SSR 60

2.8K 77 6
                                    

2 bulan telah berlalu sejak Zaskia balik dari Malaysia. Seperti biasa Zaskia dan Fiyya Mysara balik dari kuliah.

"Zas, kau berhentikan aku dekat depan tu, Isy nak ambil aku kejap lagi, hiiiii," Fiyya Mysara tersengih memandang Zaskia.

"Yer..yer... dari tadi kau bagi tahu aku, hmm.... dating lah tu, esok kan cuti, haiii....aku sorang-sorang lagi lah kat rumah, memandang kan housemate kita yang dua orang lagi tu dah naik train tadi, ermm...nak buat pizza lah malam ni," Zaskia memuncungkan mulutnya. Kereta di berhentikan di depan sebuah kedai bunga.

"Hmm...sedap tu pizza gemuk dengan cheese leleh...ummm...... kau simpanlah sikit untuk aku, hiiihii.... kempunan aku nanti..simpan yer...baii..," Fiyya Mysara membuka pintu dan keluar dari kereta sambil tangannya melambai Zaskia.

"Ok...jangan lupa balik awal," Zaskia senyum dan membalas lambaian Fiyya Mysara.

Kereta terus di pandu ke depan. 5 minit kemudian, Zaskia tiba di depan rumahnya, kereta di pakir di tepi jalan, kerana dia bercadang untuk keluar semula membeli barang sekejap lagi. Dia berjalan hingga ke depan pintu, kunci di keluarkan, tetapi kunci terjatuh. Di ambilnya. Tiba-tiba kedengaran seseorang memetik gitar.

"Hmm....lagu Janam-janam pula tu, Dilwale.. lagu favourite aku tu, mat saleh mana pula yang suka lagu ni, eh! semakin dekat pula dengan aku, eisshh... takut pula, dah lah sunyi jer ni," Zaskia sedikit takut.

"Janam janam janam saath chalna yunhi,
Kasam tumhe kasam aake milna yahin,
Ek jaan hai bhale do badan ho judaa,
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida....

"Suara tu...Ya Allah, dia ke?," Zaskia menoleh ke belakang, dia terkejut melihat seorang yang amat di kenalinya.

"Takim?... Tengku Mustakim Tengku Muqri?, Ya Allah, syukur alhamdulillah... kau dah sedar Takim," Zaskia menutup mulutnya, dia tersenyum lebar, air mata kegembiraan mengalir tenang. Tengku Mustakim terus menyanyi sambil jari-jarinya rancak memetik gitar lagu Janam-janam kesukaan Zaskia.

Meri subah ho tumhi
Aur tumhi shaam ho
Tum dard ho tum hi aaraam ho
Meri duaaon se aati hai bas ye sadaa
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida... ahahhhaha.....aaaaa ooo...ooo..oooo..hmmm...."

"Assalamualaikum," Tengku Mustakim senyum. Zaskia menyeka air matanya, dia memeluk Tengku Mustakim dengan sebak di hati.

"Waalaikumussalam, eh! sorry a..aku... lupa, terpeluk kau pula, ermm.... ka...kau..," Zaskia sebak, dia kelu, air matanya mengalir deras tidak tertahan.

Tengku Mustakim kembali memeluk Zaskia. Zaskia terkelu.

"Aku rindu sangat kat kau... Zas, I love you so much, i love you sayang..i love you...," Tengku Mustakim membisikkan kata cinta yang telah lama Zaskia menunggu untuk di dengari dari bibir seorang lelaki yang amat di cintainya.

"Aku pun cinta kan kau Takim... aku pun sayang kan kau," Zaskia melepaskan pelukannya. Jari Tengku Mustakim mengelap lembut air mata Zaskia di pipinya. Zaskia mengukir senyuman. Perasaan malu muncul dengan tiba-tiba. Merah muka Zaskia. Coats berbulu tebal berwarna hitam miliknya di betulkan. Rambutnya yang panjang lurus di tarik kemas semula.

"Zas... sungguh aku rindu kat kau," Dengan suara yang sebak, Tengku Mustakim menarik Zaskia ke dalam pelukannya lagi sekali.

"Takim...," Airmata Zaskia mengalir deras, terdengar esakan tangisan sebak berbaur rindu yang mendalam di benak hati Zaskia. Lelaki yang amat di rinduinya, yang di nantinya kini di dalam pelukkannya.

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now