ASH 70

596 35 16
                                    

BAB 15

kapten sharp pantas melangkah keluar dari dalam kapal pejuang nya. dia harus menghentikan ashriel dari berbuat sesuatu perkara yang bodoh sebab pemuda itu belum tahu lagi siapa ayah kandungnya yang sebenarnya. dia berlari mengejar ashriel dari belakang. sebaik saja dia sampai dekat dengan ashriel dia pantas menggamit bahu kiri pemuda tersebut. "ashriel, nanti dulu...", kapten sharp pantas bersuara. "ada apa lagi ni kapten sharp?...", soal ashriel sedikit bengang. "kau jangan menentang lelaki separa robotic tu... sebenarnya dia ialah...", belum pun sempat kapten sharp bersuara ashriel pantas menyentak tangannya dari atas bahu kirinya. "tak payahlah kau menghalang aku... aku tahulah apa yang aku lakukan...", bentak ashriel dengan wajah yang tegang sekali. "tapi ash... dengarlah dulu cakap aku ni... kalau kau bunuh lelaki tu kau akan merasa menyesal nanti...", kata kapten sharp. "buat apa aku merasa menyesal pula? dia dah bunuh papa aku so tibalah masanya untuk aku menuntut bela di atas kematian papaku...", balas ashriel dengan pantas. belum pun sempat kapten sharp bersuara kelihatan beberapa ahli tentera makhluk asing tampil menyerang mereka di situ. tak sempat lagi dia memberitahu ashriel siapa ayah kandungnya yang sebenarnya. mereka mula bertarung dengan semua ahli tentera kaisar zios di situ. ashriel mara ke depan sambil melibaskan kedua bilah pedang di tangannya. satu persatu ahli tentera makhluk asing kecundang di tangannya. dia tak ubah seperti seorang lelaki yang sedang menebas rumput pula. "zasss.... zussss.... zasss.... zusss....", kedengaran bunyi pedangnya di libas dengan sekuat hatinya. "aaaarrggghhhh....", serentak dengan itu kedengaran suara kesakitan bergema di situ. satu demi satu ahli tentera kaisar zios jatuh tersungkur di atas lantai dalam keadaan yang berlumuran darah. ashriel sudah tidak peduli lagi dengan keselamatan dirinya. yang penting dia berjaya membunuh semua ahli tentera makhluk asing keparat yang menghalang langkah kakinya. setelah berhempas pulas menentang semua ahli tentera kaisar zios di situ dia pun segera melangkah menuju ke arah lelaki separa robotic yang sedang bertarung dengan beberapa ahli tentera raja mordi tidak jauh dari situ. ketika dia mara ke hadapan, sekali lagi dia di halang oleh beberapa ahli tentera kaisar zios yang ada di situ. mahu tidak mahu dia pun terpaksa bertarung dengan semua ahli tentera makhluk asing tersebut....

sementara itu kelihatan troy X1 sedang bertarung dengan ahli tentera raja mordi yang berada tidak jauh dari situ. mereka bertarung dengan menggunakan swordfore di tangan masing masing. dalam keadaan yang huru hara itu raja mordi dan 2 orang pengawalnya segera mengambil kesempatan untuk menyelinap masuk ke dalam perut kapal induk tersebut. dia berlari di ruang koridor sambil menggenggam erat gunstem di tangannya. ketika mereka sedang berlari di situ dia terserempak dengan beberapa ahli tentera kaisar zios yang bersenjatakan gunstem di tangan. dia pun terus menembak ke arah ahli tentera tersebut. maka terjadilah adegan tembak menembak di situ. beberapa minit kemudian mereka berjaya menumpaskan semua ahli tentera kaisar zios yang menyerang mereka di situ. raja mordi dan tidak orang pengawalnya pantas berlari meninggalkan tempat itu. raja mordi tidak peduli lagi akan keselamatan dirinya. yang ada di fikirannya saat itu ialah dia ingin menyelamatkan puteri tunggalnya iaitu puteri sora. dia mula mencari puteri sora di dalam setiap perut kapal induk tersebut dengan di iringi oleh 2 orang pengawalnya...

* di dalam kapal pejuang milik faiz *
setelah faiz berada di dalam perjalanan yang agak jauh akhirnya dia sampai di kotaraya NYC. keadaan di kotaraya itu sudah semakin teruk. semua bangunan sudah roboh. tiada lagi bangunan pencakar langit yang berdiri megah kat situ. yang ada kini cuma kawasan kotaraya di penuhi dengan reruntuhan bangunan di sana sini. asap terkena bom dan peluru berpandu masih kelihatan menghiasi kawasan kotaraya tersebut. faiz lihat masih ada lagi ahli tentera darat US bertempur dengan tentera makhluk asing kaisar zios. kedengaran dentuman meriam, peluru berpandu dan bom atom bergema di sekitar kawasan kotaraya yang ranap itu. manakala keadaan di ruang udara pula begitu teruk sekali. kelihatan beberapa buah kapal pejuang milik tentera US berjatuhan dari atas langit akibat terkena tembakan peluru berpandu pihak musuh. faiz terpaksa memandu kapal pejuangnya dengan berhati hati. perlahan lahan dia mengambil earpiece yang di ambilnya dari cruz sebentar tadi. dia cuba menghubungi anaknya ashriel melalui earpiece tersebut tetapi dia gagal menghubungi pemuda itu. "mana pula perginya si ash ni?", keluh faiz sedikit bimbang. dia merasa bimbang apabila dia memikirkan keselamatan anaknya itu. berkali kali dia menghubungi ashriel melalui earpiece di telinganya tapi dia masih gagal menghubunginya. "ash... jawaplah panggilan papa ni... kenapa kau tak jawap panggilan papa ni?...", faiz bersuara dengan hati yang bercelaru. dia berfikir mungkin anaknya itu di timpa kecelakaan. kalau tidak masakan dia langsung tidak menjawap panggilannya namun dia cuba mengusir segala prasangka buruknya itu dari mindanya. dalam keadaannya yang bercelaru itu dia terus saja menghubungi anaknya jefri.

