ASH 41

536 46 9
                                    

petang itu ashriel melangkah keluar dari dalam bilik tidurnya. kelihatan abangnya jefri sedang menonton TV di ruang tamu. perlahan lahan dia menghampiri abangnya. tanpa di suruh dia segera duduk di atas kerusi yang ada di situ. suasana di dalam rumah sunyi sepi. hanya mereka berdua saja berada di dalam rumah saat itu. papa dan mama mereka sudah pergi ke bandar untuk membeli barang dapur. "abang... boleh aku tanya suatu soalan dengan kau tak?", soal ashriel setelah dia duduk lama di situ. "apa dia?", soal jefri dengan malas. "kenapa abang seperti membenciku dan kenapa abang selalu cakap yang aku ni anak pungut?...", soal ashriel ingin tahu. jefri yang berbaring di atas kerusi sofa itu terus bangun lalu duduk di atas kerusi tersebut. "kau nak tahu sebabnya?", soal jefri seraya merenung wajah ashriel. "ya...", balas ashriel sepatah. "baiklah... biar aku bagi tahu kau sejarah asal usul kau... sebenarnya kau tu ialah bayi yang di jumpai oleh papa aku dekat pohon beringin yang terletak tidak jauh dari simpang masuk ke perumahan ini... tapi pokok tu dah lama di tebang oleh salah seorang penghuni di perumahan ini kerana ianya di katakan berhantu... kembali pada topik asal perbualan kita, setelah kau di ambil oleh papa dari perdu pokok beringin tu mereka pun terus mendaftarkan nama kau dengan ber'bin'kan nama papa aku di atas surat beranak kau di JPN. mulai dari saat itulah kau menjadi anak papa dan mama. mereka melayan kau bagaikan menatang minyak yang penuh tapi aku?.... aku di biarkan dan di pulaukan dalam keluarga ni... sebab itulah aku semakin benci pada kau...", jelas jefri berterus terang.

ashriel terdiam sebaik saja dia mendengar penjelasan dari abangnya itu. dalam diam dia merasa terkejut juga bila mendengar perkataan dari mulut jefri. dia tidak menyangka yang dirinya ialah seorang anak pungut yang di pungut di bawah pohon beringin. "apa apa pun aku tak tahu asal usul orang tua kau yang sebenarnya... terutamanya emak kau.... entah entah kau tu ialah anak seorang pelacur di tepi jalan... tak pun kau ialah anak perempuan gelandangan yang miskin. di sebabkan mak kau tak mampu bagi kau makan maka mak kau terpaksa buang kau kat bawah pokok beringin tu....", kata jefri separuh menyindir. ashriel yang dari tadi mendengarnya mula merasa sakit hati. "cukup!.... cukup!... cukup!.... aku tak mahu dengar penjelasan dari mulut kau lagi... aku tahu kau sengaja mereka reka cerita ni supaya aku sakit hati, bukan?", soal ashriel dengan marah. "eh... aku bukannya mereka reka cerita lorh... apa yang aku cakapkan ni betul... papa dan mama sengaja merahsiakan identiti sebenar kau sebab mereka tak mahu kau merasa rendah diri dalam rumah ni...", kata jefri dengan pantas. "apa apa pun aku tak percaya dengan perkataan kau ni... kau sengaja nak timbulkan masalah dengan aku...", ashriel menggeleng geleng kepalanya tanda tidak percaya dengan perkataan abangnya itu. "kalau kau tak percaya ya sudah... aku sudah bagitahu kau perkara yang sebenarnya... kalau kau anggap diri kau tu anak papa dan mama ya teruskan saja tapi jangan kau anggap aku ni abang kau pula... aku tak ada adik macam kau...", kata jefri seraya berbaring semula di atas kerusi sofa. ashriel menggetapkan giginya. rasanya ingin saja dia menumbuk wajah abangnya yang bermulut celupar itu namun langkah kakinya terhenti apabila, "kami sudah balik...", kedengaran suatu suara bergema di belakang mereka. ashriel pantas menoleh ke belakang. begitu juga dengan jefri. kelihatan faiz dan isterinya mardiah sedang melangkah masuk ke ruang tamu tersebut. ashriel yang dari tadi menahan kemarahan di dalam dada terus saja berlari keluar dari ruang tamu itu.

