ASH 57

474 35 7
                                    

kapten sharp memandu kapal piring terbang mereka sehingga sampai di kota raya NYC. mereka menunggu masa untuk bertindak. kapal piring terbang mereka masih dalam keadaan 'invisible mode'. di sepanjang malam itu ashriel langsung tidak dapat tidur. dia asyik mengasah dua bilah mata pedang dengan batu asah di tangannya. "itu apa ash?", soal pyros ingin tahu. "oh... nama benda ni ialah pedang... ianya sama dengan swordfore tapi bezanya pedang ni di perbuat daripada besi...", jawap ashriel sambil mengasah mata pedang di tangannya dengan penuh teliti. "buat apa kau gunakan pedang tu lagi, ash?... kau gunakan swordfore tu pun sudah cukup...", kata pyros. "aku tahu swordfore tu sudah cukup baik untuk menentang musuh tapi aku cuma gunakan pedang ni sebagai senjata tambahan aje... kalau keadaan bertambah teruk barulah aku gunakan swordfore tu...", balas ashriel dengan wajah selamba. pyros pun diam sebaik saja dia mendengar jawapan dari mulut pemuda itu. setelah dia selesai mengasah pedang tu sehingga tajam dia menyematkan 2 bilah pedang tersebut ke dalam sarungnya.

"ash... nampak gayanya sekejap lagi kaisar zios dan bala tenteranya akan melancarkan serangan ke seluruh bumi... tengok tu... semua kapal piring terbang mereka kini mengeluarkan shooter dan peluru berpandu ke arah kotaraya NYC....", kapten sharp bersuara secara tiba tiba. ashriel berlari menuju ke tingkap kapal piring terbang mereka. dia memerhatikan semua kapal piring terbang yang berlegar di ruang udara ketika itu. semua kapal piring terbang musuh kini mara menuju ke arah kotaraya NYC. belum pun sempat ashriel bersuara, "kabooommm!!!!....", kedengaran bunyi roket berpandu meletup sebaik saja ianya terjatuh di atas sebuah bangunan pencakar langit yang ada di situ. bangunan tersebut terus jatuh ke bawah. kelihatan beberapa orang awam berlari untuk selamatkan diri. pihak tentera udara AS mula bertindak balas. mereka menembak dan mensasarkan serangan ke arah semua kapal piring terbang pihak tentera makhluk asing yang berlegar di ruang udara ketika itu. mereka mula berbalas tembakan.

"kaboommmm....", kedengaran bunyi peluru berpandu meletup di sana sini. ramai juga manusia yang masih tinggal di kotaraya itu mati akibat terkena ledakan peluru berpandu dan roket berpandu dari tentera makhluk asing. jeritan kesakitan bergema di sana sini. namun pihak tentera udara AS tetap berusaha keras untuk mematahkan serangan musuh. mereka membalas dengan melepaskan tembakan dan juga peluru berpandu. masing masing tidak mahu mengalah. maka terjadilah peperangan di udara yang sangat dashyat sekali. ada beberapa ahli tentera udara AS melancarkan peluru berpandu mereka ke arah kapal piring terbang induk milik kaisar zios. bila ashriel melihat semuanya itu dia pun terus menyuruh kapten sharp melancarkan serangan mereka ke arah kapal induk yang besar itu. faiz pun turut mensasarkan peluru berpandu dari kapal piring terbangnya ke arah kapal induk tersebut. berulang kali mereka melancarkan peluru berpandu ke arah kapal induk itu tapi keadaannya masih utuh seperti tidak ada yang membedilnya. malah ianya masih terapung tinggi di udara biar pun begitu banyak peluru berpandu di lancarkan ke arah kapal induk tersebut. ianya seperti kalis peluru pula. "alamak... jangan jangan kapal piring terbang kaisar zios tu sudah di pasang dengan sistem kekebalannya... kalau ianya sudah di pasang dengan sistem kekebalannya, apa jenis peluru berpandu pun tidak akan dapat memusnahkannya...", kata kapten sharp. "tak apa... kita cuba mensasarkan serangan dari sisi yang lain pula... cuba kau pergi lebih dekat lagi dengan kapal induk tu dan cuba kau lepaskan peluru berpandu padanya lagi....", kata ashriel. "baiklah...", kapten sharp pantas berbuat demikian.

"kabooommmm!!!!....", kedengaran peluru berpandu meletup di sekeliling kapal induk makhluk asing puak agfa. peluru berpandu yang di lepaskan oleh kapten sharp mengenai bahagian hadapan kapal induk tersebut. mungkin kerana ianya di lepaskan dalam jarak yang terlalu dekat maka terjadilah ledakan yang amat kuat sehingga menyebabkan kapal induk tersebut mengalami gegaran hebat. "tuanku... ada musuh menembak kapal kita dari jarak dekat.... tapi ianya tidak kelihatan...", kedengaran salah kayla pada kaisar zios yang sedang berdiri di belakang mereka semua. "cuba korang cari dari mana datangnya peluru berpandu tu dengan menggunakan radar pengesan...", perintah kaisar zios. "baiklah tuanku...", dengan pantas kayla segera memerhatikannya di dalam radar pengesan. "tuanku, ada 2 buah piring terbang halimunan sedang menyerang kita dari jarak yang dekat....", kata kayla. "tolong bagi arahan pada troy X1 untuk musnahkan 2 buah kapal piring terbang halimunan tu....", perintah kaisar zios. "menjunjung titah tuanku...", dengan sepantas kilat kayla segera menekan alat komunikasi ke kapal pejuang troy X1.
"hexagon 1.... hexagon 1...."
"hexagon 1 here..."
"ada dua buah kapal piring terbang halimunan berlegar di sekeliling kapal induk kita... ianya telah menyerang kapal induk ini secara bertalu talu. tuanku kaisar mengarahkan supaya kau mengesan dua buah kapal piring terbang halimunan itu... jikalau kau dah dapat kesan di mana kedudukannya, kau di arahkan untuk memusnahkannya dengan segera...",
"baiklah... arahan di terima..."
talian komunikasi di putuskan.

