SSR 52

2K 75 2
                                    

"Syukur alhamdulillah... huhh!!! lega aku rasa sebab kau nak temankan aku, ermm...aku harap sangat apa yg aku rancang ni macam hari ni, dia suka, sebab tu lah aku perlu sangat bantuan kau Fiyya, aku ni gugup, sebab tu aku nak kau jadi dia hari ni, testing..hahaha!... aku pun terkejut bila dapat tahu dia nak datang sini ," Darwisy menghidupkan enjin keretanya.

"Hmm.... aku tolong pun sebab kau kawan aku, dah jom gerak, nak ke mana kita ni?," Fiyya membuka tingkap keretanya.

Angin sejuk menyapa lembut wajah Fiyya Mysara, bahang sejuk makin terasa kerana musim sejuk akan tiba tidak lama lagi, kelihatan burung-burung terbang bebas di langit Zurich. Udara yang nyaman, segar dan pemandangan tasik yang berlatarkan gunung-gunang amat mendamaikan jiwa.

"Seminggu aku muram, aku sedih, menangis sejak kau bagi tahu yang girlfriend kau nak datang ke Zurich, aku tak sangka aku hanya bertepuk sebelah tangan, aku tak tahu pun selama ni kau dah berpunya, hmm... dah lah tu suruh aku berlakon jadi girlfriend kau pula, kononnya nak test lah sebelum keluar dengan girlfriend kau, hah!!! sabar jer lah hati aku ni, aku redha, kau bukan milik aku, hmm...," Detik hati Fiyya Mysara.

"Petang ni, kita nak ke mana yer, ermm..., mall? taman? tasik? muzium?," Darwisy memandang Fiyya Mysara, sengaja di tanya untuk melihat reaksi Fiyya Mysara.

"Tempat yang lain tu, macam biasa jer tapi kalau Muzium tu.. hmmm... bagus juga idea tu, ada 50 buah muzium sekitar Zurich ni, kau nak bawa aku ke Muzium Kunsthaus ke? best juga tu sebab kebanyakkan karya seni yang ada kat Zurich ni dipamerkan kat muzium tu, wah!! berdating sambil tengok karya seni, aku suka tu, tapi girlfriend kau suka ke berdating kat muzium? hihihi," Fiyya ketawa kecil sambil memakai seat belt.

"Entah lah dia suka ke tidak, hmm... eh! lupa pula, kan kita dah janji, bila si Hana, si Haya, dengan Adam tu datang sini, baru kita melawat muzium tu, kang tak best pula kalau dah masuk, kita pergi makan dulu ekk, aku tak makan lagi lah, tak sempat tadi, lapar pula" Darwisy senyum walau pun perut berkeroncong.

"Aku pun sama juga, dah kosong peti sejuk kat rumah, mi segera jer aku makan tadi, hmm... mesti Zas akan beli barang kat pasaraya bila dia balik dari kuliah nanti, hihihi," Fiyya ketawa kecil.

Darwisy menyambungkan pendrive ke usb port yang terdapat pada mp3 player kereta. Tangan kanannya menekan butang pada stereng, track ke 5 di pilih, kedengaran lagu I Don't Wanna Miss A Thing nyanyian Aerosmith memecah kesunyian.

"Ermm...pandai kau pilih lagu ni, my favourite ni," Fiyya Mysara senyum.

"Pandai aku kan, senyum sikit girlfriend... hihihi," Darwisy tersengih sambil memandu keretanya ke jalan besar.

"Eee...ngada-ngada kau yer, tu tengok jalan tu elok-elok," Fiyya tersenyum sambil memandang keluar tingkap, dia suka sebenarnya.

Kereta di pakir di tepi jalan, restauran halal di tuju. Setelah memilih makanan, Darwisy dan Fiyya memilih untuk duduk di kerusi meja di luar kedai yang menghadap Sungai Limmat.

"Wah!! nyamannya...hmm... pandai kau pilih tempat," Fiyya memandang Darwisy.

"Mesti lah aku cari tempat yang bagus untuk kekasih hati aku, ok tak makanan kat sini," Darwisy tersenyum.

"Kau ni, erghh!!... jap aku nak makan lah ni, bismillahhirohmanirrahim... ermmm...sedap... seriously sedap betul croissant berinti tuna ni, 5 star aku bagi," Fiyya memakan croissant, dia tersenyum sambil menyedut jus orennya dengan straw.

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now