SSR 10

4.1K 132 6
                                    

"Tri..trima kasih encik, sebab.. to..tolong saya dari terpercik air lopak ni," Elzara dengan perlahan mengundurkan dirinya ke belakang sebab terlalu rapat dengan Gazni.

"Oh!...ok..ok...tadi saya nak masuk parking, saya ternampak lopak ni, so bila cik berdiri kat tepi ni, saya pun nampak kereta tadi laju, sebab tu saya berlari ke arah cik dan payungkan cik..," Terang Gazni perlahan-lahan.

"Oh begitu, thanks sangat sebab sudi tolong saya, tadi saya tengah mencari kerongsang saya, terjatuh..sekarang dah jumpa.," Tak lekang senyuman dari bibir Elzara berkata-kata sambil menunjukkan kerongsangnya.

"Oh macam tu.... ok..sama-sama, saya Gazni... emmm cik?" Tak lepas peluang Gazni bertanya nama elzara..

"Emm...saya Elzara....Elzara Sofia, " Tersipu sipu Elzara memberitahu namanya.

"Syukur sangat..nasib baik air lumpur tu tak kena aku, kesian pula kat lelaki kacak ni, aduhhh..,"Bisik hatinya Elzara.

***********************************

Lagu Hanya Padamu nyanyian Qiara berkumandang di radio.
🎼🎵🎶
"Hanya pada mu...
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi
🎵🎼💗
Hanya pada mu....
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci....
🎼💗🎵
Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
💗🎶🎼🎵
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku
🎼🎵💗🎶
Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati
💗💗🎼
Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci
🎶🎵🎼
,"Tersenyum Gazni sendirian, masih tak hilang degup jantung mengingati senyuman elzara...

"Cantiknya...sejuknya mata aku pandang dia, aduh! kenapa ni rasa jantung aku berdegup lain macam je, tak hilang-hilang lagi dari tadi..," Gazni bercakap sendirian sambil memandu Kereta BMW 3 Series (E36) berwarna hitam miliknya membelok masuk ke Sri Hartamas.

Banglo mewah besar milik Tan Sri Daryoz Ghassan di sinari cahaya lampu bagaikan resort percutian... Pembinaan dan dekorasi banglo ala Inggeris itu menelan belanja hampir rm 2 juta.

Gazni melihat ramai orang di rumahnya..
"Aduh...aku lupa lah, patutlah terang berderang sangat lampu, malam ni ada party la, papa rai sebab dapat tender dari goverment," Gazni menepuk dahinya sendiri.

"Ha! Gazni, kamu ke mana? dari tadi mama cari kamu, kamu tahu kan malam ni ada party kat rumah, lupa lagi lah tu, dah pergi masuk bersihkan diri kamu, kemudian turun ke sini, mama nak kenalkan kamu dengan seseorang.. special tahu!," Jerling Puan Arni kepada anak kesayangannya.

"Ok mama...,"Muram muka Gazni berlalu ke atas menuju ke biliknya.

Setelah siap berpakaian, Gazni duduk di atas sofa di biliknya.

"Eh! kenapa aku ni asyik teringat-ingat, terbayang-bayang , wajah Elzara Sofia tu....rasa macam nak mengigil pun ada, aduh....rasa rindu pun ada..serba tak kena lah aku rasa, macam nak demam pun ada......kenapa ni jantung aku berdebar sangat...Ya Allah...aku rasa sebak....kenapa ni, aku....aku... rindu sangat dia," Terketar-ketar Gazni bercakap seorang diri, tiba-tiba berlinang air mata Gazni, di tekup mukanya dengan kedua tapak tangan, di peluk erat bantal tidurnya.

"Aku...aku menangis?...tapi.. .tapi kenapa?aku tak pernah rasa macam ni, kenapa?kenapa? aku rindu..aku rindu sangat...senyuman tu...suaranya..wajahnya.. kelembutannya...aduhh, Elzara Sofia..inikah cinta?,inikah cinta Ya Allah?," Meronta-ronta hati Gazni.

"Tukk!..tukkk!.tukkk!," Tiba-tiba pintu bilik Gazni di ketuk.

"Ya! siapa tu,"Tanya Gazni.

"Mak Yah ni, Puan Sri minta Gazni turun sekarang," Beritahu Mak Yah selaku pembantu rumah.

Pintu dibuka,"Ya Mak Yah, terima kasih... kejap lagi Gaz turun," Jawab Gazni sambil tersenyum.

"Ya,ya, Mak Yah turun dulu ya," Mak Yah merenung muka Gazni.

"Eh, macam baru lepas menangis pula si Gaz ni...hmmm," Bisik hati Mak Yah sambil menuruni tangga.

Ramai rakan dan pekerja syarikat yang datang ke rumah Tuan Sri Daryoz, ada yang Gazni kenal dan ada yang dia tidak kenal, dia hanya tersenyum bila bertentangan mata dengan para tetamu. Gazni mencari-cari mamanya.

Tiba-tiba mata Gazni tertumpu ke arah mamanya dan seorang perempuan yang sangat dikenalinya di universiti dulu.

"Ahhh....mama dengan Wieda pula, datang dari mana pula si Wieda ni, malaslah,"Gazni memusingkan badan ke arah pintu rumah untuk masuk ke dalam rumah. Namun tiba-tiba, namanya di panggil.

"Gazni..Gazni..sini sayang,"Puan Sri Arni memanggilnya.

"Ya mama,"Gazni selamba beralih kepada mamanya.

"Sini, mama kenalkan, Wieda Feliza anak Tan Sri Yusuf,"Puan Arni menunjuk ke arah seorang gadis tinggi lampai, berkulit putih dan memakai dress labuh berwarna merah dengan leher berbentuk v,kelihatan sedikit seksi. Kebanyakkan mata lelaki di party tersebut memandangnya , mukanya ala-ala pelakon Minka Kelly, cantik dan manis.

"Oh..hai," Gazni menyapa Wieda.

"Haiii...Wieda,"Wieda mengenyit mata sebelah kirinya kepada Gazni.

"Ok, mama tinggalkan kamu berdua yer, mama nak jumpa Datin Syikin sekejap,"Puan Sri Arni berlalu pergi meninggalkan Wieda dan Gazni.

"Handsome..boleh tahan..ooo you lah yang selalu menjadi kegilaan gadis-gadis dekat u dulu,' Gazni Daryoz'," Wieda memerhati Gazni dari atas ke bawah, setiap inci badan Gazni mahu di perhatinya.

"Really? Thanks," I tak kenal you, maybe i dah grade ketika tu,"Selamba muka Gazni memandang Wieda.

"Siapa tak kenal kau, semua bebudak kaya kau rembat, kalau tak sehari, seminggu diaorang tidur dekat apatment kau," Bisik Gazni dengan menyampah.

"Siapa tak kenal kau, semua bebudak kaya kau rembat, kalau tak sehari, seminggu diaorang tidur dekat apatment kau," Bisik Gazni dengan menyampah

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

...........................................................
💗😘hope u all semua sudi2 vote and comment....hihihi😂😂💗

SESUCI SALJU RINDUOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz