Chapter 12

327 19 0
                                    

"Akak biar betul. Yana tak nak lah kak"Aryana kembali menghulurkan gaun tidur paras paha itu kembali kepada Alisya.

"Cuba pakai dulu. Lagipun tak salah kan pakai depan suami" Alisya masih lagi memaksa, ini semua rancangan datin Ayara serta suami Aryana.

Flashback.

"Isya, tolong makngah bagi ni dekat Yana" satu beg kertas yang berisi barang dihulurkan kepada Alisya.

"Apa ni makngah?" soal Alisya, dia tidak mahu membuka beg kertas itu.

"Makngah pun tak tahu Isya, Ashraf yang bagi makngah tadi. Dia suruh past dekat Yana" datin Ayara menjawab, dia pun pelik apabila Tengku Ashraf menghulurkan beg kertas itu sebelum dia keluar rumah.

"Pelik betul lah dua manusia ni" kepala digelengkan perlahan, pelik pelik je perangai pasangan tu.

"Tolong makngah ye Isya"

"Baik makngah"

End flashback.

"Tapi akak, baju ni tak sesuai dengan Yana" Aryana masih lagi berkeras tidak ingin memakai gaun itu. Memang tak lah dia nak pakai baju seperti itu di depan Tengku Ashraf.

"Tapi ni suami Yana yang suruh. Bukan akak" Alisya masih lagi tidak putus asa untuk memujuk.

"Ok ok, Yana pakai" Aryana terpaksa bersetuju.

"Good" Alisya tersenyum. Tak sangka Aryana setuju.

"Akak keluar dulu ye Yana. Goodnight" Alisya terus melangkah keluar dari bilik Aryana.

Aryana terus melangkah ke bilik air untuk menular pakaiannya. Dia rasa hendak tidur saja dalam bilik air apabila melihat penampilan dirinya sendiri. Kenapalah Tengku Ashraf suruh dia memakai baju seperti itu? Buang tabiat ke?

Dengan lafaz bismillah dia pun memulas tombol pintu itu secara perlahan.

Aryana menghembuskan nafas lega apabila tiada kelibat Tengku Ashraf dimana mana. Sekarang ni dia perlu tidur.

Tanpa dia sedar. Tengku Ashraf dari tadi lagi memerhati kelakuannya. Perlahan lahan Tengku Ashraf menghampiri isterinya lalu tubuh itu dipeluk dari belakang.

Aryana terkaku saat ada tangan memeluk pinggangnya, dia dah tak selamat!

"B.. Bila awak masuk?" Aryana menyoal dengan tergagap gagap. Malunya hanya tuhan saja yang tahu. Sudahlah gaun itu hanya paras pahanya sahaja ditambah pula dengan gaun itu agak ketat. Memang mukanya dah merah seperti tomato.

"Masa kak Isya keluar abang terus masuk nak tengok sayang" Tengku Ashraf tersenyum manis, dia terpegun saat melihat isterinya memakai gaun itu.

"Awak boleh tak lepaskan saya, saya nak tukar baju lah. Tak selesa pakai macam ni" Aryana meminta Tengku Ashraf melepaskannya, sungguh dia tidak selesa memakai pakaian sebegitu.

"Kalau abang taknak, sayang nak buat apa?" Tengku Ashraf tersenyum nakal. Tangannya menyentuh kepala isterinya.

"Lepaskan saya lah. Saya tak selesa" Aryana mencuba melepaskan dirinya namun semakin kemas pinggangnya dipeluk.

"Ok abang lepaskan sayang" pelukan pada pinggang isterinya terus dilepaskan namun...

Aryana tersentak saat tubuhnya dibawa ke katil secara mengejut. Dia bertambah panik apabila ada tangan menyentuh lehernya.

"A..awak nak apa?" Aryana sudah mula rasa seram sejuk apabila melihat senyuman sinis suaminya.

"Abang nak sayang, boleh?"bisik Tengku Ashraf perlahan di telinga Aryana.

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now