chapter 23

256 19 0
                                    

"Abang kenal ke orang yang culik Yana tu?" Aryana menyoal suaminya selepas mereka berdua membersihkan diri.

"Nak cakap kenal tu tak lah sangat, tapi yang abang tahu dari dulu lagi dia cakap abang ni musuh dia" jelas Tengku Ashraf lalu mengusap perut isterinya yang sudah memboyat.

"Abang, esok abang teman Yana pergi checkup kan?" sengaja Aryana menyoal padahal dia sudah tahu jawapan suaminya.

Lelaki itu sentiasa menemaninya memeriksa kandungan pada setiap bulan malah, Tengku Ashraf hanya membenarkan kandungannya di periksa doktor yang berpengalaman.

"Mestilah abang teman sayang. Tak sabar nak tahu jantina baby" ujar Tengku Ashraf sebelum mencium perut isterinya bertalu talu.

Aryana mengerling ke arah jam. Ternyata sudah pukul 10:30 malam.

"Jom kita tidur, dah lewat dah ni" dahi isterinya dicium sebelum dia membuka lampu tidur.

"Goodnight my wife"

"Goodnight to husband"

Pada akhirnya mereka berdua sama sama di ulit mimpi.

-------------------------------------------------------------


"Abang, bangun dah pukul 8 dah ni" ini sudah masuk kali ke tiga Aryana mengejutkan Tengku Ashraf namun lelaki itu masih belum membuka mata.

Inilah padahnya kalau tidur lepas subuh.

"Tengku Ashraf Haqeem bin Dato'Sri Tengku Zayyan! Sila bangun sebelum air hinggap dekat muka anda!" jerit Aryana di tepi telinga Tengku Ashraf, tak bangun juga tak tau lah.

Perlahan lahan mata tengku Ashraf terbuka. Boleh tahan kuat suara isterinya itu.

"Morning sayang" pipi Aryana di cium sebelum dia bangkit dari perbaringan.

"Morning abang" balas Aryana dengan nada mendatar.

"Awal betul sayang bangun" Tengku Ashraf memeluk pinggang isterinya. Aryana sentiasa cantik.

"Ye, Yana tolong mummy siapkan breakfast tadi" jelas Aryana dengan ringkas, selepas saja mereka selesai solat subuh tadi, dia terus turun ke bawah untuk membantu mummy memasak.

Terbit satu senyuman nakal di bibir Tengku Ashraf sebelum mencempung tubuh isterinya menuju ke bilik air.

"Abang, Yana dah mandi lah" Aryana ingin turun dari dukungan si suami namun lelaki itu lebih cepat bertindak dengan mengunci pintu bilik mandi.

"Mandi lagi sekali. Kan senang" semudah itu jawapan Tengku Ashraf berikan pada isterinya.

Dan Aryana terpaksa pasrah.  Nak buat macam mana pintu dah kena kunci.

-------------------------------------------------------------

"Morning mummy" Tengku Ashraf serta Aryana menyapa Tengku Zarina yang sedang duduk di ruang makan bersama Tengku Zayyan.

"Mari duduk" mummy tersenyum ke arah anak serta menantunya.

"Eh along, baru bangun ke?" muncul Tengku Arisa yang cantik mengenakan baju kebaya moden.

"Macam kamu tak tahu perangai abang kamu tu Risa. Suka sangat bangun lambat" Tengku Zarina berkata lalu anak sulungnya itu dipandang tajam.

Tengku Ashraf menggaru lehernya yang tidak gatal. Kantoi lah pula.

"Tapi bukan selalu pun my" balas Tengku Ashraf tidak mahu kalah.

"Dah dah, mari makan. Nanti lauk tu sejuk" Tengku Zayyan menghentikan pergaduhan anaknya serta isterinya, dari tadi lagi dia memerhati sahaja perang mulut Tengku Zarina dan Tengku Ashraf.

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now