ASH 29

747 75 47
                                    

faiz mula mengajar semua pemuda dan belia yang ada dengan mendalami ilmu mempertahankan diri iaitu tae kwan do. selain daripada itu dia mengajar mereka cara cara yang betul untuk memanah dan juga menggunakan sumpitan. dr. dred pula mengajar sebilangan kecil para pemudi yang ada di situ cara cara untuk merawat orang tercedera ketika di masa darurat. azroy merenung di kejauhan. hatinya bercelaru. dia sebenarnya merasa bimbang memikirkan keselamatan mereka semua. dalam diam dia perlukan bimbingan dari seseorang yang tahu tentang serba serbi peperangan. fikir punya fikir tak ada seorang pun rakyat puak massa yang pernah berkhidmat dalam ketenteraan sebelum ini. semuanya rakyat jelata biasa yang tidak tahu apa apa. dalam diam azroy menarik nafas berat. dia menghelakan nafasnya keluar secara perlahan lahan. "apa yang abang fikirkan tu?", kedengaran suatu suara menegurnya dari belakang. azroy menoleh ke belakang. kelihatan maya melangkah menghampirinya dengan senyuman terukir di bibirnya. walaupun maya berkulit hitam dan dia tidak kelihatan seperti wanita di bumi namun azroy masih mencintai wanita tersebut. "abang tengah fikirkan keselamatan kita semua... abang takut kita semua akan mati dalam peperangan tu... abang...", belum pun sempat azroy menghabiskan perkataannya maya meletakkan jari telunjuknya di atas bibir suaminya itu. "jangan cakap macam tu bang... tak baik kalau abang cakap macam tu...", kata maya perlahan lahan. azroy terdiam selepas itu. maya meletakkan kedua belah tangannya di atas bahu suaminya. "abang jangan bimbang... kita tidak akan apa apa... percayalah cakap maya ni, bang...", ucap maya sambil tersenyum lebar.

"kalaulah ada seseorang yang pernah berkhidmat dalam ketenteraan sudah tentu dia akan ajar semua orang cara cara yang betul untuk menggunakan senjata dan sebagainya... tapi malangnya tak ada seorang pun yang pernah berkhidmat dalam ketenteraan sebelum ni....", luahan azroy di dengari oleh isterinya. "abang... kenapa abang susah hati hanya kerana perkara seperti ini?... maya tengok semua orang sudah mahir menggunakan senjata...", kata maya. "bukan semua orang mahir menggunakan senjata, maya... masih ada lagi yang belum mahir menggunakan senjata dengan betul. kalau ada seseorang yang pernah berkhidmat dalam ketenteraan sudah tentu dia akan mengajar semua pemuda dan belia yang ada di sini untuk menggunakan senjata, berkawad dan sebagainya... tak pun dia akan ajar semua orang tentang strategi yang paling berkesan apabila berhadapan dengan serangan musuh.... atau pun dia boleh ajar bagaimana caranya menggunakan kereta kebal, jet pejuang dan spaceship yang baru di bina tu...", kata azroy lagi. maya terdiam ketika dia mendengar luahan perasaan suaminya itu. "macam ni sajalah... lebih baik abang pergi ke penjara di mana tentera puak agfa di tahan... abang cubalah tanya pada mana mana ahli tentera puak agfa yang ada di situ. manalah tahu ada di antara mereka yang sanggup bekerjasama dengan kita dalam menentang maharaja zios tu.... sebaiknya abang carilah ahli tentera yang pernah menjawat sebarang jawatan dalam jabatannya. contohnya kapten ke, leftenan ke, jeneral ke apa ke....", cadang maya pula. azroy terdiam seketika. dia tidak pernah pun terfikir tentang perkara itu sebelum ini. "kau rasa ada ke ahli tentera puak agfa tu nak bekerjasama dengan kita?... aku takut di suatu hari nanti dia akan 'menikam belakang' kita pula....", kata azroy meluahkan perasaan risaunya. "abang janganlah risau lorh... everything is going to be fine....", pujuk maya. "baiklah... abang akan cuba mencari mana mana ahli tentera puak agfa yang sanggup bekerjasama dengan kita... abang akan pergi ke penjara itu selepas ini...", kata azroy. maya tersenyum pada suaminya itu. maya membalas senyuman suaminya. perlahan lahan azroy memeluk isterinya dan mengucup bibirnya...

