ASH 26

785 62 1
                                    

azroy sedang berjuang melawan musuh ketika dia lihat begitu banyak tentera puak agfa meluru masuk ke medan pertempuran. jumlah mereka begitu banyak sekali. azroy melemparkan boomster ke arah pasukan tentera puak agfa yang baru sampai. "kaabooommmm!!!!....", ledakan boomster kedengaran sana sini. sebahagian daripada ahli pasukan tadi telah kecundang akibat terkena ledakan bom tangannya. ramai juga tentera puak agfa mati di tangannya. maya dan ahli tentera puak massa yang lain berusaha menumpaskan pihak musuh dengan senjata masing masing. azroy merasakan yang mereka perlu tinggalkan tempat tu sebelum dia meletupkan boomstoll yang telah di pasang. ketika itu faiz sudah berjaya memasangkan beberapa boomstoll dalam kapal induk pihak musuh. ketika dia hendak meninggalkan tempat itu tiba tiba muncul seorang wanita puak agfa di situ. "hey... apa yang kau buat tu, hah?", soalnya dengan marah. faiz tidak mengendahkannya. dia terus saja berlari tinggalkan tempat itu. "zuss....", wanita tersebut menembak ke arah manusia yang melarikan diri itu. faiz segera berlari meninggalkan kapal induk itu. dia berlari masuk ke dalam bangunan menara kawalan. dia berhenti berlari sebaik saja dia sampai di dalam lif. bahu kirinya terasa sakit sekali. kelihatan darah merah mengalir keluar dari bahu kirinya. rupa rupanya dia terkena tembakan wanita puak agfa itu. dia segera mengoyakkan hujung bajunya. kemudian dia membalut luka di bahu kirinya dengan kain di tangan. sebaik saja pintu lif terbuka luas dia pun segera berlari keluar dari situ.

sementara itu kelihatan azroy sedang menikam salah seorang ahli tentera puak agfa dengan swordfore di tangannya. dengan sekali libas saja tentera puak agfa tu mati di tangannya. sewaktu dia sedang berdiri di situ tiba tiba dia di tikam oleh seseorang dari belakang. nasib baik dia sempat mengelak. azroy segera mendongakkan kepalanya. kelihatan maharaja zios berdiri di depannya dengan memegang swordfore di tangan. "siapa kau ni, hah?... kenapa kau tutup wajah kau dengan topeng kain tu?... tentu kau ni bukannya tentera beta...", soal maharaja zios dengan garangnya. "jangan banyak tanya.... biarkan swordfore ini berbicara...", ucap azroy. serentak dengan itu dia mula menyerang makhluk asing tersebut. maka terjadilah pertempuran di antara mereka berdua. maharaja zios melompat dan mengelak. dia menyerang makhluk bertopeng itu dengan swordforenya. azroy berundur ke belakang. entah macamana tiba tiba dia terjatuh di atas tanah. maharaja zios segera menerkam ke arahnya lalu dia meletakkan swordfore di leher makhluk bertopeng itu. "kau ni siapa, hah?... warna kulit kau tidak sama dengan warna kulit tentera puak massa... let me see your face...", maharaja zios segera membuka topeng yang di pakai oleh makhluk tersebut. alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat wajah makhluk itu. "apa?... kau ialah manusia?... manusia yang di tangkap beberapa bulan yang lalu?... aku fikir kau sudah mati....", soal maharaja zios terkejut. "guess what?... I'm not dead yet...", balas azroy dalam nada suara yang geram. tanpa di duga azroy menggenggam debu di tanah lalu di lemparkannya debu tersebut ke wajah maharaja zios. serentak dengan itu maharaja zios menggosok gosok matanya yang terkena debu. dengan sepantas kilat azroy menyepak celah kelangkang maharaja zios dengan kakinya. makhluk itu terjatuh di atas tanah sambil mengaduh kesakitan. azroy segera bangkit. dia berlari sambil berkata sesuatu dalam earpiece di telinganya.