"ashriel... ashriel... kau nak pergi ke mana tu?", soal faiz ingin tahu namun soalannya tidak di jawap. ashriel pantas meninggalkan rumah itu dengan berlari dengan sekuat hatinya. tanpa di sedari olehnya setitis demi setitis airmata mula mengalir membasahi pipinya. dia segera mengesat airmata tersebut dengan lengan bajunya. dia berlari dan terus berlari tanpa arah tujuan yang pasti. dia hanya ingin lari jauh dari abangnya jefri yang sering menyakiti hatinya. dia ingin lari jauh dari apa yang di alaminya saat itu. kata kata jefri seakan akan telah menghiris hatinya. ianya seumpama pisau belati yang sangat tajam menikam tepat hatinya sehingga ianya luka berdarah. sudah bertahun lamanya hatinya di lukai dan di sakiti oleh abangnya dan dia kini sudah tidak tahan lagi. dia terus berlari sehingga dia sampai di sebuah puncak bukit. "aaaaaaahhhhhh!!!!!....", jeritnya seorang diri di situ. di saat dia keseorangan di situ kelihatan seekor anak rusa yang patah kakinya sedang terbaring lemah di atas tanah. kakinya berdarah teruk. anak rusa itu terduduk di celah celah rumput menunggu saat saat kematiannya saja. mungkin anak rusa tersebut baru saja di langgar kereta yang lalu lalang di situ. entah macamana tiba tiba saja dia rasa macam nak jilat saja darah binatang yang nampak segar itu. perlahan lahan dia menghampiri anak rusa yang tidak berdaya itu. darah pekat binatang tersebut membuatkan ashriel merasa 'terliur' pula. "gila!.... takkanlah aku nak makan darah binatang ni pula?... tapi darahnya nampak sedaplah...", bisik hati kecil ashriel serba salah. selepas itu dia tidak sedar lagi apa yang dia lakukan. sedar sedar aje dia sudah menghisap darah anak rusa tersebut sehingga binatang itu mati kerana kekeringan darah. ashriel terduduk di atas tanah dengan perasaan yang bercampur aduk. dia sebenarnya tidak tahu kenapa dia jadi macam tu. dia boleh menghisap darah binatang dalam sekelip mata saja. tiba tiba saja dia rasakan yang dirinya tak ubah seperti vampire pula. tak pun pontianak tapi semua makhluk tu menghisap darah manusia bukannya darah binatang. dia tidak sama seperti makhluk makhluk tu semua. dia penghisap darah binatang. jadi dia tidak tahu dia makhluk jenis apa... ashriel pulang ke rumah dengan perasaan yang bercelaru. papanya faiz dan mamanya mardiah bertanya padanya ke mana dia menghilangkan diri tapi dia tidak menjawap soalan mereka. malah dia terus melangkah naik menuju ke tingkat atas. dia terus masuk dalam bilik tidurnya biar pun papa dan mamanya memanggil namanya berulang kali. malam itu dia mula berfikir tentang apa yang di alaminya sebentar tadi....

*** *** ***

"kapten sharp.... aku dah dapat penglihatan sebentar tadi.... aku lihat ashriel anak raja azroy sudah meningkat remaja sekarang. dia tak ubah seperti ayahnya juga... sekarang sudah tiba masanya untuk kita pergi ke planet bumi.... kita perlu melatih dia untuk menghadapi pihak musuh yang akan menyerang planet bumi....", kata pyros pada kapten sharp ketika mereka sedang duduk di markas bawah tanah milik puak massa yang tertindas. kapten sharp yang sedang leka memeriksa gunstem di tangannya berhenti dari meneliti gunstem tersebut. pandangan matanya kini tertumpu ke arah wajah pyros yang berambut putih dan berjanggut putih itu. "bagaimana caranya kita mendekati anak muda tu sedangkan selama ini dia tidak kenal kita pun?", soal kapten sharp. "kita menyamar menjadi manusia. sama seperti maya menyamar menjadi manusia ketika dia pergi ke planet bumi dulu. jikalau kita menyamar jadi manusia sudah tentu dia akan berkawan dengan kita.... itu pun kalau dia sudi berkawan dengan orang pelik macam kitalah.... tapi tak ada salahnya kalau kita mencuba mendekatinya dulu, kan?", kata pyros lagi. "hm... okay... aku akan ikut saja saranan kau tu... tapi bila kita nak bertolak ke bumi ni?", soal kapten sharp ingin tahu. "urm... malam ni juga.... aku sudah sediakan sebuah spaceship untuk kita bertolak malam ni... kau jangan lupa bawakan bekalan darah binatang untuk kita minum dalam perjalanan menuju ke planet bumi nanti, ya...", kata pyros. "baiklah...", balas kapten sharp dengan pantas. malam itu juga mereka bersiap siap untuk berangkat ke planet bumi....

ASH (PG13)Where stories live. Discover now