ASH 1

18.1K 386 16
                                    

BAB 1

pagi yang indah. kelihatan azroy sedang memandu keretanya seorang diri. dia baru saja meninggalkan kampung halamannya. dia memandu keretanya menuju ke pusat bandaraya lipis sambil mendengar lagu di radio keretanya. ketika dia sedang leka memandu keretanya tiba tiba saja muncul seorang gadis berambut panjang di hadapan keretanya. Dia berdiri di tengah jalan sambil mendepakan kedua belah tangnnya. "berhenti!!!!...", jeritnya. azroy yang terkejut sakan terus menekan pedal brek keretanya. "screeeeccch...", kedengaran tayar keretanya berdecit akibat di brek secara mendadak. "hey... kau nak mati ke, hah?!", soal azroy dengan nada suara yang marah. tanpa mempedulikan kemarahan yang jelas terbayang di wajah azroy gadis itu terus melangkah masuk ke dalam keretanya. "wei... wei... wei... apasal kau masuk dalam kereta aku ni pula?... aku tak suruh pun kau masuk dalam kereta aku tadi...", soal azroy cukup bengang. "maaf... aku terpaksa buat begini sebab tiada siapa yang sudi menumpangkan aku pergi dari sini...", kata gadis itu dengan wajah yang serius.

"wei... kau ingat kereta aku ni macam kereta teksi ke, hah?... suka suka aje kau masuk dalam kereta aku ni and then suruh aku bawa kau pergi dari sini...", marah azroy. "jangan banyak cakap... tolong bawa aku pergi dari sini secepat mungkin... pleaseeeee....", rayu gadis tersebut dengan muka kasihan. belum pun sempat azroy bersuara tiba tiba dia nampak 3 orang lelaki berpakaian serba hitam berlari menuju ke arah kereta azroy. mereka membawa pistol di tangan. "oh... tidak... mereka dah datang... cepat!... bawa aku pergi dari sini...", gadis tersebut bersuara dalam nada suara yang ketakutan. bila azroy melihat lelaki itu membawa pistol di tangan mereka dia pun terus memandu keretanya. "okay, kenapa mereka kejar kau dengan membawa pistol di tangan?... kau ada buat salah ke, hah?", soal azroy ingin tahu. "aku tak buat salah apa apa pun... mereka tiba tiba saja datang memburu aku... mereka dah bunuh ibu dan ayah aku dan sekarang mereka nak bunuh aku pula...", kata gadis tersebut. dia seperti hendak menangis pula. "apa?... mereka bunuh ibu bapa kau?...", soal azroy dengan nada suara yang terkejut. "ya... mereka bunuh ibu bapa aku di depan mata aku... kini aku keseorangan tidak berteman...", kata gadis itu dengan muka sedih. airmata mula membasahi pipinya.

azroy mula berfikir panjang. "kau tahu tak kenapa diorang nak bunuh korang?", soal azroy ingin tahu. "entahlah... aku pun tidak tahu kenapa mereka nak bunuh kami... tujuan kami datang ke sini cuma nak bercuti dan menikmati keindahan alam kat sini tapi tiba tiba saja mereka datang dan hendak bunuh kami pula...", kata gadis dengan sedih. "mungkin mereka tu musuh ibu bapa kau tak?", teka azroy. "entahlah... yang pastinya mereka tidak suka pada kami...", balas gadis itu. "jadi lepas ni kau nak pergi ke mana?", soal azroy ingin tahu. "entahlah... aku sendiri pun tidak tahu ke mana aku harus pergi... anyway, siapa nama kau?", soal gadis tersebut. "nama aku azroy shariman... nama kau pula?", soal azroy ingin tahu. "nama aku maya iriz... er, boleh aku tanya?... kau nak pergi ke mana selepas ni?", soal gadis bernama maya itu. "aku nak balik ke rumah akulah...", balas azroy. "er.... boleh tak kalau aku ikut kau balik ke rumah kau?", soal maya dengan penuh harapan. "apa?... kau nak ikut aku balik ke rumah aku?", soal azroy dalam nada suara yang terkejut. "ya... tolonglah aku... aku tidak ada siapa siapa lagi di muka bumi ni... jadi kau tolonglah aku... benarkan aku tinggal di rumah kau...", kata maya.

