Chapter 14

309 19 2
                                    

Keesokan harinya Aryana telah dibenarkan keluar dari wad. Mereka berdua bercadang nak pergi ke villa keluarga Tengku Ashraf, saja nak melawat.

"Sayang, fikir apa sampai abang panggil pun tak dengar?" Tengku Ashraf menyoal, mereka kini sedang dalam perjalanan ke rumah mummy.

"Yana teringin nak makan laksa Sarawak lah abang. Kita pergi Sarawak jom" Aryana mengerdipkan matanya berkali kali agar permintaannya ditunaikan oleh Tengku Ashraf.

"Sayang biar betul, jauh tu sayang" Tengku Ashraf terkejut apabila mendengar permintaan isterinya, bukan dia nak menolak tetapi dia risau sekiranya isterinya tidak larat. Maklumlah ibu mengandung.

Semalam Aryana disahkan mengandung selepas membuat pemeriksaan.

Flashback

"Tahniah Tengku, isteri Tengku disahkan mengandung" Doktor Zaleha memberitahu khabar baik kepada pasangan itu

"Be..betul ke doktor?" soal Aryana untuk kepastian

"Ye puan, usia kandungan puan dah mencecah dua minggu" doktor Zaleha menjawab sambil tersenyum manis. Turut gembira.

"Alhamdulillah terima kasih ya Allah" Tengku Ashraf tidak berhenti mengucapkan syukur selepas mendengar khabar baik itu, akhirnya impiannya ingin mempunyai anak bersama Aryana sudah tercapai.

End flashback

"Alah, privet jet abang kan ada lagipun baby yang nak. Bolehlah abang" tangan berurat suaminya digoyangkan, dia nak makan laksa Sarawak.

"Fine, petang nanti kita pergi Sarawak ye sayang" Tengku Ashraf akhirnya menunaikan permintaan Aryana, asalkan isterinya bahagia itu yang paling penting.

"Yeay sayang abang" Aryana memeluk erat suaminya tanpa mempedulikan driver mereka. Bukannya mereka kesah pun

"Sayang, tak malu ke orang tengok" soal Tengku Ashraf perlahan cukup untuk mereka berdua saja dengar, nasib baik kedua dua anak buahnya tidak mempedulikannya mereka berdua.

"Tak, sebab abang suami Yana" jawab Aryana selamba. Dia kemudian tersenyum manis ke arah suaminya. Dia menggenggam tangan lelaki itu.

"Jangan sampai abang terkam sayang dekat sini nanti" bisik lekaki itu di telinga isterinya seperti memberi amaran.

"Ok ok, Yana tak buat dah Hehe" Aryana tersengih lalu menyembunyikan muka di dada suaminya.

"Nakal betul budak ni ye, harap harap anak abang tak ikut perangai mama dia" kepala Aryana diusap perlahan. Isterinya itu sangat manja kalah budak budak, tapi dia suka bila isterinya bersifat manja.

Faiz yang duduk di tempat pemandu hanya tersenyum nipis apabila melihat cara Tengku Ashraf melayan kerenah puan besarnya tetapi sedikit sebanyak hatinya terasa sunyi, ye lah majikannya dah kahwin dia bila lagi.

Mungkin jodoh dia masih tersesat di langit.

Tengku Ashraf mencapai telefonnya lalu menghubungi zack. Tidak lama kemudian talian pun bersambung.

"Aku nak kau call pilot suruh dia sediakan privet jet aku. Aku nak sebelum pukul 5 privet jet tu dah ready nak fly" Tengku Ashraf mengeluarkan arahan sebelum dia mematikan panggilan.

Aryana menitiskan air matanya, tidak sangka suaminya betul betul membawa dia ke Sarawak. Ingatkan Tengku Ashraf hanya main main.

Lama kelamaan Aryana tertidur di dalam dakapan suaminya.

-------------------------------------------------------------

"Akak!" masuk saja mereka ke dalam vila itu, Aryana terus dipeluk oleh Tengku Arisa, adik bongsu Tengku Ashraf.

"Eh Risa, tak pergi kolej ke?" soal Aryana.

"Tak kak, Risa nak ambil bidang lain pula sebab bidang tu tak berapa minat sangat" terang Tengku Arisa.

"Bidang apa?"

