ASH 3

4.9K 202 5
                                    

azroy merebahkan tubuhnya di atas kerusi sofa yang ada di situ. dia cuba melelapkan matanya tapi dia gagal berbuat demikian. fikirannya kusut memikirkan kehadiran gadis yang tidak di undang itu. dia sebenarnya tidak tahu samada dia akan membenarkan gadis tu tinggal dengannya atau pun tidak. kalau ikutkan perkara yang betul memang gadis tersebut tak boleh tinggal bersamanya sebab mereka belum berkahwin lagi. lagi pun dia bukannya kenal gadis tu pun. manalah tahu dia ialah seorang anak penjenayah yang sangat di geruni orang, siapa tahu kan?... tapi kasihan juga dia apabila dia melihat gadis itu menangis sambil menagih simpati daripadanya. nampak sangat dia terdesak. Azroy cuba menepis perasaan simpati dari lubuk hatinya. Dia rasa gadis itu tidak boleh tinggal bersamanya kerana dia belum kenal siapa gadis tu yang sebenarnya...

*** *** ***

pagi yang indah. azroy terkejut dari mimpinya apabila dia terasa bahunya di goncang orang perlahan lahan. "azroy... bangunlah... hari dah pagi dah ni...", kedengaran suatu suara bergema di cuping telinga kirinya. perlahan lahan azroy membuka matanya. dia tergamam sebaik saja dia lihat maya yang sedang berdiri di depan matanya dengan hanya memakai baju jersi hitamnya. baju itu hanya sampai paras pahanya yang putih melepak. agaknya dia cuma pakai seluar dalam kot di sebalik baju jersi warna hitamnya tu. dalam diam azroy dapat bayangkannya. segala fikiran kotor bermain di mindanya. "gila... awal pagi lagi dia dah tayang pahanya yang putih melepak tu di depan mata aku...", bisik hati kecilnya tak keruan. dia cuba mengusir segala fikiran kotor yang bermain di mindanya. "er.... maaflah... tentu kau merasa marah sebab aku pakai baju kau tanpa meminta izin daripada kau... sebenarnya aku terpaksa gunakan baju kau ni sebab baju aku kena cuci dah... so aku tak ada baju yang lain untuk di pakai...", jelas maya tanpa di soal. "tak apa.... kau boleh pakai baju aku tu... tapi kau kena pakai seluar jeans... jangan saja kau pakai baju jersi aku tu tanpa memakai seluar... nampak paha kau yang putih melepak tu, hah...", tegur azroy sambil menjuihkan bibirnya ke arah paha gadis itu. "oh... maaf...", cepat cepat maya berlari meninggalkannya di situ. azroy segera bangun. dia melangkah menuju ke bilik mandi yang terletak tidak jauh dari situ. dia ingin memberus giginya dan juga mandi. ketika dia sedang mandi tiba tiba saja pintu bilik mandi itu di buka orang dari luar. "oohhh!!!!....", kedengaran suatu suara terkejut bergema di belakangnya. azroy turut terkejut sebaik saja dia melihat maya sedang berdiri di ambang pintu bilik mandi sambil memandang ke arahnya. cepat cepat dia menutup bahagian alat sulitnya yang terdedah itu. "woii... kau tak nampak ke aku sedang mandi ni?", soal azroy cukup bengang. "oh... sorry... sorry...", cepat cepat maya menutup pintu bilik mandi tersebut.

azroy menggetapkan giginya. Malu betul dia saat itu. kalau maya tu seperti sehelai kertas yang tidak berguna sudah tentu dia akan merenyuk renyukkannya di dalam genggaman tangannya sehingga lumat. terus tak ada semangatnya hendak mandi lagi. dia segera melangkah keluar dari dalam bilik mandi dengan tuala terikat di pinggangnya. ketika dia melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya dia bertembung dengan maya yang kebetulan sedang berjalan keluar dari dalam bilik tidur tersebut. hampir saja mereka berlanggar. nasib baik azroy segera berhenti melangkah. kalau tidak memang berlanggarlah mereka kat situ. "maaf....", cepat cepat maya beredar dari situ. azroy hanya diam memerhatikan gadis itu sehingga ianya hilang dari pandangan matanya. perlahan lahan dia melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. dia lihat bilik tidurnya tersusun rapi bagaikan sebuah bilik hotel yang bersih dan kemas. dalam diam azroy sangat suka apa yang di lihatnya. sejak maya masuk ke dalam rumahnya keadaan rumahnya tidak berantakan lagi. kalau dia seorang saja tinggal dalam rumah tu sudah tentu keadaan dalam rumah tersebut bersepah seperti sarang tikus. perlahan lahan dia membuka almari pakaiannya. semua pakaiannya tersusun rapi. dia tidak menyangka yang gadis itu begitu rajin sekali sehinggakan dia sanggup menyusun kain bajunya di dalam almari. bila dia lihat semuanya itu perasaan amarahnya terhadap gadis tersebut hilang entah ke mana. malah dia tersenyum seorang diri pula. setelah siap berpakaian kemas dia melangkah keluar dari dalam bilik tidurnya

