ASH 22

957 111 30
                                    

tidak lama kemudian mereka pun sampai di depan pintu bilik simpanan pakaian tentera puak agfa. cruz segera menembak mangga pintu bilik tersebut sehingga ianya berkecai. pintu segera di buka. mereka terus masuk ke dalam bilik simpanan pakaian tentera puak agfa. mereka memasukkan semua pakaian ke dalam karung yang di bawa oleh mereka dari markas sebentar tadi. ketika itu semua kumpulan lain sudah menyusup keluar dari kubu pertahanan puak agfa. hanya tinggal kumpulan 5 saja yang belum keluar dari kawasan kubu pertahanan tersebut. azroy tidak tahu kenapa kumpulan 5 begitu lambat menjalankan misi mereka. "mana kumpulan 5 ni? kenapa mereka belum keluar keluar lagi dari dalam kubu pertahanan tu?", soal azroy mula bimbang. "entahlah...", balas azroy di sebelahnya. tiba tiba, "teeet... teeet... teeet.... intruder alert!... teet... teet... teet... intruder alert!....", kedengaran bunyi alarm bergema di kawasan kubu pertahanan puak agfa. "oh shit!... mereka sudah tahu tentang kitalah...", faiz bersuara dalam nada suara yang menggelabah. azroy menjadi kalut seketika. dalam kekalutan itu kelihatan kumpulan 5 berlari menuju ke arah kenderaan terbang mereka. masing masing berlari pantas lalu masuk ke dalam kenderaan terbang tersebut. pintu di tutup pantas sebaik saja mereka semua sudah berada di dalam perut kenderaan itu. "cepat!... bawa kenderaan ni terbang jauh dari sini sebelum kita di kejar oleh pihak musuh!...", azroy bersuara dengan pantas. "baiklah...", balas si pemandu kenderaan dengan segera. dia terus memasang enjin lalu memecut laju dari situ. bagaikan deru angin yang pantas kenderaan tersebut melayang tinggi meninggalkan tempat itu. kelihatan beberapa makhluk puak agfa sedang berusaha menembak kenderaan terbang mereka tapi mereka gagal berbuat demikian. kenderaan terbang itu sudah meluncur laju meninggalkan tempat tersebut.

*** *** ***

azroy melangkah menuju ke dalam biliknya. tiba tiba saja langkah kakinya terhenti sebaik saja dia terdengar suara erangan kesakitan dari dalam bilik itu. "ohhhh.... sa... saakit...", kedengaran suara erangan tersebut bergema sekali lagi dari dalam bilik kecil itu. kalau tidak salah itu suara maya. dengan sepantas kilat azroy melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat isterinya sedang terbaring di atas katil dalam keadaan yang kesakitan. "kenapa ni maya?", soal azroy ingin tahu. "perut aku bang... saa... sakit... aku rasa dah tiba masanya untuk aku melahirkan bayi kita...", kata maya dalam keadaan yang kesakitan. azroy memegang tangan isterinya. wajahnya pucat ketika menyaksikan isterinya mengerang kesakitan. "kenapa ni?... whats wrong?", soal faiz sebaik saja dia sampai di situ. "isteri aku nak melahirkan bayi lah... macamana ni? aku bukannya tahu bagaimana caranya hendak menolong orang yang nak bersalin?...", soal azroy separuh panik. "panggil doktor dred ke sini sekarang juga... cepat!...", perintah maya dalam kesakitan. dengan sepantas kilat, faiz berlari keluar dari situ. dia memanggil doktor dred untuk melihat keadaan maya. doktor dred segera meluru masuk ke dalam bilik tersebut. dia menyuruh semua orang keluar. kecuali azroy sebab maya inginkan suaminya berada di sampingnya ketika dia melahirkan anak mereka.

