ASH 73

555 39 9
                                    

"kita nak pergi ke mana ni?", soal puteri sora setelah tangisannya reda sedikit. "aku nak bawa kau keluar dari sini...", balas rio sambil berlari dengan pantas sekali. puteri sora terpaksa mempercepatkan lariannya. "adakah ini jalan keluar?", soal puteri sora ingin tahu. "yeah... i think so..", jawap rio. dia memegang erat tangan puteri sora. tiba tiba, "puteri sora!... tolong jangan lari... jikalau kau terus melarikan diri, kau akan di tembak...", jerit kaisar zios dengan marahnya. namun jeritannya tidak di endahkan. puteri sora masih berlari bersama dengan pengawal peribadi ayahandanya. kaisar zios menggetapkan giginya. geram betul dia bila dia lihat puteri sora enggan menuruti perintahnya. dia pun segera menyuruh semua ahli tenteranya menembak ke arah 2 makhluk itu tanpa henti. nasib baik mereka tidak terkena tembakan dari ahli tentera kaisar zios. kalau tidak tak tahu lagilah. mereka berdua terus saja berlari dengan sekuat hati menuju ke kawasan pelantar bawah kapal induk tersebut.

ashriel menggeleng gelengkan kepalanya. "tidak.... aku tidak percaya dengan apa yang papa cakapkan tu... jikalau dia ni ayah kandungku kenapa dia seperti tidak mengenaliku?", soal ashriel dengan wajah yang tegang sekali. dia masih berdiri di hadapan wajah lelaki separa robotic itu sambil memegang erat hulu swordfore berlaser biru di tangannya. "ashriel... dia ayah kandung kau... kalau kau tak percaya cuba kau tengok loket bujur yang ada di rantai silver kat leher kau tu. dalam itu ada gambar ayah kandung kau dan juga emak kandung kau yang menggendong seorang bayi lelaki... bayi lelaki yang di gendongnya itu ialah kau ashriel....", kata faiz. ashriel pantas meneliti loket bujur yang ada di atas rantai silvernya itu. perlahan lahan dia membuka loket bujur tersebut. memang betul ada 2 gambar kecil di dalam loket itu. satu gambar seorang lelaki dan satu lagi gambar seorang wanita yang menggendong seorang bayi di atas pangkuannya. ashriel terkejut melihat gambar lelaki tersebut. wajahnya mirip betul dengan wajah lelaki separa robotic itu tapi dia berkahwin dengan seorang wanita makhluk asing dari planet ferros. jadi memang betullah dia anak kepada lelaki separa robotic tu? dan dia juga anak dari keturunan makhluk asing dari planet ferros?.... ashriel jadi tak keruan sebaik saja dia memikirkan semuanya itu. tiba tiba, "boleh aku tengok loket yang ada kat rantai silver kau tu?....", soal suatu suara. ashriel mengalihkan perhatiannya. kelihatan lelaki separa robotic tersebut menghulurkan tangannya seperti hendak meminta loket yang di pegangnya saat itu. perlahan lahan ashriel membuka rantai silver beserta loket di lehernya lalu menyerahkannya pada lelaki tersebut. troy X1 pantas mengambil loket itu lalu meneliti gambar kecil yang ada di dalam loket bujur tersebut. dia merasa sungguh terkejut sebaik saja dia melihat gambar wajahnya ada di dalam loket itu. bukan itu saja dia lihat ada gambar seorang wanita menggendong bayi kecil dalam pangkuannya. ianya benar benar sebijik dengan apa yang di lihatnya dalam mimpi tempohari. "azroy, itu gambar kau semasa kau masih belum di tangkap oleh kaisar zios. ketika itu kau ialah seorang manusia yang telah menikah dengan maya gadis berketurunan puak massa berasal dari planet ferros... ashriel ini ialah anak kau sendiri...", faiz bersuara lalu duduk mencangkung di sebelah lelaki yang terpinga pinga itu. "nanti dulu... kau cakap pemuda ni ialah anak aku?", soal troy X1 seperti terkejut. "ya... roy... dia ini ialah anak kandung kau...", balas faiz dengan pantas. troy X1 cuba berfikir seketika tapi dia masih merasa macam tidak percaya dengan apa yang di dengarinya saat itu. namun bila dia lihat gambar lelaki di dalam loket tu hampir sama dengan wajahnya dia mulai merasa tidak keruan....

