ASH 52

502 41 3
                                    

mereka melangkah masuk ke dalam kapal terbang itu. ashriel pantas menghampiri pilot tersebut. "I want you to close all communication link in this plane... I dont want any other peoples try to contact us in this plane...", perintah ashriel. "but sir how can we go on without any communication link? if we've got a problem who will help us?", soal lelaki tersebut. "dont ask me so many questions.... I dont want to hear that. just do what I said to you...", kata ashriel dengan tegas. "alright sir....", lelaki tersebut segera masuk ke cockpit. "biar aku yang memerhatikannya... aku takut dia menghubungi pihak menara kawalan di AS. nanti tak pasal pasal pula pihak tentera AS mengejar kita dari belakang....", kata faiz. "baiklah...", ashriel menjawap sepatah. faiz segera melangkah masuk ke bahagian cockpit kapal terbang tersebut. manakala ashriel dan yang lain duduk di kerusi penumpang yang ada di situ. tidak lama kemudian kapalterbang tersebut meluncur di dada langit. ashriel kembali mengubah tubuhnya kembali ke bentuk asalnya. begitu juga dengan kapten sharp. mereka duduk sambil berbincang. "jadi apa yang harus kita lakukan untuk menghalang semua makhluk asing tu daripada menyerang planet bumi?", soal ashriel pada pyros dan kapten sharp. "aku rasa mereka tak akan serang planet bumi dalam masa 24 jam ni... aku tengok mereka baru saja sampai di planet bumi ni... mungkin sekarang mereka sedang menunggu arahan dari kaisar zios untuk melancarkan serangan....", balas pyros perlahan lahan. "apa apa pun aku harap mereka tidak menyerang bumi dalam masa terdekat ni...", kata ashriel dengan susah hati. "kau jangan susah hati mereka takkan serang bumi dalam masa 24 jam ni... kita masih ada beberapa jam lagi ni...", kata jefri. "ya... aku tahu kita ada beberapa jam lagi tapi masalahnya sekarang aku tak tahu bagaimana caranya nak buat makhluk asing tu membatalkan hasrat mereka supaya mereka tidak menyerang planet bumi ni...", balas ashriel. "bukan ke kau kata tadi yang kau nak berunding dengan kaisar zios?... inilah masanya untuk kau berbuat demikian...", kata pyros. "oh baiklah... aku akan cuba berunding dengannya... itu pun jika dia mahu mendengar perkataanku...", kata ashriel perlahan lahan.

"okay... kau gunakan 3D device videocall ni... aku akan pasangkannya apabila kau sudah bersedia dengan speech kau...", kata kapten sharp sambil mengeluarkan 3D device videocallnya dari dalam poket seluarnya. "nanti dulu... apa kegunaan alat device tu?", soal ashriel ingin tahu. "alat ni sama seperti kau nak buat videocall melalui handphone kau tu tapi bezanya alat ni boleh merakam tubuh kau secara 3D bila connection linknya berhubung dengan alat 3D device yang lain alat ini akan menayangkan diri kau depan wajah orang yang menerima video call dari kau secara live... itu sebabnya alat ni di panggil 3D device video call....", terang kapten sharp. "oh... begitu... jadi aku perlu siapkan speech aku lagi ke ni?", soal ashriel kebodohan. "yelah.... kalau tak, apa yang harus kau ucapkan pada kaisar zios tu supaya hatinya menjadi lembut dan tidak lagi menyerang planet bumi....", kata kapten sharp. "oh baiklah...", ashriel mula menarik keluar buku nota kecilnya dan menulis sesuatu. "ahhh... tak payahlah buat speech tu... aku hanya nak berunding dengannya macam tu saja....", kata ashriel setelah dia gagal memikirkan sebarang idea untuk menulis speechnya sendiri. "hm.... ikut suka hati kaulah... yang penting kau petah berbicara... tapi sebelum tu kau kena makan biji kecil ni supaya kau petah berbicara dalam bahasa makhluk asing seperti kami. kemudian kau kena masukkan biji kecil ni di dalam telinga kau supaya kau mudah faham bahasa makhluk asing tu nanti.... ", kapten sharp memberikan beberapa biji kecil seperti biji saga. ashriel pun buat apa yang dia suruh. setelah dia berbuat demikian kapten sharp mula menyambung connection linknya dengan alat 3D device milik kaisar zios. tak lama kemudian kelihatan bentuk tubuh satu makhluk bertubuh berwarna purple keluar dari alat 3D device tersebut. ashriel terkejut di saat dia melihat makhluk itu. "cakaplah....", bisik kapten sharp. "er.... itu siapa?", soal ashriel ingin tahu. "itu kaisar zioslah... cakaplah sesuatu.... kenapa kau diam pula?", soal kapten sharp separuh berbisik. "ada apa yang kau nak cakap, hah orang muda?", kedengaran makhluk tersebut bersuara dengan garangnya. "oh.... er.... kau ni kaisar zios kan?.... urm.... er.... namaku ashriel.... aku ialah salah seorang daripada penduduk bumi yang hendak kau serang ni.... tujuan aku buat videocall mengejut ni ialah aku nak merayu pada kau tolonglah jangan serang planet bumi ni... kasihanilah semua penduduk di muka bumi ni... jika kau lancarkan serangan pasti banyak manusia yang akan terkorban dan kehilangan segala galanya....", kata ashriel. kaisar zios hanya ketawa saja ketika dia mendengar perkataan pemuda itu

