SSR 14

2.8K 109 4
                                    

Gazni baru lepas menunaikan solat zohor. Petang nanti dia ada urusan di Damansara. Sebelum pergi, dia perlu berbincang sesuatu dengan Jannah Husna.

"Bau ni lagi....ahhh....aku rindu sangat dia, tak keruan jadinya, di mana-mana pun aku terbayang wajahnya yang gebu mulus, senyumannya, harumannya, tawanya....aduh! ahh duduk kejap lah kat bangku ni," Gazni melihat-lihat fail untuk di berikan kepada Jannah Husna, lunch time, semua peserta dah ke dewan makan.

"El! kau tunggu depan tu yer, aku ke toilet kejap, sakit perut memulas-mulas ni,"Hanim bergegas ke toilet.

"Hmmm....ok...aku tunggu kau kat luar," Elzara melangkah lembut keluar dari auditorium.

"Eh! kenapa jantung aku ni berdenyut kuat pula, apasal berdebar tiba-tiba ni, semacam jer aku rasa," Elzara meletakkan tapak tangannya ke dada. Kuat bunyi degupan jantung Elzara. Elzara dekatkan dirinya pada pagar balkoni, dilihatnya ramai pelawat yang datang ke muzium.

Di sebelah Elzara , jaraknya hanya selangkah, Gazni asyik menulis sesuatu di atas kertas dan tidak diperduli kehadiran orang di sekelilingnya.

Mengapa kita berjumpa, hanya sekejap sahaja, senyumanmu, tawamu, harumanmu, ayu wajahmu, membuatku gelisah, siang hilang ditelan kegelapan malam, melenyapkan sebuah kisah cinta, bagiku ia tetap di jiwaku, warna berseri bunga cinta, cinta yang ku damba, ku rindui untuk pertama kalinya dalam sejarah hidupku, ku dilamar rindumu, Harumnya nafasmu, sungguh dirimu mempersonakanku, takkanku berpaling darimu, tiada dua di dunia, hanya di kau di hati, di manakah bungaku, sampai bilakah aku harus menantimu, sampai bila aku harus menangis, merinduimu sayangku, Hanya namamu di hatiku, ELZARA SOFIA.... Aku mencin...

"Ahhh....dah kenapa pula pen ni, haihh waktu ni lah kau nak habis wahai dakwat," Gazni menghentak-hentakkan pennya ke bangku.

"Oh orang ni kehabisan dakwat pen agaknya,hmmm..apa salahnya aku pinjamkan pen aku," Elzara mengeluarkan pennya.

"Emm encik, encik....perlu pen ke," Tanya Elzara sambil menghulurkan pennya kepada Gazni.

Bersirap darah Gazni mendengar suara itu. Dia kenal suara itu.

"Ya Allah, aku mimpi kah ni, suara tu macam suara dia," Gazni dengan perlahan menoleh ke belakang.

Melihat wajah gadis yang di rinduinya, yang menjadi kesayangannya selama seminggu yang lalu membuatkan mata Gazni berair

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Melihat wajah gadis yang di rinduinya, yang menjadi kesayangannya selama seminggu yang lalu membuatkan mata Gazni berair.

"Akhirnya dia dah datang,"Bisik hati Gazni, renungannya masih tidak dilepaskan ke arah Elzara.

"Eh!, Gazni...Gaznikan! awak! ...ya!...awak yang tolong payungkan saya hari tu, "Elzara gembira dapat berjumpa dengan lelaki yang selalu di fikirannya.

Gazni masih terpaku dengan kecantikkan wajah Elzara, suara dan haruman yang telah terbenam ke dasar hati dan jiwanya.

"Sa..saya...saya...rindu awak!," Airmata Gazni berlinang.

"Awak nak pen ni t...," Elzara terhenti dan gugup mendengar kata-kata dari lelaki yang dirinduinya dan dia terkejut melihat sebuah sajak di mana namanya jelas di tulis 'ELZARA SOFIA'.

"Elzara Sofia," Gazni menyebutnya jelas.

Elzara duduk berjarak di sebelah Gazni, di lihatnya kertas di tangan Gazni. Berdebar hatinya.

"Gazni...boleh awak berikan kertas tu pada saya?," Lembut suara Elzara meminta.

Terketar-ketar Gazni memberinya kepada Elzara. Elzara melihat telus ke dalam mata Gazni, ada air jernih yang bertakung penuh dengan kerinduan, jauh di sudut hatinya penuh harapan untuk bertemu bidadari yang juga merinduinya.

"Boleh saya simpan ia?,"Elzara bertanya kepada lelaki yang dari tadi terpegun melihatnya.

"Ya Elzara, awak boleh simpan jauh ke dalam hati awak dan ia akan kekal menjadi milik awak selamanya, ia akan sentiasa terpahat di hati saya," Gazni tersenyum, saat inilah yang dia tunggu, kerana setiap waktu baginya bagaikan pungguk rindukan bulan.

Mereka saling berpandangan dan tersenyum untuk beberapa saat.

"El! jom lunch," Hanim Hezra memanggil Elzara dari jauh.

"Alamak! Encik Gazni la...eee..tak sopannya aku," Hanim berjalan menuju ke arah Elzara dan Gazni.

"Hai Encik Gazni," Sapa Hanim Hezra, membuatkan pandangan Gazni tersentak.

"Oh Hanim!," Gazni memberi senyumannya kepada Hanim.

"El, inilah Encik Gazni,"Hanim memperkenalkan Gazni kepada Elzara.

"Dah kenal pun Encik Gazni ni, lama betul kau dalam toilet yer," Elzara bangun dari bangku.

"Oh ya kah, hihihi, tadi saya tak nampak pun Encik Gazni kat dalam auditorium," Hanim bertanya kepada Gazni.

"Tadi saya ada kerja sikit, tak sempat nak masuk ke dalam, eh! awak berdua dah lunch ke? dah lewat ni," Gazni membetulkan fail-failnya.

"Kami berdua nak pergi lunch lah ni, Encik Gazni nak join sekali ke?," Hanim mempelawa Encik Gazni makan bersama.

"Saya dah pekena dah kat dewan makan pukul 12 tadi, tak pa lah, kamu berdua pergilah, saya dah kenyang" Encik Gazni memberi senyuman kepada Elzara.

Elzara membalas senyumannya.

"Ok Encik Gazni, kami gerak dulu yer," Hanim menarik tangan Elzara berjalan menuju ke dewan makan.

Separuh perjalanan, Elzara menoleh perlahan ke arah Gazni dan memberikan satu senyuman yang sungguh indah dan mempersonakan.

Gazni membalas senyuman Elzara dan terus memandangnya sehingga Elzara hilang dari pandangannya.

"Alhamdulillah....," Gazni menekup mukanya, di senyumnya puas-puas.

," Gazni menekup mukanya, di senyumnya puas-puas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

...........................................................
💗😘hope u all semua sudi2 vote and comment....hihihi😂😂💗

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now