ASH 62

455 43 27
                                    

pyros menggenggam erat bahu kiri pemuda itu sambil memandu kapal pejuang mereka. "bertenanglah jefri... janganlah kau bersedih macam tu sekali....", pujuk pyros pada pemuda tersebut. "aku sedih uncle... papa aku meninggal dunia tanpa sempat aku meminta maaf daripadanya. selama ini aku selalu saja menyakiti hatinya dan tidak mahu mendengar perkataannya... pendek kata aku sudah banyak buat salah pada papaku sendiri....", kata jefri dengan sedih. pyros memandang sekilas ke arah pemuda tersebut. "manusia memang begitu... pada masa orang tuanya hidup mereka lebih suka menyakiti hati orang tua mereka. malah mereka melawan perkataan orang tua mereka sendiri tapi apabila orang tua mereka meninggal dunia secara mendadak barulah mereka sedar akan kesilapan mereka sendiri. sepatutnya sebagai seorang anak, kau jangan melawan perkataan orang tua kau tu... bila sudah jadi macam ni, seribu penyesalan pun sudah tidak berguna lagi...", kata pyros sambil memandu kapal pejuangnya dengan laju di celah celah tembakan peluru yang membanjiri ruang udara. jefri terdiam selepas itu. "sudahlah tu... kau jangan bersedih lagi... ash menyuruh kau mencari sebarang maklumat penting dalam data komputer induk makhluk asing tu kan?... so lebih baik kau buat kerja kau tu secepat mungkin sebab kita sudah kesuntukan masa ni...", pyros bersuara sambil menembak beberapa buah kapal pejuang ahli tentera kaisar zios. jefri pun kembali menumpukan perhatiannya pada laptop di atas ribanya.

sementara itu kelihatan kaisar zios sedang berdiri memerhatikan beberapa pekerja yang sibuk di hadapan control panel komputer induk miliknya. "bagaimana dengan semua ahli tentera kita yang telah di masukkan mikrochip dalam otak mereka, apakah mereka masih menerima dan mengikut arahan dengan baik?", soal kaisar zios ingin tahu. "setakat ini semuanya masih dapat menerima dan mengikut arahan dengan baik tuanku...", balas kayla dengan pantas. "oh... baguslah kalau macam tu... aku nak kau keluarkan satu perintah pada beberapa ahli tentera kita supaya mereka turun ke permukaan bumi dan lawan ahli tentera darat di bumi.... kalau boleh mereka harus memburu dan menangkap presiden negara ini. bila presiden negara ini tertangkap baru senanglah aku memerintah negara ini....", kata kaisar zios dengan tegas. "baiklah tuanku...", kayla pantas menaip sesuatu di atas papan kekunci utama komputer induk itu. "aku sudah masukkan perintah tuanku ke dalam mikrochip di otak mereka...", kayla bersuara sebaik saja dia melakukan apa yang di suruh oleh kaisar itu. "oh.... baguslah kalau macam tu. aku sudah tidak sabar lagi hendak memiliki planet bumi ni...", kaisar zios tersenyum puas. ketika dia sedang berdiri di situ tiba tiba muncul salah seorang ahli tenteranya di situ. "tuanku, puteri sora iaitu tahanan tuanku tiba tiba saja jatuh pengsan di bilik tahanannya...", kata makhluk tersebut dengan suara yang cemas. kaisar zios segera melangkah meninggalkan ruangan itu. dia dan ahli tentera tersebut bergegas menuju ke bilik tahanan kecil yang terletak agak jauh dari situ.