* di dalam kapal pejuang milik pyros dan jefri*
jefri sedang berusaha memasuki direktori rahsia pertahanan ketenteraan pihak musuh melalui laptop kesayangannya. dia lihat begitu banyak nama nama yang tersenarai dalam direktori pertahanan ketenteraan itu. di antara banyak banyak nama itu tertera nama azroy binti shariman. kalau tidak salah itu ialah kawan baik papanya dulu tapi kenapa nama lelaki tu ada dalam senarai ketenteraan puak massa pula?... siasat punya siasat... akhirnya dia mendapat jawapannya. rupa rupanya azroy ialah salah satu ahli tentera yang telah di pasang microchip intelligent di otaknya. patutlah papanya pernah berkata padanya bahawa azroy telah hilang beberapa bulan yang lalu. kalau tidak salah dia dan papanya telah di culik oleh makhluk asing puak agfa. begitulah cerita papanya. jefri mula berfikir panjang. dia fikir ada baiknya dia melakukan sesuatu untuk merosakkan sistem komputer makhluk asing itu. dia harap dengan merosakkannya mungkin azroy dan ahli tentera yang lain akan terlepas dari di kuasai oleh kaisar zios tu. tanpa membuang masa lagi dia pun memasukkan satu virus ke dalam sistem komputer induk itu secara senyap senyap. selepas itu dia terus logged off dari situ...

* di dalam kapal induk milik kaisar zios*
kelihatan raina sedang berusaha memburu si hacker yang telah menceroboh masuk ke dalam sistem komputer milik kaisar zios. berpeluh sakan dia. maklumlah dia bukannya tahu sangat tentang sistem komputer ni. dia berharap sangat semoga sistem dalaman komputer bernama teresa itu masih okay. "teresa.... bagaimana dengan sistem pertahanan kau sekarang? semuanya okay, kan?", soal raina pada gadis bernama teresa yang ada di atas skrin komputer induk tersebut. "aku rasa tak sihatlah... macam ada sesuatu yang telah masuk ke dalam sistem pertahananku... aku rasa lemah dan...... tidak mampu.... ber.... tahan... la... gi....", balas gadis bernama teresa itu. serentak dengan itu gambaran wajah gadis tersebut mulai kabur dan hilang dari pandangan matanya. kelihatan fail direktori muncul di atas skrin komputer induk. satu demi satu fail dalam direktori itu hilang dalam sekelip mata. begitu juga program dan aplikasi yang ada dalam komputer itu. semuanya menghilang seperti ada sesuatu yang telah memusnahkannya dari dalam sistem komputer tersebut. "alamak... apa yang telah terjadi ni?.... kenapa semua fail dan program dalam sistem komputer ni mula hilang satu persatu?... oh.... ini tidak boleh jadi ni.... boleh tak korang tolong aku?.... aku tak tahu nak buat macamana lagi ni....", kata raina dengan cemasnya. beberapa staff yang berada di situ segera menghampirinya. mereka bersama sama cuba mencari puncanya. "nampak gayanya komputer induk ni telah di serang oleh sejenis virus MT yang memusnahkan semua fail dan program dengan pantas....", kata salah seorang staff yang ada di situ. dia duduk di atas kerusi sambil tangannya sibuk menekan papan kekunci komputer induk itu. "jadi macamana ni? boleh tak kau musnahkan virus MT tu?", soal raina ingin tahu. "aku rasa tak bolehlah... ianya sudah merebak ke seluruh sistem dalaman hard disk komputer ni... sekejap lagi komputer ini akan breakdown sepenuhnya...", balas staff tersebut. "maksud kau?", soal raina kebingungan. "maksud aku semua program dalam komputer induk ini akan lumpuh. termasuklah program ketenteraan kita. semua mikrochip dalam otak ahli tentera kita tidak akan berfungsi lagi... itu maknanya rancangan kaisar zios untuk menakluki bumi tidak akan menjadik...", kata staff itu. "oh... tidak... tentu kaisar zios akan murka pada kita kerana kita tidak dapat memusnahkan virus MT tu...", keluh raina dalam kehampaan. mereka yang lain hanya duduk diam saja. mereka tidak tahu nak cakap apa lagi...

*** *** ***

troy X1 cuba berfikir. siapakah dirinya dan dari mana asal usulnya. pada saat itulah kepalanya terasa sakit yang amat sangat. "aarrggghhhh....", dia memegang kepalanya yang terasa sakit. dia terbaring di atas lantai sambil mengerang kesakitan. "kenapa dengan dia tu?", soal kapten sharp kehairanan. "entahlah...", balas faiz perlahan lahan. "roy.... kenapa ni?.... kenapa dengan kepala kau?", soal faiz sambil memegang bahu rakannya itu. namun rakannya tidak menjawap soalannya. malah dia semakin kuat mengerang kesakitan. "mungkinkah mikrochip dalam otaknya itu yang membuatkan dia merasa sakit kepala?", teka ashriel. faiz dan kapten sharp hanya diam dan saling berbalas pandangan....

AUTHOR NOTE: mizz ucapkan selamat berhari minggu pada semua pembaca cerita Ash ni... semoga kalian sihat sihat walafiat hendaknya.... ;)

ASH (PG13)Where stories live. Discover now