* di dalam kapal pejuang pyros dan jefri *
"calling jefri... calling..."
kedengaran suatu suara bergema dalam earpiece di telinga jefri. bila jefri terdengar suara itu dia merasa sungguh terkejut, "jefri here... papa ke ni?... papa masih hidup?", soal jefri dengan nada suara yang terkejut berbaur keriangan. "ya... papa ni...", balas faiz di hujung talian. "ooh.... syukurlah papa masih hidup... mati mati aku dan ash fikir papa sudah mati sebentar tadi... maklumlah ash kata kapal pejuang papa tiba tiba saja meletup di udara akibat di tembak dengan peluru berpandu...", tutur jefri dengan riangnya. "ya... memang betul kapal pejuang papa dan cruz meletup di udara akibat terkena peluru berpandu tu tadi tapi papa dan cruz sempat menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari dalam kapal pejuang tu. papa menggunakan payung terjun papa untuk selamatkan diri. anyway, mana perginya adik kau si ash tu?... dah berulang kali papa menghubunginya tapi dia langsung tidak menjawap panggilan papa...", balas suatu suara dari earpiecenya. "oh... ash sekarang sedang sibuk memburu makhluk yang telah membedil kapal pejuang papa sebab dia fikir papa dah mati dalam kapal pejuang yang meletup tu... jadi dia ingin menuntut bela di atas kematian papa...", kata jefri dengan jujur. "maksud kau dia sekarang sedang memburu kapal yang berbentuk hexagon tu ke?", soal faiz sedikit terkejut. "ya... dia kata makhluk dalam kapal berbentuk hexagon tu harus mati sebab dia fikir makhluk tu dah bunuh papa...", balas jefri dengan pantas. "apa?... dia sedang memburu kapal pejuang berbentuk hexagon tu?... oh... ini tak boleh jadi ni... sudah pasti dia akan membunuh ayah kandungnya sendiri....", kata faiz cukup cemas. "ayah kandungnya sendiri?... apa yang papa cakap ni? aku tak fahamlah...", jefri bersuara kebingungan. "papa tak ada masa nak terangkannya pada kau sekarang... lain kali saja papa terangkannya pada kau... by the way, kau tau tak di mana ashriel berada sekarang?", soal faiz ingin tahu. "aku nampak kapal pejuang milik ashriel mengejar kapal berbentuk hexagon tu sehingga masuk ke dalam kapal induk milik kaisar zios sebentar tadi... mungkin dia kini berada di dalam perut kapal induk milik kaisar zios tu...", jawap jefri. "oh... susahlah kalau macam ni... papa bimbangkan keselamatan adik kau tu... bukankah bagus kalau papa boleh masuk ke dalam kapal induk tu...", perkataan faiz terus di potong pantas oleh jefri. "papa nak masuk ke dalam kapal induk tu ke?... kalau papa nak masuk ke dalam kapal induk tu aku boleh tolong papa...", potong jefri. "maksud kau?", soal faiz macam tak faham pula. "aku boleh tolong bukakan pintu kapal induk tu untuk papa tapi papa kena masuk dengan cepat sebab pintu tu akan terbuka selama 5 minit saja... selepas 5 minit ianya akan tertutup dengan sendirinya...", kata jefri dengan pantas. "oh... kalau macam tu kau buat saja apa yang kau cakapkan tu... papa nak masuk ke dalam kapal induk tu untuk selamatkan adik kau...", kata faiz dengan pantas. "baiklah, sekejap lagi aku akan bukakan pintu utama tu untuk papa... papa standby saja dekat kapal induk tu ya...", kata jefri. "hm... baiklah...", balas faiz di hujung talian. selepas itu talian di putuskan...

* di dalam kapal pejuang milik faiz *
faiz menerbangkan kapal pejuangnya menuju ke kapal induk milik kaisar zios. "ash... papa datang untuk selamatkan kau... papa harap kau tidak akan membuat perkara yang bodoh dengan membunuh ayah kandung kau sendiri....", bisik faiz seorang diri. matanya kini tertumpu ke arah pintu utama kapal induk milik kaisar zios. dia menunggu pintu utama kapal induk itu terbuka di depan matanya...

ASH (PG13)Where stories live. Discover now