"kau sudah gila ke, hah?... mana boleh kau tinggal dengan aku...", kata azroy dengan wajah yang serius. "kenapa pula?", soal maya kehairanan. "sebab kau tu perempuan... aku ni lelaki... perempuan dan lelaki yang belum berkahwin tidak boleh tinggal dalam satu rumah...", tekan azroy. "alah... tolonglah tumpangkan aku kat rumah kau.... aku tak tahu ke mana aku harus pergi... tolonglah...", rayu maya. "maaf...aku tak nak ambil sebarang risiko yang membahayakan diri aku sendiri... aku rasa aku cuma boleh tolong hantarkan kau ke pusat bandaraya lipis aje... selepas tu kau pandai pandailah uruskan diri kau tu sendiri...", kata azroy dengan wajah selamba. "tapi takkanlah kau sampai hati biarkan aku bersendirian kat bandaraya tu... macamana pula kalau 3 orang lelaki tu datang nak bunuh aku?... di mana aku nak larikan diri lagi?", soal maya. "itu kau punya fasal... aku tak nak terlibat dengan masalah kau tu...", kata azroy dengan wajah yang serius.

dia terus memandu keretanya ke pusat bandaraya lipis. maya mula menangis di sebelahnya. sesekali dia mengesat air mata dan air hingusnya dengan baju lengan panjangnya. azroy yang diam dari tadi mula merasa terganggu dengan esak tangisnya. "boleh tak kau jangan menangis macam tu...", soal azroy. "aku menangis pun tak boleh ke?... aku sedih tau... aku sedih... ibubapa aku sudah mati... aku kini tinggal sebatang kara kat muka bumi ni... aku tak tahu ke mana aku harus pergi... dah tu pula tak ada orang yang nak tolong aku... sebab itulah aku menangis macam ni...", maya bersuara dengan sedih. "aku bukannya tak nak tolong kau... tapi masalahnya sekarang aku tak kenal kau... lagi pun aku tak tahu apa sebenarnya terjadi pada ibu bapa kau tu... aku tidak tahu apa sebabnya 3 orang lelaki tu datang nak bunuh kau... aku sebenarnya tak nak terlibat dalam kes bunuh membunuh macam ni... masalah aku sendiri pun aku belum settle... ini kan pula masalah kau tu... hm... silap haribulan boleh jadi gila aku di buatnya....", kata azroy berterus terang.

"aku tahu aku hanya mendatangkan masalah dalam hidup kau tapi ini hanya untuk sementara waktu saja. kau tolonglah aku... aku terdesak sekarang ni...", kata maya separuh merayu. ketika itu mereka sudah pun sampai di pusat bandaraya lipis. azroy memberhentikan keretanya di depan sebuah shopping mall. "maaf... aku memang tak boleh tolong kau... kau kena keluar dari dalam kereta aku sekarang juga...", kata azroy dengan tegas. "tapi....", kata kata maya terus di potong pantas oleh azroy. "tak ada tapi tapi lagi... kau kena keluar dari dalam kereta aku sekarang juga...", tegas azroy. mahu tidak mahu maya pun melangkah keluar dari dalam kereta pemuda tersebut. sebaik saja maya menutup pintu kereta itu azroy segera memandu keretanya meninggalkan tempat tersebut.

dia memberhentikan keretanya di sebuah gas station yang terletak tidak jauh dari shopping mall itu. dia ingin mengisi keretanya dengan minyak petrol sebelum dia balik ke rumah sewanya. dia melangkah masuk ke dalam small shop yang ada di dalam kawasan gas station tersebut untuk membeli roti dan air minuman. tanpa dia sedari maya telah mengekorinya dari belakang sehingga dia sampai ke gas station itu. maya membuka bonet belakang kereta milik azroy dengan menggunakan kunci kereta yang di tinggalkan oleh pemuda itu di dalam keretanya. cepat cepat dia memasukkan kembali kunci kereta tersebut ke starter kereta itu. kemudian dia menyelinap masuk ke dalam bonet kereta tersebut secara senyap senyap. azroy yang tidak tahu apa apa terus melangkah menghampiri keretanya. dia mula mengisi minyak petrol ke dalam tangki keretanya. setelah siap mengisi minyak kereta dia pun masuk ke dalam keretanya. enjin kereta di hidupkan. perlahan lahan kereta tersebut meluncur laju meninggalkan tempat itu.

AUTHOR NOTE: I'm back. Tapi kali ni mizz nak buat cerita yang agak lain sedikit. Korang nak tahu apa kelainannya? Korang baca dulu cerita ni setiap kali mizz update yer... korang akan tahu kelainannya kelak... huhu...

ASH (PG13)Where stories live. Discover now