Chapter 26

334 17 1
                                    

Aryana mengering ke arah sang suami yang tidur dengan nyenyak. Dia dari tadi lagi cuba untuk menutup mata namun tidak berjaya disebabkan dia rasa tidak selesa.

Dia merenung wajah tampan suaminya yang sedang diulit mimpi. Hampir sepuluh minit dia cuba untuk melelapkan mata namun seperti tadi juga tidak berjaya.

Perlahan lahan Tengku Ashraf tersedar dari lena. Buka saja mata dia terus melihat wajah isterinya yang sedang merenung wajahnya.

"Abang, sa..sakit" lengan suaminya terus dicengkam dengan kuat disebabkan sakit yang melampau. Air mata semakin banyak mengalir ke pipi.

"Kita pergi hospital sekarang ye sayang" panik sudah Tengku Ashraf sekarang ini. Dengan pantas dia mencapai baju putih yang tergantung di kepala katil. Tudung juga disarungkan untuk menutup rambut isterinya.

Tubuh Aryana terus didukung keluar dari bilik. Dia tidak kisah lagi lampu biliknya tidak ditutup yang penting keadaan isterinya terlebih dahulu.

Alah kalau bil elektrik naik bayar je lah dia kan kaya.

Sekejap saja mereka sudah sampai di tingkat bawah. Aryana mencengkam kuat lengan suaminya untuk meredakan kesakitan.

"Zack!" Tengku Ashraf terus memanggil orang kanannya.

"Ye tengku"

"Siapkan kereta cepat"

"Baik tengku"

Zack terus melangkah keluar untuk menyediakan kereta.

Selepas seketika kereta pun telah tersedia.

"Pergi mana tengku?" soal Zack apabila kereta itu selamat keluar dari perkarangan mansion.

"Hospital" Tengku Ashraf menjawab ringkas, tangannya dari tadi lagi tidak berhenti mengusap kepala isterinya. Dia kasihan melihat keadaan Aryana seperti ini.

Jika boleh sakit itu berpindah padanya dengan senang hati dia mengambil tempat isterinya untuk melahirkan zuriatnya namun apa boleh buat memang sakit itu semua tidak boleh berpindah.

Untuk itu dia berterima kasih pada isterinya.

Kereta itu kemudian selamat sampai di hospital. Zack terus pergi ke pondok pengawal keselamatan untuk minta kebenaran masuk memandangkan sekarang ini sudah Tengah malam.

Selepas itu Zack muncul dengan beberapa orang nurse dengan membawa katil.

"Letak dia dekat sini" arah doktor perempuan yang ditugaskan untuk merawat Aryana sepanjang wanita itu mengandung.

Katil itu terus ditarik masuk ke dalam bilik bersalin, Aryana menggenggam tangan suaminya bagai tidak mahu dilepaskan.

"Zack, kau call family aku bagitahu mereka aku dekat hospital" sempat lagi dia memberi arahan pada Zack sebelum dia turut melangkah ke dalam wad bersalin untuk menemani isterinya melahirkan anak mereka.

Kerana dia telah berjanji untuk menemani isterinya tak kira susah atau senang.

Dalam hatinya tidak putus berdoa agar urusan mereka dipermudahkan.

-------------------------------------------------------------

Usai saja mengalunkan azan pada sang anak. Tengku Ashraf terus mencium dahi kedua dua putera kecilnya.

Alhamdulillah dengan rezeki Allah dia dan Aryana dapat anak kembar lelaki yang sihat dan tiada langsung kecacatan yang dialami oleh anaknya.

"Selamat datang ke dunia anak anak papa" kali ini pipi anaknya pula dicium beberapa kali sebelum bayi itu diletakkan pada katil khas untuk mereka.

Usai meletakkan anak anaknya. Tengku Ashraf terus menghampiri Isterinya yang terbaring lemah di atas katil. Masih dia ingat betapa payahnya wanita itu bertarung nyawa untuk melahirkan anak anak mereka. Rambut Aryana dirapikan sebelum satu ciuman singgah di dahi sang isteri.

Tidak lama kemudian muncul ahli keluarga mereka memenuhi wad VVIP itu. Datin Ayara terus bergegas ke hospital selepas mengetahui anaknya dimasukkan ke hospital. Begitu juga dengan keluarga Tengku Ashraf.