troy X1 pantas memandu kapal jet pejuangnya ke arah kapal induk kaisar zios. dari jauh lagi dia dapat lihat begitu banyak peluru berpandu meluru ke arah kapal induk tersebut. dia cuba mengesan 2 buah kapal piring terbang halimunan yang di katakan menyerang kapal induk tersebut. dia lihat ada 2 buah kapal piring terbang halimunan di kedudukan yang berbeza. satu di depan kapal induk kaisar zios dan satu pula berada di belakang kapal induk itu. troy X1 segera menentukan sasaran peluru berpandunya ke arah kapal piring terbang halimunan yang berada di hadapan kapal induk tersebut. setelah set dia terus menekan punat bedilnya. sekali tembak saja ianya mengenai sasaran. "kaboommmm!....", kedengaran bunyi peluru berpandu meledak sebaik saja ianya mengenai sasarannya. "ooohhhh....", jerit ashriel sebaik saja kapal mereka di serang musuh. kapal piring terbang milik mereka bertiga mengalami gegaran yang amat kuat sehingga menyebabkan ashriel terjatuh di atas lantai. "ash... diorang dah dapat kesan kapal piring terbang kitalah... kapal kita di serang oleh mereka....", kata kapten sharp. "kenapa kau tak pasang sistem kebal kapal kita ni tadi?... tengok... apa dah jadi sekarang?.... semuanya sudah jadi haru biru.... cepat!... pasangkan sistem kebal kapal kita ni sebelum pihak musuh melancarkan serangan mereka...", kata ashriel sambil cuba berdiri dari atas lantai. "baiklah...", kapten sharp pantas menekan punat sistem kebal kapal piring terbang tersebut. kini kapal piring terbang itu telah di lindungi oleh sistem kebalnya sendiri. namun ada bahagian dalam kapal piring terbang tersebut mengalami kerosakan akibat terkena ledakan peluru berpandu sebentar tadi.

"teeet... teeet.... teeet.... teeet....", kedengaran bunyi siren kecemasan berbunyi nyaring. serentak dengan itu lampu dalam kapal piring terbang tersebut padam dengan sendirinya. kapten sharp cuba menembak pihak musuh dengan shooter yang ada di kapal piring terbang tersebut tapi malangnya shooter kapal piring terbang itu langsung tidak berfungsi. "alamak.... shooter kapal kita ni sudah tidak berfungsilah.... agaknya ia sudah rosak...", kata kapten sharp sedikit cemas. ashriel segera menghubungi papanya faiz yang sedang berada di belakang kapal induk makhluk asing tersebut. "papa.... kami dalam masalah sekarang ni... kapal kami di serang oleh musuh... sekali lagi aku katakan yang kapal kami di serang musuh... aku mohon pada papa dan abang jef supaya korang berundur dari medan peperangan ini sekarang juga... kalau tidak korang akan jadi mangsa yang seterusnya...", ashriel bersuara dengan pantas. "tapi macamana dengan plan A kau tu? macamana dengan korang pula?", soal papanya faiz dari dalam gadget kecil di tangannya. "plan A tidak menjadik... anyway, tolong jangan pedulikan kami... kami boleh selamatkan diri kami kelak... korang berundur dulu dari medan peperangan ini secepat mungkin sebab pihak musuh sudah menyedari kehadiran kita di sini... korang pergi ke pulau celestica di lautan pasafit.... sekejap lagi kami akan menyusul ke sana...", kata ashriel. belum pun sempat papanya faiz membalas perkataannya ashriel pantas mematikan talian gadgetnya. dalam keadaan yang mencemaskan itu ashriel lihat ada sebuah kapal pejuang makhluk asing berbentuk hexagon meluncur laju menuju ke arah mereka. ashriel tahu kapal pejuang hexagon itu hendak menyerang mereka. dia pun pantas 'set'kan hala tuju kapal piring terbang mereka menuju ke pulau celestica yang terletak agak jauh sedikit di lautan pasafit. serentak dengan itu dia menekan punat turbo blast. bagaikan pelesit kapal piring terbang tersebut meluncur laju meninggalkan tempat itu.

troy X1 cuba mengesan kapal piring terbang halimunan tersebut dalam radar pengesannya tapi ianya sudah tidak ada lagi di situ. begitu juga dengan kapal piring terbang halimunan yang berada di belakang piring kapal induk itu. ianya menghilang entah ke mana. troy X1 merasa sungguh hairan. dari mana datangnya kapal piring terbang halimunan tu pun dia sendiri tidak tahu. nak di katakan kapal piring terbang halimunan tu datang dari planet bumi, mustahil juga sebab mana ada manusia di planet bumi ini memiliki kapal piring terbang berteknologi tinggi seperti itu. biasanya hanya makhluk asing dari galaxy aura saja yang memiliki kapal piring terbang seperti itu. jadi dia tidak tahu siapakah pemilik kedua dua kapal piring terbang halimunan tersebut. "jangan jangan ada rakyat di bawah pemerintahan kaisar zios menjadi pembelot atau pengkhianat? hm... entahlah....", teka hati kecil troy X1 tak keruan. perlahan lahan dia kembali semula ke medan pertempuran.

ASH (PG13)Where stories live. Discover now