SSR 9

4.1K 154 1
                                    

Pertemuan pertama cinta Elzara dan Gazni bermula di Malaysia ketika sahabat Elzara iaitu Hanim Hezra mengajaknya ke sebuah kafe untuk bertemu teman lelaki Hanim.

"Alaa...El, kau temankanlah aku, kejap jer....ok..kau duduk kat gazebo tu ek..tunggu aku ekk...lepas aku jumpa Riz, kita balik yer....please!..,"Rayu Hanim kepada Elzara.

"Yelah....yelah...tak habis-habis..Riz..Riz...itu je yang kau tahu....seronok yer bercinta...hmmm...," Elzara melihat jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 5 petang.

"Thanks my dear....sayang kau El, kejap ekk..,"Tersenyum lebar Hanim berlalu memasuki kafe.

Hujan baru sahaja berhenti, tadi Gazni terpaksa berpayung ke kafe setelah parkirkan kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hujan baru sahaja berhenti, tadi Gazni terpaksa berpayung ke kafe setelah parkirkan kereta.

"Besar gilerr lopaknya..nasib baik aku mengelak, kalau tidak mahu terpercik air hujan berlumpur tu...,"Gazni berlalu masuk ke kafe, membeli secawan kopi panas dengan sepotong kek dan dia duduk meja menghadap jalan.

Dari tengahari tadi dia belum makan apa-apa kerana terlalu sibuk dengan perancangan untuk pameran di muzium negara, minatnya terhadap seni dan sejarah amat mendalam sehingga dia menceburi bidang tersebut hingga ke peringkat master.

Gazni adalah salah seorang editor di muzium negara, dan perwatakkannya di senangi rakan sekerja, sifatnya yg rendah diri tp tegas membuatkan dia ramai kenalan. Badan yg tegap, tinggi,berkulit putih dan kelihatan seperti pelakon korea Lee Min Ho, membuatkan Gazni digilai gadis-gadis semasa di universiti.

"Leganya dapat menghirup kopi panas hujan-hujan ni.... fuhhh..srupp!..srupp!..," Sambil menghirup kopi, mata Gazni memandang ke arah luar melihat orang lalu lalang, setengah jam telah berlalu.

"Eh! bahaya tu, lopak depan dia, mahunya kereta laju, habis kau cik adik, lebih baik aku bagi tahu dia..," Gazni melihat Elzara mundar mandir dekat dengan lopak yang besar tadi.

Tak sempat tadi Elzara nak betulkan pin di leher baju kurungnya, Hanim dah menarik tangan Elzara ke kafe.

"Tersenget-senget lah pulak kerongsang kat leher baju ni, lebih baik aku buka dulu," Tiba-tiba ting..ting..ting.. "eh!..eh!..nanti!..nanti!...la jatuh pula, eh! mana ni!, kat mana pula..,"Terbongkok-bongkok Elzara mencari kerongsang kesayangannya yang telah di hadiahkan oleh mama Suri iaitu adik kepada Puan Suria Dellina.

Ketika Gazni berjalan keluar dari kafe, dilihatnya sebuah kereta Proton Saga berwarna hitam di pandu laju hendak membelok masuk ke pakir. Gazni melihat Elzara berada dekat dengan lompak air yg besar tadi. Gazni berlari menuju ke arah Elzara dan membuka payung utk memayungi Elzara, kereta Proton Saga tadi melanggar lopak dan air terpercik ke payung Gazni dan separuh seluar Gazni.

Pada ketika itu, Elzara pun menegakkan badannya dan meluruskan tangannya yang memegang kerongsang, memejamkan matanya sambil berkata "Alhamdulillah...dah jumpa!....dah jumpa!...," Dengan perlahan Elzara membuka matanya dengan senyuman, Elzara terpaku melihat Gazni, lelaki kacak seperti orang Korea sedang memayunginya, matanya bertentang dengan mata Gazni, jantungnya dup dap dup dap bergetar. Terlalu rapat Gazni dengan Elzara.

"Biar betul..ehhh! aku mimpi ke ni," Gazni terpesona dengan gadis di depannya yang cantik, putih, ayunya...sejuk mata memandang dengan senyuman manis seperti pelakon Victoria Justice.

"Comel betul dia, alahai, lurus dan wanginya rambut....sejuknya hati aku," Detik hati Gazni.

"Aaaa..emmm...airrrr..airrr..tuuu..," Terketar- ketar suara elzara.

Gazni masih memandang Elzara. Kelu lidahnya tak terkata.

💗😘hope u all semua sudi2 vote and comment

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

...........................................................
💗😘hope u all semua sudi2 vote and comment....hihihi😂😂💗

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now