"Wah comelnya budak ni. Rasa nak gigit je pipi dia" pipi bayi itu dicubit geram oleh Tengku Arisa. Terkebil kebil mata bulat itu memandang setiap orang yang sedang berinteraksi dengannya.

"Muka anak kamu ni sebijik macam muka kamu waktu kecil Ashraf" komen Tengku Zayyan saat melihat cucunya.

Boleh dikatakan bayi itu sama seperti Tengku Ashraf pada waktu kecil. Mata anak itu mengikut warna mata tengku Ashraf manakala hidungnya mengikut rupa hidung Aryana.

"Tengoklah anak siapa" balas Tengku Ashraf bangga.

"Dah ada nama ke anak kamu ni?" soal Tengku Zarina sambil mencium pipi cucunya.

"Belum lagi, tunggu Yana sedar baru Ashraf letak nama" Tengku Ashraf menjawab sambil mengusap tangan isterinya yang sedang dibuai mimpi.

"Oklah kalau macam tu, kami semua balik dulu. In sha Allah nanti kami datang lagi" pamit mereka semua, sengaja mereka balik awal kerana ingin memberi ruang kepada Aryana untuk berehat.

Tengku Ashraf menghantar langkah mereka dengan ekor mata. Kini fokuskan kembali pada sang isteri.

Perlahan lahan mata Aryana terbuka. Dia dapat melihat Tengku Ashraf yang tersenyum ke arahnya.

"Abang" lembut saja suaranya memanggil lelaki itu.

"Sayang, are you okay?" soal Tengku Ashraf lalu menghulurkan air pada isterinya.

"I'm okay abang" senyuman manis terukir di wajah wanita itu.

"Mana anak kita abang?" Aryana memandang si suami. Dia ingin menatap wajah anaknya.

Tanpa menunggu lama Tengku Ashraf terus membawa anak anak mereka ke arah Aryana, wanita itu terkaku buat seketika.

"Ki..kita dapat kembar" Aryana seakan akan tidak percaya.

"Ye sayang, anak kita kembar" Tengku Ashraf berkata sebelum kedua dua bayi kecil itu diletakkan atas katil.

"Alhamdulillah terima kasih ya Allah" tiada apa lagi yang mampu diucapkan melainkan terima kasih pada Allah atas kurniaan kepada mereka. Mulutnya tidak berhenti mengucapkan syukur atas nikmat yang besar baginya.

"Dah ada nama ke abang?" Aryana menyoal namun matanya tidak lepas daripada memandang anak anaknya. Nampak sangat anak mereka lebih ikut rupa si suami dengan pipi bulatnya lagi, anak mereka juga mempunyai lesung pipi.

"Tengku Arash Han dan Tengku Arash Hazriq. It's okay sayang?" dia menyoal isterinya terlebih dahulu. Bimbang jika Aryana tidak setuju dengan nama itu.

"Ok dah tu abang, tapi macam mana nak bezakan?" soal Aryana.

Temgku Ashraf berfikir seketika sebelum menjawab.

"Yang ada lesung pipi sebelah kiri tu Han, yang ada lesung pipi sebelah kanan tu Hazriq" Tengku Ashraf menyebut perbezaan antara kedua dua anaknya.

"Tapi warna mata anak kita sama macam abang, muka dia pun ikut muka abang juga. Tak ada pun ikut muka Yana" Aryana menatap anak anak mereka silih berganti. Memang muka bayi itu ikut muka Tengku Ashraf dah mata pun sama. Tak ada iras dia langsung.

"Abang yakin anak kita ni nanti ikut sikap mama dia yang baik, bijak, berani dan yang paling penting kuat" Tengku Ashraf berkata seraya mencium lembut ubun ubun isterinya sebelum memeluk pinggang wanita itu. Dia memandang ke dalam anak mata Aryana dengan penuh rasa cinta yang mendalam buat sang pemilik hati.

Aryana turut membalas pandangan suaminya sambil tersenyum manis.

Lama mereka diam dalam keadaan begitu, masing masing ralit memandang anak mereka yang sedang tidur di atas katil bayi.

Alhamdulillah semua urusan mereka dipermudahkan.

To be continued

Like always don't forget to vote and comment. Thank you

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now