Chapter 19

304 13 0
                                    

Lyiana dari tadi lagi asyik mundar mandir di ruang tamu rumahnya. Dia sedang memikirkan cara untuk menyingkirkan Aryana dari hidup Tengku Ashraf.

"Tak boleh jadi ni. Aku kena juga pisahkan mereka berdua" Lyiana berkata seorang diri.

Dia semakin geram apabila mengetahui Aryana sedang mengandung. Makin sukar untuk dia pisahkan mereka berdua.

"Tak boleh macam ni,  aku je layak lahirkan pewaris untuk Ashraf,  bukan perempuan tu!" Lyiana masih memikirkan rancangannya.

"Lyia, jangan nak rancang bukan bukan ye, papa tak nak kamu musnahkan rumah tangga orang lain" Tan Sri Hisham mengingatkan anaknya itu. Dia tahu Lyiana sedang merancang untuk memusnahkan rumah tangga Tengku Ashraf.

"Mana ada papa, lyia tengah fikir pasal benda lain lah" tipu Lyiana lalu tersenyum kearah papanya.

Tan Sri Hisham hanya diam sebelum melangkah keluar dari rumah mereka.

-------------------------------------------------------------

"Abang, boleh tak Yana nak keluar dengan Lisa?" soal Aryana saat membetulkan kot di tubuh Tengku Ashraf.

"Boleh tapi dengan satu syarat" ujar Tengku Ashraf sebelum tangannya menekup kedua dua pipi Aryana.

"Syarat apa tu?" soal Aryana lagi. Dia tidak kisah apa pun syaratnya yang penting dia dapat keluar dengan Lisa.

"Abang nak sayang jangan jauh dari bodyguard, boleh sayang" Tengku Ashraf meletakkan syarat yang mudah. Dia risau akan keselamatan isterinya.

"Baik boss" jawab Aryana lalu mereka berdua ketawa.

"Oh ye lagi satu kalau nak beli apa apa sayang guna je kad abang" Tengku Ashraf berpesan pada isterinya sebelum mencium kedua dua belah pipi wanita itu.

"Ok abang tapi jangan marah lah kalau duit abang banyak kurang" Aryana tersengih menampakkan barisan giginya.

"Sayang pakai banyak mana sekalipun, duit abang takkan habis" Aryana geram dengan jawapan suaminya itu, ingat bagus sangat ke riak.

"Ye lah abang, jom turun bawah Yana nak siapkan sarapan" Aryana mengajak Tengku Ashraf untuk turun.

Baru saja Aryana ingin menyediakan hidangan namun terasa tangannya ditarik sebelum dia terduduk di atas paha Tengku Ashraf.

"Kan abang dah cakap sayang tak dibenarkan buat apa apa kerja" Tengku Ashraf menandang isterinya dengan tatapan tajam.

"Yana cuma nak tolong maid je" Aryana membela dirinya. Sungguh dia bosan kalau di rumah sorang sorang ye lah nak buat kerja tak boleh nak keluar pun tak boleh.

"Tetap tak boleh sayang" kata Tengku Ashraf dengan nada suara yang tegas.

"Ye lah" Aryana tidak tahu nak kata apa. Susah betul kalau dapat suami yang over protective, nak buat kerja sikit pun tak boleh.

Selepas makanan dihidangkan mereka berdua terus makan dengan senyap akan tetapi Aryana masih duduk di atas paha suaminya.

-------------------------------------------------------------

"Sayang jaga diri tau, ada apa apa call je abang" Tengku Ashraf berpesan pada isterinya. Entah mengapa firasat hatinya tidak enak seperti akan berlaku sesuatu pada isterinya.

"Ye abang. Dah banyak kali dah abang pesan" Aryana menggelengkan kepalanya perlahan. Sejak tadi lagi Tengku Ashraf tidak berhenti berpesan kepadanya.

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now