dr. dred mula memeriksa keadaan maya. "hm...baby ni akan keluar sekejap lagi... okay, kau kena bertenang dulu, maya... tarik nafas kau panjang panjang and then hembus perlahan lahan...", dr dred bersuara perlahan lahan. maya menuruti perkataan lelaki tersebut. "ulang sekali lagi maya...", perintah dr. dred. maya terpaksa menuruti perintahnya. 3 minit kemudian, "okay, tarik nafas panjang panjang... bila aku cakap 'push'... kau harus meneran ya...", kata dr. dred. "baiklah...", balas maya sepatah. "okay... push...", perintah dr. dred. maya mula meneran semampu yang boleh. peluh dingin memercik di atas dahi dan pipinya. azroy mengelap peluh di dahi dan pipi isterinya dengan tuala di tangannya. dia merasa cemas dan kasihan melihat isterinya yang sedang menahan kesakitan saat itu. "okay, push lagi... teruskan meneran... sikit lagi... sikit lagi... teruskan meneran...", dr dred bersuara secara perlahan lahan. akhirnya, "huwaaaa.... huwaaaaa.... huwaaaaaa....", kedengaran suara tangisan bayi kecil bergema di dalam bilik kecil itu. dr. dred segera mengambil bayi kecil tersebut lalu menyelimuti tubuhnya dengan kain yang ada di situ. perlahan lahan dia menyerahkan bayi itu ke tangan azroy. "tahniah... korang dapat anak lelaki", kata dr dred sambil tersenyum lebar. azroy segera menggendong bayi kecil tersebut. pada mulanya warna kulit bayi itu berwarna hitam sama seperti kulit emaknya tapi tidak lama kemudian kulitnya berubah menjadi kuning langsat sama seperti kulit azroy. dia kini menjadi seorang bayi lelaki (manusia) yang normal dan comel. kelihatan beberapa makhluk lain melangkah masuk ke dalam bilik kecil itu. di antaranya kelihatan pyros tukang tilik yang pernah menilik nasib maya berdiri di situ. "kenapa kulit bayi ini boleh berubah pula? tadi warna kulitnya hitam tapi sekarang warna kulitnya bertukar menjadi kuning langsat pula?", soal azroy kehairanan. dia macam tidak percaya dengan apa yang di lihatnya saat itu. "itu maknanya anak kau tu adalah keturunan makhluk asing dan manusia... dia boleh berubah bentuk menjadi manusia dan juga menjadi makhluk asing sama seperti emaknya... apa apa pun ramalan aku sudah menjadi kenyataan.... hari ini telah lahir adiwira penyelamat masa depan manusia dan juga puak massa... kita harus bergembira sebab kelahiran bayi ini akan membawa revolusi yang terbaru di galaksi kita di masa hadapan...", kata pyros sambil tersenyum gembira.

semua puak massa yang berkumpul di dalam bilik mahu pun di luar bilik tersebut mula bersorak kegirangan. mereka semua segera mengucapkan tahniah pada maya dan suaminya azroy. begitu juga dengan rakannya faiz. masing masing merasa gembira saat itu. "untuk menyambut kedatangan bayi baru ni mari kita buat pesta makan makan..", ajak pyros sambil tersenyum gembira. "yeaaahhhhhh!...", jerit mereka kegirangan. "eh... janganlah korang buat pesta pula... ini bukannya masa untuk berpesta...", tegah azroy. "kenapa pula?... kau tidak gembira ke dapat seorang bayi yang istimewa macam ni?", soal pyros sambil mengangkat kening kirinya. "gembira tu memanglah gembira tapi buat masa ni kita tak payahlah berpesta dulu... kita harus fokuskan perhatian kita pada misi kita yang seterusnya. aku takut masa kita berpesta nanti datang pula puak agfa menyerang kita... bukankah naya jadinya tu?", jelas azroy panjang lebar. "betul juga apa yang di katakan oleh saudara azroy tu... kalau markas kita di serang masa kita berpesta tentu naya jadinya...", sokong dr. dred pula. "hm... ikut suka hati koranglah... apa apa pun aku gembira sebab ramalanku tentang kelahiran bayi ini menjadi kenyataan... aku harap bayi ini akan menjadi seorang pemimpin yang berwibawa di masa hadapan....", kata pyros dengan senyum lebarnya. azroy dan maya hanya diam sambil tersenyum manis. azroy menggendong bayi tersebut dengan hati yang bersyukur dan penuh kegembiraan....

AUTHOR NOTE: tak sangka ada juga orang yang berkawan dengan mizz hanya kerana nakkan votes dari mizz. mizz tahulah votes tu sangat penting dalam menaikkan lagi kedudukan karya masing masing di wattpad ni tapi janganlah sampai mendesak orang untuk bagi votes. itu sudah keterlaluan lorh. bagi mizz orang tak votes cerita mizz pun mizz tak kisah lorh. yang penting cerita mizz sudah di baca orang, itu pun sudah memadai bagi mizz. anyway, buat apa votes yang banyak kalau jalan cerita tak sehebat mana, kan?... hm....

ASH (PG13)Where stories live. Discover now