ASH 44

557 43 6
                                    

bermula dari hari itu pyros dan kapten sharp tinggal di rumah faiz. sebaik saja ashriel balik dari sekolah mereka bertiga akan mengajak dia keluar ke suatu tempat yang agak terpencil di sebuah kaki bukit yang terletak jauh dari kesibukan hiruk pikuk kota raya. pada mulanya ashriel mengikut saja apa yang mereka ajar padanya tapi semakin lama dia mendalami ilmu mempertahankan diri itu semakin sukar pula di rasakannya. apatah lagi bila kapten sharp mengajar dia menggunakan senjata. senjata senjata yang pelik pula tu. mula mula dia di ajar menggunakan gunstem. dia rasa macam terkejut saja sebaik saja dia lihat senjata itu mengeluarkan laser beam. maklumlah ini pertama kali dia melihat senjata yang tidak menggunakan peluru tapi menggunakan cahaya laser beam. sekali tembak saja terus berlubang pokok sena yang berada di depan matanya. terus terlopong mulut ashriel di saat memerhatikan keanehan yang berlaku di depan matanya. dah tu pula pedang yang di gunakan oleh kapten sharp jauh lebih pelik dari apa yang biasa di lihatnya. kapten sharp memanggil pedang peliknya dengan swordfore. pada mulanya ashriel fikir ia hanya sebiji torch light. sekali kapten sharp menekan button yang ada kat benda tu terus terpasang cahaya laser beam berwarna biru. sekali saja kapten sharp melibaskan swordforenya terus terpotong dua tunggul kayu mati yang ada di depan matanya. terkejut betul ashriel ketika menyaksikan semuanya itu. dia seakan akan melihat satu persembahan silap mata yang sungguh menakjubkan.

"kenapa pedang tu macam torch light ar?.... kenapa gunstem tu bercahaya biru macam tu pula?", soal ashriel sungguh terkejut. "ashriel... sebenarnya ada banyak perkara yang kau tidak ketahui tapi aku nak bagitahu kau sesuatu... semua alat ni ialah senjata yang di gunakan oleh makhluk asing di planet ferros....", kata kapten sharp sambil memeluk bahu kiri pemuda tersebut. "maksud kau?.... semua senjata ni datang dari planet ferros?", soal ashriel bertambah terkejut. "ya.... ini ialah senjata ciptaan ahli saintis makhluk asing di planet ferros. ianya tidak sama dengan senjata kat bumi ni...", terang kapten sharp lagi. "tapi uncle sham, kenapa semua senjata ni ada dalam tangan kau dan uncle pyan? korang makhluk asing ke?", soal ashriel mula curiga. kapten sharp dan pyros saling berbalas pandangan.begitu juga dengan faiz. "macamana?... perlukah kita memberitahu dia tentang segala galanya?", bisik kapten sharp ke telinga pyros. "belum tiba masanya lagi.... cakap saja kita terjumpa senjata ni dalam hutan... itu saja...", bisik pyros pula. "kenapa korang berbisik bisik ni?", soal ashriel kehairanan. "oh... nothing!.... sebenarnya senjata ni kami jumpa di tengah hutan.... kami menjangkakan bahawa ini senjata makhluk asing tapi kami tak nak bagitahu siapa siapa pun tentang senjata ni... buat pengetahuan kau, hanya kau seorang saja yang tahu tentang senjata ni termasuk papa kau...", kata pyros cuba menghilangkan rasa curiga dari hati pemuda tersebut. "kenapa korang tak bagitahu pada pihak berkuasa tentang senjata ni... kalau senjata ni jatuh di tangan orang yang tidak bertanggungjawab sudah tentu naya jadinya...", kata ashriel. mereka tersenyum di saat mendengar perkataan ashriel itu. dia seperti seorang pemuda yang prihatin pula. "hm... jangan bimbang... selagi senjata ni berada di tangan kita semuanya akan baik baik saja... yang penting sekarang kau perlu mempelajari cara cara menggunakan senjata ni.... manalah tahu ianya berguna di suatu hari nanti...", kata kapten sharp.

