SSR 65

2.6K 71 2
                                    

Puan Seri Arni Bellita menghampiri meja yang telah tersedia untuk keluarganya, tiba-tiba terdengar suara perempuan selang beberapa meja dari mejanya.

"Tahniah Puan Seri Durra, Tengku, tak sangka i, you berdua dah nak dapat menantu yer, ermm... bertunang dalam salji lagi, amazing! eh! mana Tengku Mustakim dengan pasangannya?," Senyum seorang perempuan kepada Puan Seri Durra Ameena yang duduk di sebelah Tengku Muqri  menghadap meja bulat yang menempatkan 6 orang.

"Datin Ros Mariyya... come sit with us, you... memang cepat betul sampai beritanya, actually, yes, dah bertunang pun Mustakim, idea dia lah nak bertunang dekat Gornergrat tu," Senyum Puan Seri Durra Ameena.

"Best kan, jiwa anak-anak zaman sekarang ni, kita dulu tak terfikir pun, hihihi," Ketawa kecil Datin Ros Mariyya.

"Itu lah datin, zaman dah moden, puncak gunung salji pun dah jadi tempat bertunang, entah zaman ke depan lagi, volcano pula, dah nak buat lain dari yang lain, hihihi," Tersenyum Puan Seri Durra Ameena.

"Hai.... Puan Seri Durra Ameena, you here? eh! siapa yang bertunang dalam salji tu?," Puan Seri Arni Bellita senyum, matanya tajam memandang Puan Seri Durra Ameena.

"Oh! puan seri, you pun ada di sini, dah lama kita tak bertemu kan," Datin Ros Mariyya memberi senyuman kepada Puan Seri Arni Bellita.

"Ermm... puan seri, datang satu family ke?," Terkejut Puan Seri Durra Ameena memandang Puan Seri Arni Bellita.

"You puan seri, tak lah gelap sangat pun party ni, boleh nampak kan dari jauh i berjalan dengan family, selang beberapa meja jer," Balas Puan Seri Arni Bellita.

Puan Seri Durra Ameena memandang ke meja Puan Seri Arni Bellita, senyuman di ukir, Maya Khaleesha melambai dengan senyuman di balas.

Tiba-tiba kedengaran suara Puan Suria Dellina yang meminta maaf kepada hadirin kerana anak dan menantunya tidak dapat sampai pada waktu yang di tetapkan kerana jadual penerbangan dari Italy tiba-tiba terpaksa di tunda ekoran salji tebal.

"Hmm... orang yang hendak di raikan tak ada, perut pun dah berkeroncong ni, so i ke meja buffet dulu lah yer puan seri berdua, Tengku," Senyum Datin Ros Mariyya sambil membetulkan bajunya dan berlalu pergi.

"Mana Tengku Mustakim, tak nampak pun?," Tanya Puan Seri Arni Bellita.

"Mestilah dia dengan tunangnya," Celah Tengku Muqri.

"What? tunang, jadi betullah Tengku Mustakim dah bertunang? no..no.., you all dah lupa ker apa yang terjadi sebelum ni, Tengku Mustakim dan Maya," Puan Seri Arni Bellita geram.

"Puan Seri, lepas party ni, kita bincang yer, Puan Seri makan lah dulu," Puan Seri Durra Ameena memandang Puan Seri Atni Bellita.

"Ok, i tunggu," Puan Seri Arni Bellita menuju ke mejanya dengan hati yang panas.

Aturcara majlis party hari jadi Elzara tetap di teruskan walaupun tanpa kehadirannya. Elzara dan Ghazni tetap akan tiba namun mungkin majlis telah berakhir.

Kedinginan malam yang sejuk bersalji membuatkan Tan Seri Daryoz tercari-cari tandas, hampir separuh rumah agam Tuan Khazin di terokainya, akhirnya hajat dapat juga di lepaskan. Tan Sri Daryoz melalui satu ruang tamu keluarga, tiba-tiba kakinya kaku.

Gambar-gambar keluarga Tuan Khazin di tatapnya seperti terkejut, matanya seakan terbeliak, hatinya berdegup kencang, tangannya di letak pada dada kiri. Hatinya pilu memandang sebuah potret perkahwinan yang tergantung di dinding di depannya. Air matanya mulai berputik muda.

"Daryoz," Tiba-tiba namanya di panggil. Tan Seri Daryoz menoleh.

"Khaz," Senyuman di ukir kepada Tuan Khazin.

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now