SSR 54

1.7K 67 2
                                    

Semenjak kata maafnya di terima oleh sang bidadari syurga, hatinya kian berbunga cinta. Masa lapang di isi penuh dengan rela hati bersama bidadari, mereka semakin rapat, namun isi hatinya belum lagi terukir di bibir. Takut jika cintanya di tolak kerana waktu perkenalan mereka masih terlalu muda, dia memilih untuk membekukan hatinya. Sang bidadari yang terlalu senang dengan kehadirannya kini menjadi sahabat yang rapat dengannya. Demi cintanya, dia tetap setia dan rela menanti sang bidadari. Namun keakraban mereka di perhatikan gagak yang bertenggek di dahan pepohon yang tinggi, hatinya sayup-sayup terguris kerana makanannya yang lazat kini menjadi hidangan sang bidadari sehari-hari.

"Aduh, menyesal betul lah aku biarkan adik aku naik kereta dengan Hud, eishhh...," Darwisy menumbuk perlahan stereng keretanya.

"La...nak buat macam mana, dah dia nak ambil Fiyya kat Bern, kau juga yang benarkan," Rafiq memandang salji yang menghujani cermin kereta di depannya.

"Tak tahu pula nak ada ribut salji macam ni, dah lah tu jalan pula kena tutup hingga pagi esok, masalahnya dia orang dah terperangkap kat mana, dah sampai log cabin si Hud tu ke?, nak call mesej tanya pun line tak ada, aduh! kalau aku tahu, dari pagi tadi aku dah bergerak," Darwisy bengang.

"Dah lah tu Isy, lagi pun kau yang beriya nak duduk log cabin tu masa Hud bagi cadangan nak ke Interlaken tu kan, hmm...Si Fiyya pula esok baru bertolak dari Laussane... waktu macam ni lah prof dia terlupa barang, macam-macam lah... dah lah...kita bermalam jerlah kat Lucerne ni, jom cari bilik sementara nak pagi, kang beku aku dengan kau kat stesen minyak ni," Rafiq Wajihan memakai seat belt.

"Hanya Zas dengan Hud saja dalam kereta, aku risau lah, aduh! masalah nyer berdua, nanti ada lah yang ketiga kalau tak kuat iman, dah lah sejuk-sejuk ni," Darwisy menggosok-gosok tangannya yang kesejukkan.

"Hud tak macam tu lah, dah lama kan kita kenal dia, tawakkal jer lah Isy, dah jom-jom, kita cari hotel, sejuk lah," Rafiq memeluk tubuhnya.

Salji yang turun bertambah lebat, pandangan di sekitar semakin gelap akibat ribut salji, hanya ternampak samar-samar lampu tiga ke empat buah rumah. Habib Hud memberhentikan keretanya di depan sebuah log cabin house yang di perbuat dari susunan kayu yang kemas dua tingkat. Dia keluar dari kereta. Kunci rumah yang di ambil daripada penjaga kunci rumah tadi di masukkan ke dalam soketnya. Kini daun pintu di buka. Cahaya lampu terbias keluar. Zaskia keluar dari kereta Habib Hud.

"Assalamualaikum," Habib Hud memberi salam sambil masuk ke dalam rumah. Zaskia berdiri di luar dalam keadaan sejuk menggigil.

"Awak!," Zaskia tiba-tiba bersuara.

"Eh! lupa pula saya, masuk lah Zas," Pelawa Habib Hud.

"Tapi kita berdua jer ke?," Zaskia memeluk tubuhnya yang dingin.

"Iyer lah... kita berdua jer lah kat sini, esok kan baru dia orang datang, awak nak jadi patung beku ke kat situ, tengok bahu awak dah penuh dengan salji," Habib Hud tersenyum.

"Ermm..tapi," Zaskia kelu.

"Ha... fikiran kotor lah tu, eishhh... tak ada nya, saya masih waras dan saya masih teruna, cepat lah awak, masuk, hmm...," Habib Hud menarik tangan Zaskia yang memakai sarung tangan itu ke dalam rumahnya.

"Wah!! cantiknya log cabin house keluarga awak," Kata Zaskia.

"Wah!! cantiknya log cabin house keluarga awak," Kata Zaskia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now