tidak lama kemudian dia pun sampai di bilik tahanan kecil itu. kelihatan puteri sora hana yang di culiknya dari planet axis tempohari terbaring di atas lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri. dia pantas menyuruh orang bawahannya membuka pintu bilik tahanan tersebut. sebaik saja pintu tahanan di buka dia segera melangkah masuk ke dalamnya. wajah puteri yang cantik rupawan itu di perhatikannya seketika. ianya kelihatan pucat sekali. sudah pasti gadis itu jatuh pengsan akibat tidak makan selama beberapa hari. buktinya darah binatang di atas botol di meja langsung tidak di sentuhnya. kaisar zios bangun lalu menyuruh gundik gundiknya yang lain datang mengangkat tubuh gadis yang tidak sedarkan diri itu. puteri sora segera di baringkan di atas katil yang ada di situ. kaisar zios menghela nafas panjang. sebenarnya dia tidak sampai hati melihat gadis tersebut mendera dirinya sendiri tanpa menyentuh sebarang makanan. dia tahu gadis itu mogok lapar sebab dia tidak melepaskannya keluar dari bilik tahanan tersebut. sebenarnya kaisar zios cuma nak gadis itu menjadi gundik istimewanya yang sanggup melayani kehendak atau pun keinginan batinnya pada setiap hari tapi gadis tersebut tetap menolak kehendak dan keinginan batinnya walaupun di pujuk berulang kali. malah gadis tersebut memberontak dan mogok lapar selama beberapa hari gara gara dia sudah lama tidak di lepaskan dari bilik tahanan tersebut. kaisar zios tidak mahu puteri sora hana mati di depan matanya sebab dia sayangkan puteri itu. maklumlah dia seorang gadis yang cantik rupawan. malah lebih jelita daripada gundik gundiknya yang lain. dia bertekad hendak menjaga puteri sora hana dengan sebaik mungkin walau pun gadis itu membenci dirinya sendiri. "tolong panggil doktor wyeth ke sini... aku nak dia periksa keadaan puteri sora...", kata kaisar zios pada orang bawahannya. "baiklah tuanku...", dengan sepantas kilat makhluk tersebut berlari meninggalkan ruangan tersebut. "gundik gundikku sekalian, korang di persilakan keluar dari bilik tahanan ini... tinggalkan aku di sini...", kata kaisar zios pada 10 orang gundiknya. "baiklah tuanku...", balas 10 orang gundik tersebut secara serentak. mereka lantas melangkah meninggalkan tempat tersebut. kaisar zios menghampiri gadis yang baru berusia belasan tahun itu. Walaupun gadis tersebut jauh lebih muda daripadanya namun hatinya seperti tersangkut pada kejelitaan wajah gadis muda itu.

"wahai... puteri sora yang cantik molek... kenapa begitu degil sangat ar?... kekanda sudah melayan puteri sora dengan baik sekali tapi puteri sora nak mogok lapar pula.... tengoklah... siapa yang susah sekarang? puteri sora juga yang mendapat susah kan?...", kata kaisar zios sambil duduk dekat dengan gadis tersebut. dia menyelak anak rambut yang menutupi sebahagian wajah gadis itu. tiba tiba muncul pula doktor wyeth di situ. "tuanku memanggil patik?", makhluk tua berambut putih serabai itu datang menghampirinya. "ya... tolong periksa keadaan puteri sora ni... dia jatuh pengsan beberapa minit yang lalu...", perintah kaisar zios. "baiklah tuanku...", doktor wyeth pantas melakukan tugasnya. dia memeriksa nadi dan degupan jantung si gadis. "jangan bimbang tuanku... dia tak apa apa... dia cuma jatuh pengsan sebab tak makan sepanjang hari... tuanku jangan bimbang... aku akan masukkan darah binatang ini ke dalam tubuhnya dengan menyuntikkannya ke dalam urat sarafnya secara perlahan lahan...", kata doktor wyeth. "hm... baiklah... kau buat saja apa yang kau fikirkan betul... aku nak pergi memantau keadaan ahli tentera kita di luar sana...", kata kaisar zios lalu beredar dari situ. "baiklah...", balas doktor wyeth sepatah. dia kembali menumpukan perhatiannya pada gadis yang tidak sedarkan diri itu.