selepas itu ashriel tidak lagi banyak bertanya. dia mula menumpukan perhatiannya pada latihannya. hari demi hari berlalu, ashriel kini tangkas menggunakan semua senjata termasuklah bomstoll dan sebagainya. selama dia menjalani latihan bersama kapten sharp dan pyros dia sedikit pun tidak mengeluh biar pun latihan yang di hadapinya semakin mencabar dirinya sendiri. dia kini mampu mempertahankan dirinya dengan ilmu tae kwan do yang di ajar oleh papanya faiz, begitu juga dengan ilmu kebatinan yang di ajar oleh kapten sharp dan ilmu kinetic yang di ajar oleh pyros padanya. sedikit sebanyak ilmu itu mulai menyerap dan sebati dalam dirinya. sejak dia mendalami semua ilmu tersebut dia menjadi seorang yang tenang dan tidak lagi mudah patah semangat. biar pun abangnya jefri masih membulinya namun dia tidak melenting atau marah. malah dia lebih sabar dari yang biasanya. dia tidak mudah ambil hati dengan apa yang jefri katakan padanya. dia buat tak tahu saja. lama kelamaan jefri tidak lagi bersemangat hendak membulinya kerana dia lihat adiknya sudah tidak seperti ashriel yang dulu lagi. dia lihat ashriel sudah banyak berubah. perubahan itu membuatkan jefri tertanya tanya. "ash.... katakan sesuatu padaku...", jefri bersuara pada adiknya ketika mereka sedang berpapasan di ruang dapur. "apa?", soal ashriel. "katakan padaku yang kau berubah kerana perubahan hormon dalam diri kau...", kata jefri sambil bersandar di dinding. "apa maksud kau ni?... aku tak fahamlah...", balas ashriel. "aku lihat kau banyak berubah sejak dua menjak ni... kau tidak lagi melenting bila aku mengusik kau.... kau tidak marah bila aku membuli kau... pendek kata kau tidak seperti dulu lagi....", kata jefri sambil berpeluk tubuh. dia memandang wajah adiknya seraya tersenyum sinis. "aku tak rasa yang aku berubah pun...", balas ashriel sambil meminum air milo di dalam mug di tangannya. "bohong.... aku tengok kau dah banyak berubah... kau saja yang tak sedar yang diri kau tu sudah berubah...", kata jefri dengan mimik wajah yang menjengkelkan.

"whateverlah abang... aku malas nak bertekak dengan abang lagi...", balas ashriel dengan wajah selamba. dia melepaskan mug yang ada di tangannya. dengan menggunakan kuasa kinetic yang baru di pelajarinya dari pyros dia memfokuskan seluruh perhatiannya ke arah mug tersebut sehingga mug itu terbang melayang layang lalu mendarat di atas meja dengan selamatnya. terlopong mulut jefri sebaik saja dia melihat semuanya itu. dia tidak menyangka bahawa adiknya ashriel mampu melakukan silap mata yang menakjubkan seperti itu. "oh... sungguh menakjubkan... dari mana kau belajar silap mata tu, hah?", soal jefri sungguh teruja. dia segera mendekati adiknya tapi ashriel pantas mengelakkan diri dari berada dekat dengan abangnya itu. "itu rahsia....", perlahan lahan ashriel bersuara sambil beredar dari situ. "alah!.... janganlah berahsia dengan abang... bagi tahulah dik macamana nak buat trick tadi tu...", gesa jefri seperti tidak sabar sabar pula hendak belajar trick seperti itu. "eh.... sejak bila pula aku jadi adik kau ar?.... bukankah kau pernah berkata padaku yang kau tak ada adik seperti aku tapi kenapa tiba tiba hari ni kau sebut aku adik kau pula?", soal ashriel seperti memulangkan paku buah kerasnya. "alah.... itu pun kau nak fikir lagi ke?.... alah.... kita kan adik beradik... yang lepas lepas tu janganlah kau fikirkan sangat... yang penting sekarang aku nak kau ajar aku trick tadi tu...", pujuk jefri. "no way.....", balas ashriel sepantas kilat. "eiiiii.... kau ni kan...." jefri mula naik geram. tiba tiba, "jefri.... cukuplah tu... jangan kau buli adik kau tu... dia kan baru balik dari sekolah... biarkan dia berehat di biliknya dulu...", kedengaran suara faiz bergema di belakang mereka. mahu tidak mahu jefri pun terdiam selepas itu. ashriel beredar dari situ dengan senyuman kemenangan terukir di bibirnya.

ASH (PG13)Where stories live. Discover now