*** *** ***

azroy dan faiz melangkah menuju ke arah penjara yang mempunyai pagar yang sangat tinggi itu. dia memerhatikan keadaan di dalam penjara itu. kelihatan beberapa makhluk puak massa sedang berdiri di depan pintu gerbang yang ada di situ. "oh... maharaja azroy dah datanglah...", bisik salah seorang jaga di situ. mereka segera tunduk hormat di depan wajah azroy. "boleh tak korang tolong bukakan pintu gerbang ni? aku nak masuk ke dalam....", kata azroy. "baiklah...", mereka segera membukakan pintu gerbang tersebut. azroy dan faiz mula melangkah masuk ke dalam kawasan penjara itu. ketika mereka sedang berjalan di kawasan penjara itu datanglah ketua penjara tmenyambut mereka di situ. "selamat datang ke penjara... apakah hajat korang berdua datang ke sini?", soal ketua penjara tersebut dengan penuh hormat. dia tunduk di hadapan azroy dan faiz. azroy pun terpaksa memberitahu tujuan mereka datang ke situ. setelah mendengar penjelasan dari azroy, dia pun membawa mereka masuk ke dalam penjara itu. "daripada korang bertanyakan semua ahli tentera puak agfa tu lebih baik korang pergi berjumpa dengan seorang jedi yang pernah berkhidmat dalam ketenteraan beberapa tahun yang lalu. anyway, dia di tahan oleh maharaja jedd di dalam penjara ni bertahun lamanya... namanya kapten sharp. dia ialah jedi dari puak kami sendiri tapi dia sudah lama di tahan dalam penjara ni kerana maharaja jedd murka terhadapnya gara gara dia bercinta dengan anak gadisnya, puteri rania...", kata ketua penjara itu panjang lebar. "apa?... jedi?", soal faiz menyampuk. "ya... jedi...", balas ketua penjara itu lagi. "weh... setahu aku dalam cerita star wars aje ada jedi ni.... tak sangka pula dalam planet ni ada jedi....", bisik faiz di telinga rakannya. azroy hanya diam membisu. dia melangkah mengiringi langkah kaki ketua penjara tersebut menuju ke bilik tahanan kapten sharp.

