SSR 36

1.8K 79 7
                                    

"Ermm..masa mama dan ayah aku meninggal, kaulah yang angkat aku dari lantai ke katil hospital," Zaskia sebak. Di lap airmatanya. Dia memandang jam di tangannya, terlihat banyak kereta di depan, masing-masing berbaris untuk membayar tol.

"Mama!, ayah! bangun! bangunlah! jangan tinggalkan Zas! Zas sayang sangat mama, ayah, bangunlah.. bangunlah, abang! tolong! kejutkan ayah, kejutkan mama, tolong abang... ayah jangan pergi, mama.... Zas sayang mama, Zas selalu cium mama, peluk mama pagi-pagi, jangan tinggalkan Zas, mama, ayah.. bangun.. bangunlahhh....," Berhamburan air mata Zaskia memandang dua tubuh kaku di depannya, di peluk dan di sayangnya satu persatu.

," Berhamburan air mata Zaskia memandang dua tubuh kaku di depannya, di peluk dan di sayangnya satu persatu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Zas, sabarlah," Darwisy sebak dan menangis melihat Zaskia.

Adam Fayyadh, Rafiq Wajihan dan Tengku Mustakim sebak, mereka turut bersedih.

"Zas, sabar yer Zas, kau kena redha, tabahkan hati kau Zas, kuat Zas, jangan macam ni, kesian mama dan ayah kau, kau kena sabar Zas," Fiyya memeluk Zaskia. Titisan jernih bertakung di matanya. Hana Insyirah juga memeluk Zaskia. Mereka bertiga berpelukan hiba.

"Zas, jom duduk dulu, kau nampak lemah sangat Zas," Hana Insyirah menarik perlahan tangan Zaskia. Fiyya Mysara mengambil kerusi untuk Zaskia.

"Fiyya.. Hana... aku sayang mama dan a..a..," Suara Zaskia semakin perlahan, semakin lemah, matanya berpinar-pinar dan pandangannya menjadi gelap, dia rebah layu ke lantai.

"Ya Allah Zas!, Zas pengsan lah, Zas! bangun Zas, Zas! Zas! bangun," Fiyya Mysara memangku kepala Zaskia dan di bantu Hana Insyirah .

"Adik, angkat kawan adik ni ke katil sebelah dulu, kak nak panggil doktor dan uruskan urusan jenazah," Seorang jururawat perempuan berlari ke ruang depan.

"Zas! bangun Zas, jangan tinggalkan abang Zas, abang dah tak ada sesiapa lagi Zas," Darwisy melutut layu di pangkuan Zaskia. Di pegang tangan Zaskia, ingin di angkatnya tubuh Zaskia, namun tak berdaya kerana terlalu sebak.

"Isy! izin aku angkat Zas," Tengku Mustakim mengangkat Zaskia ke katil lain, dan seorang jururawat lain dan doktor bertugas datang memeriksa Zaskia, dan mengarahkan kawan-kawan Zaskia keluar tunggu di luar.

"Isy! izin aku angkat Zas," Tengku Mustakim mengangkat Zaskia ke katil lain, dan seorang jururawat lain dan doktor bertugas datang memeriksa Zaskia, dan mengarahkan kawan-kawan Zaskia keluar tunggu di luar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lapan bulan telah berlalu, namun Zaskia terasa seperti baru semalam mama dan ayahnya di kebumikan. Hanya abangnya Darwisy sempat bertemu dengan mama, ayah meninggal di tempat kejadian, dia sedih dan sebak kerana tidak sempat bertemu dengan ayah dan mamanya untuk kali terakhir kerana kesesakkan jalan raya.

Kemalangan ngeri melibatkan kereta milik ayahnya, bas ekspress dan sebuah van yang telah mengorbankan lima nyawa sentiasa di ingatannya. Kecuaian pemandu bas yang mengantuk menyebabkan kemalangan itu berlaku.

"Aku redha Ya Allah, tempatkan mama dan ayah di kalangan orang yang beriman," Zaskia mengesat airmatanya. Dia memandang kearah jurutol, dan senyuman di ukir. Di capainya botol air mineral dan meminumnya.

"Haaaaaahhh...," Nafasnya di tarik panjang dan di hembus perlahan.

"Hmmn...tapi aku ni macam bertepuk sebelah tangan jer, kalau kau suka kat aku, mesti kau dah cakap kat aku awal-awal lagi, ermm...atau biar aku yang mulakan dulu, eisshhh gila, maunya dia dah berpunya dalam diam, malu aku!,"Zaskia mengeluh dan tersenyum dengan apa yang telah terlitas di lubuk hatinya.

"Hai Zas!, panjang kau memikir sampai mengeluh aku dengar," Tengku Mustakim menyapa dari belakang. Zaskia terkejut.

"Eishh mamat ni, aku tengah pikir pasal kau lah, hushh,"Keluh hati Zaskia.

"Adalah, sibuk jer kau," Zaskia terus memandang keluar tingkap.

"Sharelah, manalah tahu kot kami semua boleh tolong kau, aku pun boleh jadi pendengar setia, kalau kau nak, hihihi," Terdengar suara manja Tengku Takim ketawa kecil.

"Kau tu, sesuai dengar radio jer Takim, hah! Adam! kau buka radio tu, bagi cergas mata-mata yang dari tadi diulit mimpi ni ha, dah masuk Kl dah pun," Rungut Zaskia.

Tiba-tiba rambut Zaskia yang di ikat kemas di tarik Tengku Mustakim, tersentap kepala Zaskia ke belakang.

"Arghh..eee...!!," Zaskia menoleh ke belakang kanan, berdegup kencang hati Zaskia apabila mata dan hidungnya seakan hendak tercium dengan muka Tengku Mustakim. Mata mereka bertentangan. Adam fayyadh pula membuka radio Sinar Fm, kedengaran lagu Fantasia Bulan Madu nyanyian Search.

🎼🎵🎶💗
Demi cintaku pada mu
Ke mana saja kan ku bawa
Ku hujung dunia ke bintang
Kejora
🎵🎶🎼💗
Demi cintaku padamu
Kukorbankan jiwa dan raga
Biar pun harus ku telan
Lautan bara
🎶💗💗🎵
Bulan madu di awan biru
Tiada yang menggangu
Bulan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang putih tak terbendung
Sesuci embun pagi
🎶🎶🎵
Andai dipisah
Laut dan pantai
Musnahlah ilham
Hilang pedoman
🎵🎶💗
Andai dipisah
Cahaya dan bulan
Gelap gulita
Musnah asmara🎶🎵💗

Merah muka Zaskia, dengan perlahan di menoleh ke depan. Tersenyum Tengku Mustakim kerana jeratnya mengena.

"Aku cinta padamu Zas," Bisik hati kecil Tengku Mustakim.

...........................................................
💗😘hope u all semua sudi2 vote and comment....hihihi😂😂💗

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now