SSR 37

1.9K 72 2
                                    

Dua hari telah berlalu sejak pulang dari Cameron Highland. Zaskia mundar mandir di dapur.

"Nak bagi ke tak nak, tak nak, nak bagi, ke tak nak bagi, bagi ke?," Zaskia merungut-rungut sendirian di ruang dapur. Mak Cik Mar tersengih melihat Zaskia.

"Apa tu yang nak bagi tak nak bagi, dari ruang tamu abang boleh dengar," Darwisy tiba-tiba muncul, di bukanya pintu peti sejuk dan mengeluarkan jus oren yang di bancuh Mak Cik Mar.

"Dari tadi Isy, Zas ni mundar mandir, takut nak ke rumah bibik Min katanya," Mak Cik Mar tersenyum.

"Hah! takut, kenapa ada hantu ke kat umah besar tu, hih..hi..hi..hi...," Darwisy meniru gaya hantu.

"Eishh abang ni, bukan takut hantu tapi...erhhh..malaslah nak cakap, tapi Zas nak jumpa bibik Min, ni ha nak bagi strawbery ni, lagipun banyak Zas beli strawbery, " Zaskia mencebik.

"Pergi jer lah, tadi abang nampak puan seri tu keluar dengan anak dia, so dia tak ada lah..," Darwisy berlalu ke ruang tamu.

"Betul ke!!!, Mak Cik Mar, jom kita pergi," Zaskia mengambil tupperware yang berisi strawbery.

"Zas pergilah, Mak Cik Mar ni pagi-pagi lagi dah jumpa bibik Min kat pasar," Mak Cik Mar tersengih.

"Eee...Mak Cik Mar ni, ok lah Zas pergi sorang, baiii..Mak Cik Mar" Zaskia berlalu pergi.

Kelihatan Zafran Haikal, pemandu peribadi Tuan Seri Daryoz sedang menggilap kereta Audi A7 berwarna silver.

"Assalamualaikum, hai uncle Zafran, boleh Zas masuk," Senyum Zaskia sambil menunjukkan tupperware strawberynya.

"Waalaikumussalam, oh! Zas rupanya, lama uncle tak nampak, " Zafran berjalan ke arah Zaskia dan membuka pintu pagar kecil.

"Yerlah tu lama tak nampak, seminggu jer, Zas tak ada kat dini, uncle rindu Zas ekk, Zas bercuti kat Cameron lah, cuti-cuti Malaysia, hihihi," Zaskia tersengih.

"Ada, Si Dhaffa bagi tahu uncle, dia nampak Zas dengan kawan-kawan, eh! uncle dengar kamu apply program universiti kat Switzerland yer," Zafran inginkan kepastian.

"A...yer, Zas, abang dengan kawan-kawan, mungkin hujung bulan ni dapat keputusan," Zaskia senyum.

"Ooo... macam tu, seronok ke belajar kat negara orang ni, Switzerland tu kan jauh, sejuk menggigil," Zafran membuat badannya menggigil dan ketarkan giginya.

"Entahlah uncle, Zas teringin sangat nak ke sana, duduk sana pun Zas sanggup, hihihi... lagi pun impian mama dan ayah nak tengok Zas dan abang belajar kat sana, tapi tak kesampaian," Zaskia tersenyum.

"Yer Zas, kalau dah rezeki tu kamu pergi jer lah, tunaikan impian mama dan ayah kamu, lagipun mungkin ada sesuatu yang menanti kamu kat sana, mungkin si dia, hahaha...," Berderai ketawa Zafran.

"Uncle ni, Zas single tahu, yang minat ramai, nak pilih tu susah.. hihihi... layan uncle sampai pagi esok pun tak habis, Zas nak jumpa bibik Min, boleh Zas masuk tak," Tanya Zaskia.

"Boleh, masuk jer ikut depan, tak ada sesiapa pun kat rumah, bibik-bibik comel jer...hih hi..," Zafran ketawa kecil.

"Eee...gatal yer uncle, nanti Zas bagi tahu Aunty Mishun, baru tau, ha... hihihi," Zaskia ketawa sambil berjalan ke pintu rumah Puan Seri Arni Bellita,"

"Errr..jangan...jangan Zas, nanti jadi perang dunia ketiga di buatnya, huru-hara uncle," Zafran mumujurkan mukanya sambil tersengih.

"Hahahaha.... eh! betul lah uncle takut dengan aunty Mishun ekkk.. ,"Zaskia ketawa.

"Takut tanda sayang, eh! Zas, suruh bibik Min simpan sikit strawbery untuk uncle, buatkan jus oren untuk uncle juga yer.., hehehe, dahaga ni," Zafran memegang lehernya.

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now