tidak lama kemudian mereka pun sampai di bilik tahanan yang terletak di hujung koridor itu. ketika mereka sampai di situ kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di tepi jendela penjara sambil merenung di kejauhan. "selamat pagi kapten sharp... ada yang ingin berjumpa dengan kau...", ketua penjara itu bersuara sambil membuka pintu penjara tersebut. lelaki itu diam membisu. dia langsung tidak memberikan sebarang respon pada perkataan ketua penjara tersebut. malah dia diam membisu seperti patung cendana di situ. "tak payahlah kau kenangkan sangat puteri rania tu... dia sudah berkahwin dengan maharaja kaizen setahun yang lalu... kau kena terima hakikat tu....", kata ketua penjara. lelaki itu diam membisu. sedikit pun dia tidak bersuara. "maaflah... kapten sharp menjadi seorang yang pendiam sejak dia di tahan dalam penjara ni... maklumlah dia kehilangan orang yang di cintainya jadi korang faham faham sajalah....", bisik ketua penjara itu pada azroy dan faiz yang berdiri di situ. tiba tiba... "tak payahlah korang berbisik bisik kat situ... aku dapat dengar apa yang korang bisikkan... kalau nak cakap, cakap sajalah....", lelaki yang pendiam itu bersuara tanpa memandang ke arah mereka. dia masih berdiri membelakangi mereka. "sebenarnya tujuan kami datang ke sini ialah kami ingin supaya kau kembali berkhidmat sebagai seorang jedi yang dapat membantu kami dalam menghadapi serangan pihak musuh....", terang azroy perlahan lahan. "kenapa aku yang korang pilih? kenapa tak pilih jedi lain untuk membantu korang?", soal kapten sharp tanpa memandang wajah mereka. "sebab tak ada jedi lain lagi yang boleh membantu kami... hanya kau seorang saja jedi dari puak massa yang tinggal... yang lain tu sudah lama mati di dalam peperangan. jadi kami berharap sangat yang kau sudi bekerjasama dengan kami dalam perkara ni...", kata azroy perlahan lahan. "apa yang aku dapat jika aku bekerjasama dengan korang?", soal kapten sharp ingin tahu. kali ini dia berpaling ke arah mereka. "kau akan di bebaskan dari penjara ni buat selama lamanya...", balas azroy dengan wajah yang serius. "siapa kau ni?... kau hanyalah seorang manusia... apa hak kau berkata begitu?...", soal kapten sharp seraya merenung tajam ke arah 2 orang manusia yang berdiri di depan matanya saat itu. "maaf kerana menyampuk... buat pengetahuan kau, dia ni ialah maharaja kita yang baru, maharaja azroy dan ini pula kawannya faiz.... maharaja azroy di tabalkan menjadi raja setelah maharaja jedd mangkat semasa peperangan tempohari ...", sampuk ketua penjara itu. "oh begitu... er, maafkan patik tuanku... patik tidak tahu menahu tentang perkara ni...", cepat cepat kapten sharp terus tunduk hormat di depan wajah azroy dan kawannya faiz. "tak payahlah panggil aku dengan panggilan 'tuanku'... panggil saja aku roy. itu sudah cukup... apa apa pun tak payahlah kau membahasakan diri kau sebagai 'patik' bila berbicara dengan aku sebab aku tak suka berbicara dalam bahasa diraja...", kata azroy pada lelaki tersebut.
"oh... macam tu tapi tak elok juga jika kita asyik ber'aku' dan ber'kau' saja.... ianya kedengaran kasar lorh...", balas kapten sharp. "ya... aku tahu ianya agak kasar... tapi aku merasa lebih selesa apabila berbicara secara tak formal macam ni... jika aku ber'saya' dan ber'awak' dengan kau, aku merasa kekok pula...", kata azroy. "baiklah... aku faham...", balas kapten sharp sambil tersenyum lebar. "er... bagaimana dengan tawaran aku tu?... apakah kau bersetuju bekerjasama dengan kami dalam menentang maharaja zios?", soal azroy. "urm... apa tugas aku yang sebenarnya ni?", soal kapten sharp pula. "macam ni, aku nak kau tolong ajar semua pemuda dan belia tu bagaimana caranya menggunakan senjata dengan betul. selain daripada tu aku nak kau ajar mereka berkawad dan adakan kem motivasi selama beberapa hari supaya mereka bersemangat sedikit... kalau boleh aku nak kau ajar mereka cara cara yang betul bila menggunakan kereta kebal, jet pejuang, spaceship dan sebagainya... dan akhir sekali aku nak kau ajar mereka strategi yang berkesan apabila di serang oleh musuh... pendek kata aku nak semua mereka tahu serba serbi tentang menghadapi peperangan supaya bila maharaja zios melancarkan serangannya ke atas planet ni mereka sudah tahu bagaimana menghadapi semuanya tu...", kata azroy perlahan lahan. "oh... baiklah... aku akan terima tugasan baru ini...", kapten sharp dengan pantas. azroy menghampirinya lalu berjabat tangan dengannya. "selamat berkhidmat, kapten sharp...", ucap azroy sambil tersenyum lebar. "yeah... terima kasih sebab korang masih sudi terima aku untuk kembali berkhidmat... aku sangat menghargainya....", kata kapten sharp. "ye... sama sama... marilah kita bekerjasama demi menjaga keamanan di planet ferros ni....", ucap azroy. mereka berbalas pandangan dan senyuman....

AUTHOR NOTE: oleh kerana kapten sharp selalu bagi votes setiap kali mizz update cerita ni maka mizz mengambil keputusan untuk meletakkan nicknamenya sebagai salah satu watak tambahan dalam cerita ni. so kapten sharp, this part is written for you... happy reading yer.... :)

ASH (PG13)Where stories live. Discover now