"perhatian semua... di minta semua ahli skuad tinggalkan tempat ni secepat mungkin sebab tak lama lagi semua boomstoll yang terpasang akan di letupkan.... so, semua ahli skuad di minta keluar dari kawasan ini sekarang juga....", kedengaran suara azroy memberikan arahan pada semua ahli tentera puak massa melalui earpiece masing masing. mereka segera berundur walaupun ada sesetengah pihak musuh yang masih ingin berlawan dengan mereka. faiz pun turut berlari tinggalkan tempat itu. maharaja zios yang masih terpisat pisat merasa terkejut dan hairan apabila dia melihat pihak musuh mula berundur dan tinggalkan tempat itu. "kenapa mereka berundur pula?...", soalnya kehairanan. "mungkin mereka takut kalah kot...", balas kolonel reid. "takkanlah macam tu pula... ini pasti ada apa apa ni...", kata maharaja zios mula curiga. dia memerhatikan semua tentera puak massa yang lari tinggalkan medan pertempuran secara mendadak. "kejar mereka!!!...", perintah maharaja zios. belum pun sempat mereka mengejar pihak musuh yang berlari tinggalkan tempat itu tiba tiba, "kaboooommmm!!!!....", kedengaran boomstoll yang terpasang mula meletup dengan kuatnya. maharaja zios dan juga kolonel reid terjatuh lalu tertiarap di atas tanah. kubu pertahanan puak agfa hancur dalam sekelip mata. begitu juga dengan bangunan menara kawalan, makmal utama, bangsal dan juga kapal induk milik puak agfa. di sana sini terdengar jeritan tentera puak agfa yang tercedera. ramai juga tentera puak agfa yang terkorban dalam letupan boomstoll yang dashyat itu. dalam keadaan yang kalut itu muncul pula sebuah spaceship kecil kat situ. ianya berhenti betul betul di atas kepala maharaja zios. pintu spaceship tu terbuka luas. kelihatan sebuah cahaya memancar keluar. perlahan lahan tubuh maharaja zios dan juga kolonel reid terangkat ke atas lalu masuk ke dalam perut spaceship tersebut. "tuanku... nasib baik tuanku tidak apa apa...", kelihatan seorang wanita puak agfa berdiri menyambut ketibaan maharaja zios di situ. "kayla?!... bagaimana kau boleh terlepas dari kapal induk yang hancur berkecai tu?", soal maharaja zios terkejut. "sebenarnya semasa korang berperang tadi aku terserempak dengan seorang manusia yang memasang boomstoll dalam kapal induk tu... sempat lagi aku menembak manusia tu... bila aku tengok time set kat boomstoll tu aku tahu tak lama lagi ia akan meletup. so aku pun terus masuk dalam spaceship ni....", cerita wanita bernama kayla itu. "very good kayla... sekurang kurangnya kita masih ada spaceship kecil ni untuk tinggalkan tempat ni...", kata maharaja zios sambil bangun. begitu juga dengan kolonel reid. "kayla... tolong bawa beta balik ke planet zargus sekarang juga... apa apa pun beta akan kembali semula ke sini untuk membuat perhitungan dengan puak massa... kali ini beta bawa lebih banyak tentera untuk menyerang puak massa dan juga planet bumi... just wait and see... there's gonna be a huge war in the future!...", kata maharaja zios dengan wajah yang tegang.

*** *** ***

"yeahhhhhh!.... kita berjaya tumpaskan mereka!!!!!....", jerit cruz sebaik saja dia melihat kapal induk milik puak agfa hancur berkecai dalam sekelip mata. begitu juga dengan kubu pertahanan, menara kawalan, makmal utama dan juga bangsal. semuanya kini musnah di saluti debu dan tanah. semua puak massa melompat kegirangan. "jangan girang sangat... aku dapat penglihatan sebentar tadi... dalam penglihatan aku tu aku lihat maharaja zios datang semula ke sini tapi kali ini dia datang dengan ribuan tenteranya untuk menentang kita semua...", kata pyros secara tiba tiba. semua tentera puak massa yang ada di situ terus terdiam sebaik saja mereka terdengar perkataan pyros itu. mereka saling berbalas pandangan. begitu juga dengan maya, azroy dan faiz. "so, this is not the end of the war but this is the beginning of war...", ucap azroy perlahan lahan. mereka yang lain terus diam membisu. masing masing tidak tahu nak cakap apa lagi....

ASH (PG13)Where stories live. Discover now