SSR 64

2.2K 76 1
                                    

"Panjangnya deretan kereta, dah kenapa kat depan tu?,"Keluh Geena Auliya.

"Kamu tengok tu, kat depan tu salji runtuh hingga ke tengah jalan, agaknya dari bumbung rumah orang lah tu, hmm... pukul berapalah kita nak sampai," Puan Seri Arni Bellita memandang kesesakkan jalan raya yang bakal mereka tempuhi.

"Kejap jer tu sesaknyer, tengok tu jentera pengaut salji dah sampai," Tan Sri Daryoz mengukir senyuman.

"Sejuk betullah musim salji kat sini kan mama, terasa hingga ke tulang, salji kat tepi jalan raya ni pun menimbun separas lutut, huh!! Maya rasa macam nak beku di buatnya, hmm...." Keluh Maya Khaleesha memeluk tubuhnya.

Geena Auliya sekadar tersenyum melihat anak kesayangannya merungut.

"Kerana buah hati sanggup juga datang belajar kat sini, Maya, Maya, hmm...," Detik hati Geena Auliya.

Rumah agam mewah yang terletak di Seestrasse 180 8700 Küsnacht Switzerland, milik Tuan Khazin Tharwan di sinari cahaya sempena majlis sambutan hari lahir Elzara Sofia, berlatarkan pemandangan indah Tasik Zurich memukau hati para tetamu dengan neon-neon rumah, hotel dan premis dalam kedinginan salji yang memutih halus. Kelihatan seorang perempuan sedang mula menyanyikan lagu A Thousand Years milik penyanyi asal Christina Perri di atas pentas kecil di hadapan para tetamu, music band dari University Zurich itu menghiburkan dan menerima tepukan gemuruh dari tetamu yang hadir.

"Lagu ni, hmm... Habib Hud... dulu dia selalu nyanyi lagu ni," Detik hati Zaskia. Zaskia memandang ke arah kiri dan kanan mencari kelibat Tengku Mustakim namun hampa.

"Zas! cantik tak aku malam ni? hihihi," Fiyya Mysara tiba-tiba bersuara.

"Kau ni.... yer..yer... cantik bak puteri salju dalam kartun disney, nanti abang aku tengok, tak berkedip mata dia," Zaskia ketawa.

"Betul ni, hihihi, sukanya aku, manalah buah hati kesayangan aku ni, tak nampak pun dari tadi, suruh orang datang awal tapi bayang dia pun tak nampak, hmm..," Fiyya Mysara memuncungkan bibirnya.

"Takim pun sama, mana lah dia orang ni, hmm... tapi kan ramainya orang Malaysia yang datang,  mat saleh, pak arab, eishhh ramai lah, pelbagai bangsa, memang terkenalkan keluarga ni," Zaskia memandang sekeliling. Matanya tiba-tiba  terbeliak terpaku memandang ke arah satu susuk tubuh yang amat di kenalinya dengan rapat  sedang menghampiri Zaskia dan Fiyya Mysara.

"Astaghfirullah hal 'azim... Fiyya! Fiyya! kau tengok tu, betul ke ni.... Ya Allah... tak mungkin, mustahil-mustahil, Ya Allah, aku hidup lagi ke? ka...kau.. tolong cubit aku Fiyya, cepatlah... Ya Allah mata aku ni dah kenapa, aku masih kat dunia nyata lagi ke Fiyya? betul ke apa yang aku nampak ni?," Fiyya terpaku memandang ke arah dua susuk tubuh yang semakin hampir.

Fiyya Mysara hanya tersenyum memandang Zaskia yang terpinga-pinga. Pipi Zaskia di cubit dan di tariknya.

"Auww....sakitlah.... kuatnya kau cubit pipi aku Fiyya, eh! sakit, maknanya aku masih hiduplah kan, kita masih hidup kan, ta..tapi tu...tu.. yang aku nampak tu, hantu ke? takkan.. astaghfirullah hal 'azim, kenapa dengan mata aku ni?, Ya Allah kencangnya jantung aku," Zaskia memandang Fiyya Mysara, Zaskia kehairanan memandang Fiyya di sisinya sedang mengukir senyuman kepadanya.

Pasangan tersebut menghampiri mereka berdua. Zaskia bangun dari kerusinya, mata tidak berkedip.

"Hud?," Nama Habib Hud terpancul keluar dari bibir merah Zaskia.

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now