sementara itu keadaan di medan pertempuran semakin sengit. begitu ramai tentera AS mati dalam peperangan itu. kotaraya NYC bermandikan darah. banyak bangunan konkrit di situ ranap dalam sekelip mata. begitu juga dengan bangunan bangunan konkrit di kawasan wilayah washiton BC. bunyi ledakan bom meletup serta jeritan kesakitan bergema di sana sini. ada juga orang awam yang mati akibat terkena ledakan bom dan sebagainya. dalam keadaan yang huru hara itu kelihatan faiz baru tersedar dari pengsannya. kepalanya terasa sakit. namun dia cuba bangun. dia lihat cruz masih terbaring di atas lantai. "cruz... bangun...", faiz cuba menyedarkan rakannya seperjuangannya itu. perlahan lahan cruz membuka matanya. "bangunlah... mari kita pergi dari sini...", kata faiz. cruz pun bangun dengan di bantu oleh faiz. "apa yang harus kita lakukan sekarang? kapal pejuang kita sudah musnah... kita nak pergi ke mana ni?", soal cruz ingin tahu. "kau jangan banyak tanya.... kau ikut saja ke mana aku pergi...", balas faiz setelah dia berfikir sejenak. mahu tidak mahu cruz pun mengekorinya dari belakang.

ketika mereka baru saja menjejakkan di kawasan white house yang berdiri megah itu, kelihatan beberapa buah kapal pejuang berbentuk trapezium mendarat di atas permukaan bumi. tahulah faiz bahawa pihak musuh hendak menyerang tentera darat AS yang sedang berkubu di sekeliling white house itu. mereka berdua segera bersembunyi. mereka lihat pintu kapal pejuang tersebut terbuka dengan sendirinya. kelihatan beberapa ahli tentera milik kaisar zios berlari keluar dari dalam kapal pejuang tersebut. di tangan mereka tergenggam erat selaras gunstem yang sudah siap di isi dengan peluru. masing masing sudah bersiap sedia hendak menyerang tentera AS yang sedang berkubu di sekitar white house yang terletak tidak jauh dari situ. mereka seperti hendak menyerang siapa saja yang berada di dalam white house saat itu. presiden ronald tramp yang kebetulan berada di dalam white house tersebut mula merasa ketakutan. dia tahu keselamatannya kini terancam dengan kehadiran makhluk asing yang tidak di undang itu. pihak tentera darat AS mula bersiap menghadapi serangan musuh. beberapa buah kereta kebal menyusur ke arah pihak musuh sambil membedil kapal pejuang makhluk asing yang baru saja mendarat di permukaan bumi. "kabooommm...", kedengaran ledakan yang kuat bergema di sekitar kawasan white house itu. semua tentera AS bertungkus lumus melindungi kawasan white house daripada di cerobohi makhluk asing. dalam keadaan yang kalut itu, presiden ronald tramp tidak tahu nak buat apa lagi. dia hanya duduk di atas kerusinya sambil berdoa di dalam hatinya semoga Tuhan melindunginya dari sebarang malapetaka. tanpa di sedarinya kelihatan satu makhluk bertubuh hitam dan seorang manusia menyusup masuk ke dalam bilik pejabatnya. tiba tiba, "tuan... sebaiknya tuan harus ikut kami keluar dari tempat ini... tempat ini sudah tidak selamat lagi...", kedengaran suatu suara bergema dalam bilik pejabatnya. presiden ronald tramp merasa sungguh terkejut sebaik saja dia melihat satu makhluk bertubuh hitam dan seorang manusia menyelinap masuk ke dalam bilik pejabatnya. 2 orang bodyguardnya segera mengacukan senapang ke arah makhluk hitam dan manusia yang tidak di undang itu tapi mereka di halang oleh presiden ronald tramp. "hold on for a second... maybe they're come in peace...", presiden ronald tramp bersuara pada 2 orang bodyguardnya. mereka pun menurunkan senjata mereka. presiden ronald tramp berdiri sambil memerhatikan wajah si makhluk hitam beserta manusia yang berdiri di depan matanya saat itu. dia seperti kenal sangat pada manusia bertubuh tegap itu. kalau tidak salah itulah manusia yang di tangkap oleh ahli perisikan majestic 12 dari negara m'sia 2 hari yang lalu. sekarang hanya satu manusia tu saja yang ada. mana perginya 4 manusia yang lain tu pun dia sendiri tidak tahu.

AUTHOR NOTE: memandangkan sora my friend selalu bagi sokongan pada mizz dalam menulis cerita ni maka mizz menambahkan satu lagi watak dalam cerita ni untuk my friend sora. sora my friend this part was written for u :)... so, enjoy reading it, ya ;)

ASH (PG13)Where stories live. Discover now