"hahahaha..... kau ingat aku akan mendengar perkataan kau tu ke?", soal kaisar zios sambil ketawa. "ya....", balas ashriel penuh harapan. "tapi malang sekali orang muda... aku bukannya mudah termakan pujuk rayu manusia seperti kau.....", kata kaisar zios dengan sinisnya. "tapi takkanlah kau tak rasa kasihan pada umat manusia yang ada di atas planet bumi ni.... kalau ya pun kau nak kuasai planet bumi ni hanya kerana kau nak dapatkan darah binatang tu, kami manusia di bumi sanggup bekalkan semua darah binatang pada kaulah tapi tolonglah jangan sampai memusnahkan seluruh kehidupan di planet bumi ni... tolonglah....", rayu ashriel lagi. kaisar zios hanya menggeleng gelengkan kepalanya. "nice try... tapi rayuan kau di tolak... serangan akan di lancarkan tidak lama lagi... so aku berharap semua manusia bersiap sedia untuk menghadapi serangan dariku dan bala tenteraku....", kata kaisar zios dengan tegas. selepas itu ianya hilang dari pandangan. rupa rupanya kaisar zios telah memutuskan connection linknya dengan 3D device mereka. ashriel mengeluh hampa. begitu juga dengan pyros, kapten sharp dan juga jefri. "jadi macamana sekarang?.... dia tak dengar perkataan ku pun....", kata ashriel dengan hati yang sedih. "tak apa ash.... yang penting kau sudah mencuba yang terbaik....", pujuk kapten sharp. ketika itu pyros seperti mendapat satu penglihatan. dia memegang kepalanya sambil memejamkan matanya. dalam penglihatannya dia nampak kolonel reid sedang berdiri di belakang beberapa makhluk puak agfa yang sedang mengendalikan komputer induk di dalam kapal induk makhluk asing puak agfa. "tuan, bagaimana sekarang?... apakah kita akan terus melancarkan serangan atau pun belum lagi?", soal salah seorang makhluk di situ. "belum lagi... kita harus menunggu arahan dari kaisar zios dulu.... apa apa pun tolong persiapkan semua maklumat dalam mikrochip di otak ahli ahli tentera kita supaya mereka mempersiapkan diri mereka untuk peperangan yang bakal di lancarkan.... semoga semuanya akan menuruti perintah. terutamanya troy x1 dan bala tentera dari puak massa yang kita tawan tu.... semoga tidak ada malfunction terjadi di dalam mikrochip kat otak mereka....", kata kolonel reid pada pembantunya. selepas itu pyros segera membuka matanya. semua orang memandang ke arahnya dengan pandangan mata yang kehairanan. dia memandang wajah mereka semua. "aku baru saja mendapat satu penglihatan....", kata pyros perlahan lahan....

ASH (PG13)Where stories live. Discover now