"Bidang ketenteraan" jawab Arisa, hampir gugur jantung Aryana saat mendengar jawapan adik iparnya, dia pandang Tengku Ashraf yang duduk di sebelahnya. Sama sepertinya Tengku Ashraf juga terkejut.

"Kenapa, salah ke?" Tengku Arisa menyoal saat melihat mereka berdua hanya diam.

"Mummy tau tak adik nak jadi tentera?" soalan dibalas soalan.

"Mummy dah tau?" Tengku Arisa tersengih, cuma Tengku Ashraf saja yang belum tahu tentang itu.

Tidak lama kemudian muncul mummy dan seorang maid membawa gelas berisi jus oren.

"Kami berdua ada benda nak bagitau mummy dengan daddy" Tengku Ashraf bersuara setelah semua orang ada di situ.

"Apa dia, macam serius je bunyinya?" mummy menyoal.

"Tak lama lagi mummy dengan daddy jadi nenek" senyuman bahagia terbit di bibir Tengku Ashraf serta Aryana. Tidak sangka mereka akan dapat anak.

"Betul ke ni?" Tengku Arisa menyoal dia teruja nak sambut anak buah lah katakan.

"Betul lah, buat apa along nak tipu" Tengku Ashraf menjawab. Apa ingat dia tipu ke.

"Yeay boleh Risa main dengan anak along nanti" Tengku Arisa berkelakuan seperti kanak kanak riang.

"Tahniah along, aku request anak buah perempuan tau" ujar Tengku Aiman Hafiz, adik Tengku Ashraf.

"Along dah nak ada anak, kau tu pula bila nak kahwin?" Tengku Ashraf menyoal soalan kbat sehingga membuatkan Tengku Aiman terdiam.

"Tunggulah setahun dua lagi" Tengku Aiman menjawab malas, dia sekarang malas nak fikir pasal kahwin selepas dia dikecewakan seseorang.

Selepas itu mereka hanya diam.

"Mummy nak tak ikut pergi Sarawak?" soal Aryana memecahkan keheningan.

"Kamu nak pergi Sarawak ke? " soalan dibalas soalan.

Aryana menganggukkan kepalanya. Dipandang sekilas Tengku Ashraf yang sedang berbual bersama daddy dan juga Tengku Aiman.

"Nak buat apa pergi sana?" mummy menyoal lagi, mesti ada sesuatu ni.

"Sebenarnya Yana teringin nak makan laksa Sarawak. Sebab tu Yana ajak abang Ashraf pergi sana" Aryana tersenyum menampakkan barisan giginya.

"Lah patutlah. Kalau macam tu mummy tak nak ikut. Kesian daddy sorang sorang dekat sini" mummy menjawab sambil mengusap kepala menantu kesayangannya. Bukan apa saja nak bagi pasangan itu meluangkan masa bersama sama.

-------------------------------------------------------------

"Semua dah ready tuan" pilot itu memberitahu tuannya.

Tengku Ashraf terus memimpin tangan isterinya masuk ke dalam jet peribadi itu.

Aryana terkedu saat memasuki pesawat peribadi suaminya itu. Meskipun bukan kali pertama dia naik pesawat tetapi kali ini lain daripada yang lain, ye lah pesawat peribadi kut.

Pesawat itu pun mula berlepas ke destinasi tujuan iaitu tujuk kaki ke dalam tanah eh salah, perjalanan menuju ke Sarawak.

Mereka berdua hanya diam sambil melihat keindahan awan, ya Allah cantiknya.

"Sayang rasa anak kita ni lelaki ke perempuan" Tengku Ashraf berbisik perlahan di telinga isterinya.

"Entahlah abang, tapi Yana tak kesah apa jantina sekalipun yang penting dia jadi anak yang baik" Aryana menjawab sambil menatap wajah suaminya.

"Abang setuju, tapi abang nak anak kita ikut perangai sayang lah" kepala Aryana diusap perlahan.

"Tapi kalau boleh Yana nak muka anak kita nanti hensem macam abang" Aryana membalas kata kata suaminya.

Selepas itu mereka kembali diam sambil memandang satu sama lain. Sungguh mereka bahagia sekarang ini.

Semoga kebahagiaan itu berkekalan hingga akhir hayat mereka.

To be continue

Macam biasa kalau dah baca jangan lupa vote ye, tq

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now