SSR 21

2.2K 94 12
                                    

"Besarnya laut ni, luas!," Bisik hati Elzara dan berjalan berseorangan di persisir pantai, kelihatan ramai orang yang beriadah di sepanjang pantai.

Tiba-tiba matanya terpana pada tulisan yang di tulis di atas pasir pantai, ELZARA SOFIA.

"Eh! nama aku tu, siapa pula yang menulisnya...ahh! mungkin nama saja yang sama," Elzara mendekati tulisan namanya dan direnungnya berkali-kali.

"Assalamualaikum sayang," Gazni menyapanya dari belakang.

"Waalaikumussalam, Gaz!," Gembira Elzara bertemu Gazni. Kelihatan air jernih di mata Elzara.

"Rindunya aku pada dia, Gazni rupanya," Bisik hati Elzara sayu di rundung rindu.

"Sayang rindu dekat Gaz ker?,"Gazni memandang Elzara dengan senyuman.

"Tak lah!, tak rindu pun, Gaz yang tak rindu El," Elzara memandang ke arah laut.

Tiba-tiba Gazni memegang kedua belah bahu Elzara dan mereka bertentangan mata.

"Gaz rindu sangat buah hati kesayangan Gaz ni, yang cantik, yang comel, setiap saat Gaz rindukan sayang," Gazni tersenyum memandang Elzara.

"Terima kasih sebab rindukan El, El pun rindukan Gaz," Elzara memandang mata Gazni.

"Jom! Gaz nak bawa sayang naik basikal, best tahu!," Gazni berlari-lari anak bersama Elzara ke arah penyewa basikal.

"Maaf adik, basikal untuk dua orang kayuh dah habis di sewa, tinggal basikal satu kayuhan, dua orang.. ni pun yang last tinggal,"Kata penyewa basikal.

"Ermm...oklah abang, saya ambil yang satu kayuhan, dua orang naik,"Gazni memberi wang pendahuluan.

"Sayang duduk di belakang yer, Gaz jadi pemandunya," Gazni mengenyit mata kanannya kepada Elzara.

"Iyer..iyer El duduk kat belakang ni," Elzara duduk sebelah, kakinya dua-dua di sebelah kiri, hanya punggungnya tetap di atas tempat duduk.

Gazni mula mengayuh, Elzara terasa sedikit kecut perut, lalu kedua-dua pinggang Gazni di pegangnya tetapi tak rapat. Gazni tersenyum, di pandangnya Elzara di belakang. Mereka melalui jalan kecil bertar di tepi pantai , di bawah redup pohon-pohon rhu, sesekali bertemu rakan-rakan universiti yang lain beriadah di tepi pantai. Ramai penduduk tempatan yang berkelah di tepi pantai.

Sesekali Gazni kekiri dan ke kanan, sengaja dibawanya basikal begitu, bergurau dengan Elzara, Elzara mencubit manja pinggang Gazni kerana takut terjatuh. Gazni beraduh sedikit kesakitan dan kegegelian.

Elzara tersenyum riang, rindunya terubat dengan tingkah laku Gazni. Sesekali terdengar Gazni berlagu,

🎼🎶🚲🚲
Abang beca abang beca di tengah jalan, cari muatan untuk mencari makan, putar-putar putar-putar kaki mengayun, pergi jauh keringat pun lalu jatuh,
🎵🎼🎶
dari pagi hingga matahari terbenam, barat timur selatan serta utara, hujan panas tiada merintanginya, abang beca abang beca abang beca ca.. ca.. ca.. ca.....🎼🎵🎶

Suka Elzara mendengarnya, pandai Gazni mencuit hatinya. Kenangan ini akan sentiasa terpahat di hatinya untuk selamanya.

Gazni membelokkan basikal ke bawah sepohon pokok rhu, cuaca redup berangain sepoi-sepoi. Gazni menyandarkan basikal di tepi pohon rhu.
Elzara memandang ke arah laut, sesekali rambutnya disapu angin yang lembut.

Gazni mengeluarkan barang-barang dari beg galasnya. Di hamparkan kain sapra bercorak bunga merah jambu bertanah hijau diatas rumput. Di keluarkannya sandwich, kek, anggur dan air tin.

"Banyaknya Gaz bawa makanan," Terkejut Elzara.

"Gaz tahu sayang belum sarapan, sebab tu Gaz beli banyak, sekali untuk makan tengahhari," Gazni tersenyum bergurau manja dengan Elzara.

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now