SSR 38

1.8K 79 5
                                    

"Eishhh, mana ni....tak balik-balik lagi abang ni, dah pukul 12 tengah malam ni, buat orang risau lah, aduh!," Zaskia mengeluh, di peluknya teddy bear besar berwarna pink yang di beri nama Cuby.

"Cuby, agak kaukan mana abang pergi ek! dari tadi aku call asyik off jer phone dia, eishh.. dah pagi ni, kalau lewat pun dia lepak dengan Rafiq, Adam, Takim, tapi dia orang pun tak angkat phone, eishhh!! susah hati betul lah," Di hadapkan muka Cuby ke mukanya.

Tiba-tiba kedengaran telefon bimbit Zaskia berbunyi. Di angkatnya.

"Assalamualaikum, yer Hana sayang, pagi-pagi buta call aku ni dah kenapa?," Zaskia baring.

"Waalaikumsalam, Zas! siap sekarang, aku ambil kau, cepat!," Talian di matikan.

"Eh kenap....," Tak sempat Zaskia tanya.

Zaskia bingkas bangun, di capainya blouse putih Valentino dengan seluar jean Guessnya.

"Aduhh!!! apa kes pula minah Hana ni, tengah malam, pagi buta, nak keluar mana ni, buang tabiat ke, haishhh...," Rungut Zaskia.

"Pon!! pon!!," Hon kereta kedengaran.

"Yer...yer..kejap," Zaskia memakai kasutnya. Terus berlari ke arah kereta Honda Civic berwarna merah milik Hana Insyirah.

Pintu dibuka. Zaskia melabuhkan punggungnya di seat depan. Sebaik pintu ditutup separuh, Hana Insyirah terus menekan pedal minyak keretanya.

"Eh! kejap!!! kau ni Hana, eee... bahaya betul lah, woo..wooo... aku tak kahwin lagi, lajunya kau Hana, perlahan lah sikit, " Zaskia memandang Hana.

"Cik Zas, ini bukan kahwin ke, cerai berai ke, ini kes hidup dan mati, kau duduk senyap-senyap, aku nak fokus bawa kereta ni, ok sayang," Hana Insyirah senyum sambil menekan pedal minyak menambah kelajuan.

Dalam kepekatan malam, kota Kuala Lumpur tetap hidup dengan cahaya lampu yang pelbagai, mewarnai setiap premis-premis perniagaan dan bangunan-bangunan di sekitarnya. Kegelapan jalan di ibu kota di terangi dengan cahaya-cahaya neon.

Walaupun tak sehebat di siang hari, kota raya Kuala Lumpur tetap gah di malam hari dengan kewujudan kupu-kupu malam yang tetap mencari habuannya di lorong-lorong gelap.

Hana Insyirah memakirkan keretanya di tepi jalan dekat dengan kelab dangdut.

"Kau nak buat apa Hana, kelab dangdut? eeee....tak nak lah pergi tempat-tempat macam ni, jomlah balik, aku takutlah Hana, kau ni kenapa Hana?!," Zaskia kelihatan kurang senang.

"Kita tunggu dalam kereta dulu, nanti kau tengok sendiri," Hana memandang ke arah kelab dangdut.

"Eee...seramlah aku tengok kau ni, hmm...," Mata Zaskia liar memandang persekitaran.

Darwisy inginkan kepastian, walaupun berat, namun di gagahinya juga kaki melangkah ke dalam kelab dangdut di jalan ipoh itu. Kedengaran kuat lagu Cita-Citata Goyang Dumang di mainkan dj.

Hatinya berdebar, pertama kali dia melangkah ketempat yang sungguh jijik penglihatannya. Di lihat ramai perempuan-perempuan yang menari dangdut dengan terlalu taksub hingga pinggang di gelek seperti 360 darjah. Kebanyakkannya memakai baju yang terlalu ketat dan pendek hingga menampakkan daging punggungnya.
Masing-masing memiliki buah dada yang putih melepak bagaikan belon yang hendak meletup, separuh terkeluar dan kelihatan lurah-lurah yang membangkitkan nafsu yang melihatnya. Goyangan penari-penari gelek yang sedang menari bisa mencairkan hati sang buaya. Panahan noda yang menggoda mengurangkan ketebalan poket yang merasai setiap kepuasan layanan istimewa yang membakar dingin malam yang kian larut.

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now