chapter 28 {tamat}

251 8 0
                                    

Pagi itu, selepas saja sarapan pagi. Tengku Ashraf terus pergi ke syarikatnya untuk menguruskan hal kerja.

"Selamat pagi tengku" Zack menyapa dengan ramah.

Tengku Ashraf tersenyum nipis sebelum membalas sapaan Zack.

"Kau dah siasat siapa yang rosakkan brek kereta aku?" soal Tengku Ashraf setelah duduk di kerusinya.

"Sudah tengku, orang tu dah ada dekat tempat kita" jawab Zack tanpa menunggu lama. Sebenarnya orang yang merosakkan brek kereta Tengku Ashraf itu adalah orang yang di upah oleh Lyiana.

Lyiana? Ye Lyiana sudah bebas dua tahun lalu disebabkan seorang insan yang tamak akan harta.

"Bagus, kau hantar terus dia tu pada polis" Tengku Ashraf tidak dapat menyembunyikan senyuman sinis, dia tidak sabar hendak berjumpa dengan orang yang merosakkan brek keretanya. Nampaknya mereka akan jumpa di penjara

"Lagi satu tengku, orang tu memang dikehendaki polis" Zack menyampaikan info yang membuatkan api kemarahan dalam diri tengku Ashraf kian memuncak.

"Apa dia, kau pastikan budak budak tu pun masuk penjara sekali" Tengku Ashraf mengeluarkan arahan sambil tersenyum sinis. Nampaknya ada yang masih belum insaf walaupun sudah pernah masuk penjara.

"Baik tengku, itu semua akan saya uruskan" Usai berkata demikian. Zack terus melangkah keluar dari pejabat tengku Ashraf.

Tengku Ashraf hanya menghantar langkah Zack dengan ekor mata, dia kemudian mengeluarkan telefonnya. Automatik lelaki itu tersenyum saat melihat gambar keluarga kecilnya.

Dia kemudian mencapai kalendar yang ada di dalam laci mejanya, mata Tengku Ashraf melihat tarikh yang tertera.

17/6/2023

Serta merta dia menepuk dahinya sendiri, macam mana dia boleh lupa kalau hari ini hari lahir isterinya
Nampaknya memang dia perlu meminta bantuan kawannya itu untuk membuat kejutan untuk isteri tercinta.

Tengku Ashraf kemudian menghubungi Rafiq untuk meminta pertolongan bagi kejutan untuk Aryana. Dia tahu Rafiq mahir dalam bidang tersebut.

"Yow bro,  nak apa?" soal Rafiq sebaik saja talian bersambung, suaranya kedengaran kuat mengalahkan bunyi ejen mesin di kilang itu.

"Aku nak minta tolong kau" Tengku Ashraf terus memberitahu hajatnya menghubungi Rafiq.

"Tolong apa?"

"Macam ni,  aku nak buat surprise untuk Yana, kan hari ni birthday dia.  Jadi aku nak kau bekerjasama dengan aku untuk prank dia" Tengku Ashraf menerangkan perkara tersebut dengan panjang lebar.

"Oh, aku tolong kau" ujar Rafiq selepas mendengar kata kata sahabatnya.

"Thanks bro. Kau lah kawan terbaik aku walaupun otak kau tak berapa betul" sempat lagi Tengku Ashraf memerli Rafiq.

"Kalau kau ada dekat depan aku sekarang ni rasanya dah lama benjol kepala kau" Rafiq membalas sebelum talian terputus.

-------------------------------------------------------------

Aryana keluar dari lapangan terbang membawa bagasinya. Dia kemudian menuju ke tempat menunggu, namun kereta suaminya belum kelihatan.

Apa jangan jangan Tengku Ashraf lupa nak ambil dia.

Dia leka dengan dunianya sendiri sehingga tidak sedar namanya dipanggil.

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now