dah gila agaknya mamat tu" Aryana berkata sebelum melangkah menghampiri Lisa yang sedang fokus bermain telefon.

"Siapa mamat tu? kenapa dia nak jumpa kau? "bertubi tubi soalan yang keluar dari mulut Lisa selepas perasan Aryana ada di sebelahnya.

"Satu satu lah gila, aku pening nak jawab mana satu" kepala Lisa diketuk perlahan.

"Ok siapa mamat tu?" Lisa menyoal soalan itu semula.

"Tengku Ashraf, kawan abang aku" jawab Aryana seringkas yang boleh.

"Oh kawan abang kau, kenapa dia cari kau pula?" Soal Lisa lagi dan lagi, dia ingin tahu atas sebab apa lelaki itu berjumpa dengan Aryana.

"Dia ajak aku kahwin. Siap main ugut pula tu, gila agaknya" Ternganga luas mulut Lisa saat mendengar apa yang dikatakan oleh Aryana,  setahu dia Aryana mana pernah bercinta tetapi hari ini tiba tiba diajak kahwin.

"Kau bercinta eh dengan dia?"

"Eh tak lah, pandai pandai je kau ni" Aryana segera menafikan, kan dia sudah pernah cakap yang dia tidak tertarik untuk bercinta apatah lagi hendak bercinta dengan Tengku Ashraf.

Memang tak lah.

"Jaga kau ye kalau kau bercinta tak bagitahu aku, aku tak nak kawan kau" ugut Lisa, Aryana membuat muka menyampah. Ceh tak nak kawan konon.

"Ye ye, dah jom kita makan. Aku dah lapar ni" Aryana terus menukar topik perbualan mereka. Boleh gila dia kalau Lisa masih tidak berhenti menyoal tentang Tengku Ashraf.

-------------------------------------------------------------

"Kau dah pergi jumpa dia?" Soalan kbat keluar dari mulut Rayyan selepas mereka bertiga sampai di sebuah restoran.

"Dah, tapi dia cakap aku ni gila sebab nak kahwin dengan dia" jawab Tengku Ashraf,  masih dia ingat kata kata yang keluar dari mulut Aryana.

"Kan kami dah cakap, hati dia keras. Susah kau nak dapatkan hati dia" terletus ketawa di bibir Rayyan dan Rafiq saat mendengar kata kata Tengku Ashraf. mereka dah cakap kalau nak ngorat Aryana hati kena kental tapi kalau cepat koyak tu memang tak jalan lah.

"Ini Tengku Ashraf lah, tak ada benda yang susah bagi aku. Lagi pun aku dah suruh family aku merisik adik kau nanti" Tengku Ashraf berkata dengan tenang seolah olah perkara itu adalah perkara biasa.

"Wow, tak menyempat eh. Aku tahu mesti kau tak sabar kan nak kahwin dengan dia" Rayyan agak terkejut apabila dia mendengar kata kata kawan baiknya. Cepat betul bertindak.

"Bukan kau ke yang cakap kalau aku suka dia,  hantar lah rombongan. sekarang ni kau pula terkejut" Tengku Ashraf membalas sambil menghirup teh o yang dibelinya.

"Memang lah aku cakap macam tu tapi tak lah cepat sangat Ashraf oi" kali ini Rafiq pula mengeluarkan kata kata , dia kemudian menepuk dahinya. Pening dengan perbuatan kawan dia sendiri.

"Biasa lah dia tu,  takkan kau tak tahu perangai dia macam mana. Gelojoh,  main langgar je" Rayyan berkata lalu menghadiahkan senyuman senget kepada Tengku Ashraf.

-------------------------------------------------------------

Tepat pukul 5 petang,  Aryana tiba di rumahnya. Dia kemudian keluar dari kereta lalu masuk ke dalam rumah.

"Mama, buat apa tu?" soal Aryana apabila melihat datin Ayara seperti sibuk.

"Mama nak masak untuk tetamu,  kamu pergi naik bersihkan diri nanti tetamu dah sampai mama panggil" Arah datin Ayara. Dia tidak memberi tahu Aryana siapa tetamu yang datang. Yang pasti tetamu itu sangat istimewa.

"Baik mama,  Yana naik dulu" Aryana terus melangkah ke tingkat atas di mana biliknya berada.

Usai membersihkan diri, Aryana terus berbaring di atas katil, automatik dia teringat peristiwa tadi, peristiwa di mana dia diugut oleh Tengku Ashraf.

"Ah lupakan jelah. Buat serabut je" Aryana berkata seorang diri sebelum mencapai telefonnya. Main game lagi bagus.

To be continue

Macam biasa,  dah baca jangan lupa vote.  Tq

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now