Chapter 10

358 23 1
                                    

"Wah, besarnya tempat ni. Ni syarikat awak ke?" soal Aryana selepas masuk ke syarikat milik suaminya.

"Ye, ni syarikat utama abang" Tengku Ashraf menjawab lalu duduk di kerusi kerjanya, kemudian Aryana ditarik agar duduk di atas pahanya.

Tidak dapat tidak Aryana terpaksa duduk diatas paha suaminya, tetapi mukanya jangan cakaplah memang dah merah macam udang hangus.

"Oh, maknanya syarikat awak ni ada banyak cawangan lah kan?" Tengku Ashraf tersenyum mendengar soalan Aryana, nampak sangat Aryana sudah selesa dengan dia.

"Tak lah banyak sangat,  dekat Malaysia ada 150 cawangan dekat luar negara pula ada 280 cawangan. Sikit je tu" jawab Tengku Ashraf dengan ringkas supaya isterinya faham.

"Oh, patutlah awak ni kaya sangat" Aryana menganggukkan kepalanya beberapa kali.

"Sebab tu lah abang suruh sayang berhenti kerja. Harta abang lebih dari cukup nak tanggung sayang dengan bakal anak anak kita nanti" ujar Tengku Ashraf. Dia tersenyum saat menyebut perkataan anak. Dia dapat membayangkan bagaimana keadaan ketika Aryana mengandung, mesti comel.

"Awak menang dah rancang nak ada anak ke?" Aryana menyoal dengan nada perlahan. Dia rasa terlalu awal untuk mereka membicarakan soal anak.

"Siapa je taknak anak. Kalau ada rezeki ada lah tu. Betul tak sayang?" Tengku Ashraf mengusap kepala isterinya yang memakai tudung bawal.

Moment romantik mereka terhenti apabila seseorang mengetuk pintu.

Aryana ingin bangun dari paha suaminya namun Tengku Ashraf lebih pantas menghalang.

"Masuk" Tengku Ashraf membenarkan orang yang mengetuk pintu itu masuk.

"Maaf mengganggu tengku, Tan Sri. Hisham dengan anak dia nak jumpa Tengku. Mereka tunggu dekat lobi bawah" beritahu zack lalu menunduk hormat kearah majikannya.

"Dia ada appointment ke? " Tengku Ashraf menyoal tanpa memandang wajah zack.

"Ada Tengku" zack menjawab dengan pantas.

"Suruh diorang naik. Lepas tu suruh Shila buat kopi untuk mereka" arah Tengku Ashraf, namun dalam hati berdoa agar Lyiana tidak membuat onar lagi.

"Baik Tengku, saya minta diri dulu" Zack terus melangkah keluar.

"Awak, nak pinjam fon boleh tak?" soal Aryana lalu mengerdipkan mata beberapa kali.

"Boleh sayang, ambil dekat sana" Tengku Ashraf menunjuk ke arah meja kopi yang ada di sudut ruangan bilik itu.

Aryana terus bangun dari paha suaminya lalu menuju ke meja kopi yang ditunjukkan, iPhone berwarna hitam itu terus dicapai. Dia terkejut saat melihat Wallpaper telefon Tengku Ashraf yang menggunakan gambarnya.

"Password berapa?" Soal Aryana lagi.

"Birthday sayang" Tengku Ashraf membalas. Sudah lama dia meletakkan tarikh lahir isterinya sebagai Password.

Makin terkejut Aryana apabila mengetahui Password telefon suaminya. Dia tidak sangka.

Aryana terus bermain dengan gajet itu sementara Tengku Ashraf pula sedang berbual dengan Tan Sri Hisham. Mungkin ada urusan perniagaan.

Aryana mengeluh saat bateri telefon Tengku Ashraf telah habis, dia bangun lalu menghampiri suaminya.

"Awak, boleh tak saya nak jalan jalan?" Aryana meminta izin Tengku Ashraf untuk menerokai syarikat ini.

"Boleh sayang. Hati hati ok" Tengku Ashraf berpesan sebelum pipi isterinya dicium tanpa mempedulikan Lyiana dan Tan Sri Hisham.

"Ok awak" Aryana terus melangkah keluar selepas mendapat keizinan suaminya.

His love: miss pilot  [COMPLETE]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن