SSR 69

5K 78 9
                                    

Setelah dua minggu bercuti ke kawasan French Riviera, Cannes, Sumaiyyah Almas ataupun panggilan manjanya Mak Yah kembali bertugas di rumah agam Tuan Khazin Tharwan.

"Assalamualaikum.... hai semua, banyak buah tangan ni...," Sumaiyyah Almas riang menghadap pembantu rumah yang lain.

"Waalaikumussalam.... amboi, seronok betul bercuti hingga tak ada berita, jauh betul Cannes tu dengan Zurich yer Yah," Sapa Ketua Dapur, Puan Adibah Agnes yang usianya hampir menghampiri 60 tahun. Tugasnya hanya mengarah dan memerhati.

"Ala... sekali sekala bercuti Kak Dibah, melepaskan penat lelah tulang-tulang yang dah lama tak rehat ni, hiii," Sumaiyyah Almas ketawa kecil.

"Mak Yah dengan Pak Su Man ke Cannes melalui Italy atau France?," Tanya Rossa Miranda, seorang pembantu rumah berbangsa Italy yang fasih berbahasa Melayu.

"Pak Su Man ikut Italy, dia jumpa kawan lama dekat Milan, dapat lah Mak Yah melawat Milan kali ke empat, sempat juga lah melawat Muzium Leonardo Da Vinci tu, lepas tu singgah sekejap di Monaco, masuk Oceanographic Museum.. dapatlah tengok ikan-ikan, replika, lepas tu ke Nice.. dan ke Cannes.... hiiii," Ketawa kecil Mak Yah.

"Wah! empat kali Mak Yah ke Milan... hmm... saya sekali pun tidak pernah menapak di sana, bestnya....," Rungut Aina Salsabila pembantu rumah dari Brunei.

"Kamu muda lagi, nanti kamu pun pasti ke sana," Mak Yah senyum.

"Mak Yah... antara Nice dengan Cannes mana yang best," Tanya seorang pembantu rumah Lee Ziew Wey berbangsa Cina dari Malaysia.

"Mak Yah lebih suka Cannes yang kurang pelancong berbanding Nice yang keretanya alahai... banyak sangat, letih dengan traffic jam, pantai Cannes pun tak ade orang berjemur seksi-seksi atau mandi sebab masih sejuk, terselamat mato laki den, hihihi.... yang best tu Pak Su Man bawa Mak Yah ke tempat pengambaran Mr. Bean, subhanallah, memang cantik betullah Cannes tu, rasa macam nak pergi lagi, tak puas..," Senyum Mak Yah.

"Oh! Filem Mr Bean's Holiday tu, bestnyer Mak Yah," Kata Aina Salsabila sambil terlopong mulutnya.

"Mak Yah sempat tak pergi tempat anugerah yang paling tertinggi Palme d'Or untuk filem terbaik setiap tahun tu, ermm.... ha... Festival Filem paling berprestij dan tertua di dunia yang terkenal tu, pergi tak?," Lee Ziew Wey teruja.

"Oh! itu Palais des Festivals et des Congrès, haa... terbelit lidah Mak Yah menyebutnya, itu lah mercu tanda utama Cannes, yang Mak Yah tahu, setiap tahun pada bulan Mei, mesti festival tu di adakan," Jelas Mak Yah.

"Kat situ kan ada tapak tangan artis-artis terkenal," Celah Aina Salsabila.

"Iyer... betul tu... di bahagian luar bangunan tu ada satu lorong kecil seolah-olah macam Walk of Fame yang terdapat di Hollywood tu.... banyak tapak-tapak tangan pelakon-pelakon popular dari seluruh dunia di abadikan kat situ," Senyum Mak Yah.

"Hah...nanti kamu pun abadikan lah tangan kamu kat sana Aina, satu dunia kenal kamu, hiiii, cepat lah kamu dapat jodoh, asyik merungut jer jodoh tak ada," Puan Adibah Agnes ketawa kecil.

"Ermm..boleh, tunggu Aina jadi artis Hollywood dulu, mesti abang-abang handsome beratur nak jumpa Aina, hihihi," Aina Salsabila tersengih.

"Kuat berangannya yer, tak ada jodoh, tak ada jodoh, tu...si pengawal kat depan tu kirim salam dekat kau, hiii, abang Nepal, handsome tu, baik dia," Rossa Miranda tersenyum.

"Yer ker... hmm... nampaknya ada lah teman untuk aku berdating, dah lama tak berdating ni," Mata Aina Salsabila di kerdip beberapa kali.

"Gatal kamu yer Aina.., haishhh... budak-budak zaman sekarang ni, bahaya.., ingat.. jaga diri tu elok-elok," Mak Yah membulatkan matanya sambil tersenyum.

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now