dia kini siap berpakaian kemas. dia lihat maya sedang duduk membaca buku majalah di tangannya. dia membaca majalah sambil bersarapan pagi seorang diri di situ. "ehemmmm!....", azroy berdehem panjang. maya segera mengangkat wajahnya. "oh... marilah bersarapan pagi dengan aku...", ajak maya. dia menuangkan air milo yang ada di dalam teko di tangan ke dalam cawan yang ada di situ. perlahan lahan azroy meminum air milo tersebut. rasanya langsung tidak bergula. agaknya gadis itu terlupa masukkan gula dalam air milo tu kot atau dia memang tak suka gula?... entahlah... azroy terpaksa menelan air milo tersebut. "macamana?... sedap tak air milo yang aku bancuh tu?", soal maya ingin tahu. untuk tidak menyinggung perasaan gadis itu dia pun terpaksa cakap, "sedap....", padahal ianya langsung tidak sedap. "Maaflah... tentang perkara yang terjadi di bilik mandi tadi tu... aku tidak sengaja masuk ke dalam bilik mandi tu. Aku fikir tiada orang berada dalam bilik mandi tu tadi... tu sebabnya aku masuk ke dalam bilik mandi tu...", kata maya. "Hm... never mind... just forget it... anyway, tentang perbincangan kita semalam tu... terlebih dahulu aku minta maaf pada kau... setelah aku fikir masak masak kau tak boleh tinggal dengan aku dalam rumah ni...", akhirnya azroy menyuarakan keputusan yang di ambilnya. "kenapa pula?... takkanlah kau tak ada rasa simpati padaku?... ibu bapa aku sudah di bunuh orang... jadi pada siapa lagi aku harus pergi?... aku tak ada siapa siapa lagi di muka bumi ini...", soal maya dengan mata yang basah dek airmata. "ya... aku tahu ibu bapa kau sudah di bunuh orang tapi masalahnya sekarang aku tak nak kita di tangkap basah gara gara kita tinggal berduaan dalam rumah ni. lagi pun aku tak nak hilang kawalan diri apabila bersama dengan kau...", kata azroy. "apa maksud kau dengan hilang kawalan diri tu?", soal maya ingin tahu. "maksud aku... aku takut aku tak dapat menahan diri daripada menyentuh tubuh kau... honestly kau seorang gadis yang cantik.....", jelas azroy. "So?", maya memandang wajah pemuda itu. "So, kau memang tidak boleh tinggal dengan aku... kecuali....", azroy berhenti bersuara. "kecuali apa?", soal maya ingin tahu.

"kecuali kita menikah barulah kau boleh tinggal dengan aku dalam rumah ni... tapi itu belum tentu...", belum pun sempat azroy menghabiskan perkataannya, "baiklah... mari kita menikah....", potong maya secara mendadak. "apa?...", soal azroy terkejut. "mari kita menikah...", sekali lagi maya mengulangi perkataannya. "betul ke kau ingin menikah dengan aku ni?", soal azroy macam tidak percaya. "betul...", balas maya sepatah. "kau tidak menyesal jikalau kau menikah dengan lelaki miskin macam aku ni?", soal azroy pula. "ya... aku tidak menyesal pun...", balas maya dengan wajah yang serius. azroy merenung wajah gadis itu. Memang maya seorang gadis yang cantik. Malah lebih cantik dari bekas kekasihnya haryati. Cuma dia merasa macam tidak percaya, ada juga gadis yang ingin menikah dengannya padahal dia bukannya lelaki kaya pun. maya tidak seperti bekas kekasihnya haryati yang memilih lelaki kaya untuk di jadikan suaminya. emaknya pernah berkata padanya bahawa dia perlu mencari jodoh yang sesuai untuk dirinya. mungkinkah maya ialah jodohnya?... mungkinkah mereka di takdirkan bertemu dan hidup bersama selamanya?... pelbagai persoalan bermain di mindanya.... "azroy... kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni?", soal maya setelah dia lama berdiam diri di tempat duduknya. "apa?", soal azroy sepatah. "apa yang kau lamunkan tu?", soal maya ingin tahu. "nothing...", balas azroy sepatah. dia bangun dari tempat duduknya. "Er.... i need to go to work now... we will talk about that later... okay, bye...", cepat cepat azroy bangun lalu melangkah pergi meninggalkan gadis itu seorang diri di situ. maya hanya terpinga pinga di tempat duduknya....

ASH (PG13)Where stories live. Discover now