Chapter 21

271 13 0
                                    

Beberapa bulan kemudian

Kini kandungan Aryana sudah masuk 7 bulan. Makin banyak perubahan pada tubuhnya semenjak usia kandungannya meningkat. Perutnya sudah kelihan besar seperti bola.

"Aku dah gemuk" Aryana berkata sendiri di dalam hati. Dia rasa dirinya sudah tidak secantik dahulu.

Dia menuju ke arah katil untuk duduk. Penat berdiri.

Aryana mencapai telefonnya lalu menghubungi nombor Tengku Ashraf. Saja nak kacau suami sendiri buat kerja, namun lelaki itu tidak mengangkat panggilan.

"Dia sibuk kut" Aryana berkata dalam hati. Dia lupa suaminya itu ada meeting hari ini.

Aryana melangkah keluar dari bilik. Jalan jalan lagi bagus.

Dia terkejut saat melihat mansion itu seperti diceroboh oleh seseorang. Tanpa dia sedar ada seseorang menghampirinya sebelum hidungnya ditekup menggunakan satu kain.

Pada awalnya Aryana meronta ronta untuk melepaskan diri namun lama kelamaan dia sudah pengsan.

"Bawa perempuan ni pergi tempat kita" lelaki itu memberi arahan pada anak buahnya lalu tersenyum sinis. Tidak sangka dia dapat menculik isteri Tengku Ashraf, musuh ketatnya.

"Kau tunggulah nasib kau Tengku Ashraf Haqeem. Semua orang yang kau sayang akan mati termasuk kau sekali" lelaki itu berkata dengan penuh dendam. Macam orang gila pun ada dah tu.

(memang dah gila pun)

Tubuh Aryana di heret lalu di masukkan ke dalam kereta sebelum mereka melangkah meninggalkan mansion Tengku Ashraf.

-------------------------------------------------------------

"BANGSAT, KORANG MAKAN GAJI BUTA KE APA HAH SIAL. TAKKAN TUGAS SENANG MACAM TU PUN TAK BOLEH BUAT!" kuat sahaja suara Tengku Ashraf menengking kesemua anak buahnya yang ditugaskan untuk menjaga mansion. Pulang saja dia dari syarikatnya dia dapat khabar bahawa isterinya telah diculik.

Semua orang yang berada di bilik itu hanya menundukkan kepala mereka, tidak pernah melihat Tengku Ashraf semarah ini. Riak wajah lelaki itu kelihatan sangat marah serta urat hijau sudah timbul di tangannya.

"M...maaf tengku, k..kami..... "

"AKU TAKNAK DENGAR MAAF KORANGLAH SETAN!" Tengku Ashraf mencapai pistol miliknya lalu di acukan ke arah anak buahnya yang ditugaskan untuk menjaga mansion itu.

Melihat itu Rafiq segera menghampiri Tengku Ashraf untuk menenangkan kawan baiknya. Risau nanti hilang nyawa anak orang.

Semua anak buah Tengku Ashraf terus beredar dari bilik itu selepas mendapat isyarat dari Rayyan.

"Bro, sabar bro benda ni takkan selesai walaupun kau bunuh budak budak ni" pistol di tangan Tengku Ashraf dirampas sebelum di campak ke arah Rayyan yang berdiri di samping Zack.

"Raf. Isteri aku Raf, aku risau dia tak selamat" Tengku Ashraf menandang gambar Aryana yang tergantung di dinding.

"Kau jangan fikir macam tu Kim, kau kena yakin Allah ada bersama dia. Sekarang ni kau doa je banyak banyak supaya isteri kau tak apa apa. Anggap ni ujian untuk kau" panjang lebar Rafiq menasihati Tengku Ashraf. Bahu kawannya itu ditepuk perlahan.

( Pandai juga ye Rafiq jadi pakar nasihat, ingatkan otak tu sentiasa senget )

Tipu lah kalau dia cakap dia tak risau akan keselamatan adiknya malah tadi sewaktu dia dapat berita Aryana diculik dia terus mengarahkan anak buahnya untuk mencari lokasi Aryana.

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now