SSR 4

6.7K 208 7
                                    


"Ya..abang Eiman pun Emy dah bagi tahu, Kak Bella yang jawab phone, abg Eiman tengah memandu dari Interlaken balik ke Bern, petang esok agaknya sampai sini, sebab ambil Hanna dari kem..," terang Emily.

"Tadi kak El ada call abang Ehsan, weekend baru dapat datang sini sebab ada vvip dari Jepun datang hotel, dia kata Kak Sherry drive ke sini, Denis dan Nadine pun ikut sama, diaorang gerak pagi esok dari Geneva," Terang Elzara.

"Mama pun ada call Ehsan tadi, mcm tu lah dia ckp, Emir pun weekend baru datang, sebab minggu ni Universiti Lausanne terima pelajar baru, so Emir cibuk kat auditorium katanya, Eliya pula tak dapat balik sebab minggu ni ada exam akhir tahun,"Kata Puan Suria sambil melihat mesej di telefon bimbitnya.

"Kesian pula si bongsu Eliya, dari Malaysia kena transit berjam pulak kat Dubai baru nak sampai Zurich..berbelas jam dalam flight,"Keluh Elzara.

"Tak pa Kak El....macam kita dulu-dulu,sorang-sorang, itulah namanya berdikari..hihihi,"Ketawa Emily.

"Ha..ha...ketawa...ketawa jugak, nanti terbangun si comel Ellina ni...haa..," Gurau Elzara.

"Eh lamanya Gazni dan Mikhael pergi urus kemasukan wad". Puan Suria kehairanan.

"Dah selesai pun mama, abang Gazni mesej El tadi, Mikhael ajak pergi makan, lapar sangat katanya dari pagi tadi Mikhael tak sempat makan" Terang Elzara.

"Tu lah...semalam pun dia makan roti je sebab kat hotel sibuk sikit minggu ni, full pack, tiba-tiba si kecil ni dah nak keluar, apa pun tak sempat abang nak makan, terus datang sini, dengan gelisahnya dia, takut pun ada , tapi dia nak masuk juga labour room dengan Emy" Kesian Emily mengenangkan suaminya.

"Kesian pulak kak El dengar, tak pelah...tu mesti dah kenyang tu, sekali dengan abang Gazni, dah nak memuncit dah perut abang Gazni, kalau makan bertambah-tambah...dah nak masuk musim sejuk ni, lapar tu cepat je...hehehe" ketawa kecil Elzara.

"Dah lah tu.... mama nak balik rumah kejap sebab... datuknya si Ellina ni nak balik dari Italy..tak sabar nak tengok cucu perempuan dia ni katanya....k...jaga cucu mama elok-elok ye, Emily rehat, tidurlah sebab Ellina tengah tidur tu, nanti cucu mama ni jaga, Emily pula mengantuk, Elzara tengok-tengokkan Emily yer, nanti mama datang dengan papa...k.. take care dear,"Puan Suria membelai rambut Emily.

"Yes mama..salute!," ketawa kecil Elzara dan Emily kepada Puan Suria.

Tersenyum Elzara dan Emily melihat gelagat mama mereka kerana dah seminggu Tuan Khazin ke Italy atas urusan hal muzium.

Elzara memandang keluar jendela Hirslanden Klinik, terlihatnya Gazni dan Mikhael baru pulang dari makan. Sedih melihat suaminya dah berusia, namun seorang zuriat pun tiada. Masih segar dalam ingatan Elzara apa yang terjadi setelah setahun di Swiss, mereka telah bercuti di St. Morizt, yang terkenal dengan tasik beku.

"Abang..dah setahun abang..El..El..kesiankan abang..El izinkan..abang berkahwin lagi..abang berhak ada keluarga bahagia dan anak-anak..ataupun abang tinggalkanlah El, mula hidup baru dengan keluarga baru...," Tersekat-sekat suara Elzara menahan sebak.

"Sayang! abang redha apa yang dah berlaku, ini adalah qada dan qadar..abang terima, abang bersyukur sebab sayang ada di sisi abang, sayang adalah isteri abang yang abang sayang, dan cinta abang tetap teguh hingga ke akhir hayat abang..jangan sayang sebut atau suruh abang kahwin lagi..hati abang sakit sangat..," bercucuran air mata Gazni menongkah kata-kata Elzara.

" Tapi, sayang dah tak dapat nak mengandung lagi abang!, abang tak ada anak! zuriat!..hati sayang hancur sangat, hancur!..hancur!..sayang nak ada zuriat! sayang nak ada anak! sayang nak ada sebuah keluarga yang sempurna!.sayang nak semua tu..sayang nak lahirkan dan besarkan anak abang!...tapi di sini! di sini dah kosong!.kosong!..abang..kosong!..," Elzara menangis tersedu-sedu sambil menunjukkan rahimnya pada Gazni.

"Sayang...sayang abang kena kuat, sayang kena kuatkan hati dan iman, ini ujian dariNya..ingat..ingat sayang..istighfar sayang..,"Gazni merapatkan tubuh Elzara kesisinya.

...........................................................
💗😘hope u all semua sudi2 vote and comment....hihihi😂😂💗

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now