ASH 42

522 40 3
                                    

ashriel melangkah di suatu lorong yang sangat sunyi dan kelam. dia tidak tahu ke mana dia harus pergi. ketika dia tersesat seorang diri di situ tiba tiba tangan kirinya di pegang erat oleh seseorang. ashriel segera menoleh ke sebelah kirinya kelihatan satu makhluk berkulit hitam berambut panjang berwajah lembut memegang tangannya. "si.... si.... si.... si... siapa k...k...au n... ni?", soal ashriel ingin tahu. "aku maya... ibu kau sayang....", ucapnya dengan suara yang lembut. "apa?....", soal ashriel terkejut. dia macam tidak percaya dengan apa yang di dengarinya saat itu. "bohong!.... kau bukan ibuku... aku ada ibu kandung aku sendiri... namanya mardiah ismith...", bentak ashriel. dia terus menghentakkan tangannya dari tangan makhluk pelik itu. "ashriel!... kau anak ibu... ibu tak berbohong.... ibu sayangkan kau ashriel...", ucap makhluk itu sambil memeluk tubuhnya. ashriel terpinga pinga di buatnya. tak tahu nak cakap apa lagi. "ashriel... tolong sedarkan ayah kau kerana kuasa kegelapan telah merajai hati dan perasaannya.... dia tidak sedar apa yang dia sedang lakukan... kau harus sedarkan ayah kau sebelum terlambat...", ucap makhluk itu dengan lembut. "maksud kau papa faiz ke?", soal ashriel. "bukan... ayah kau yang sebenarnya ialah azroy.... kau harus sedarkan dia sebelum dia memusnahkan semua manusia di muka bumi ni...", ucap makhluk tersebut. "apa yang kau merepek ni, hah?", soal ashriel betul betul bengang. belum pun sempat makhluk itu bersuara tiba tiba, "krrriiiiiiingggggg!!!!!!.....", kedengaran bunyi yang membingitkan telinga bergema di telinganya. dia terjaga dengan wajah yang berpeluh sakan. rupa rupanya itu hanya mimpinya saja. dia lihat jam loceng di meja sebelah katilnya masih berbunyi nyaring. perlahan lahan dia mematikan jam tersebut. sekali dia tengok jarum jam di tangannya dia merasa sungguh terkejut. "alamakkkk!!!!..... aku terlambat pergi ke sekolahlah...", ashriel pantas melompat keluar dari atas katilnya.

dia terpaksa bersiap secara ala kadar. selepas berpakaian kemas dan menyikat rambut secara tergesa gesa dia pun terus beredar dari bilik tidurnya. kelihatan mamanya mardiah sedang sibuk menyediakan sarapan pagi di dapur. "selamat pagi mama...", sapa ashriel. "pagi... ash, kau breakfastlah dulu... mama dah siapkan sarapan pagi tu untuk kau...", kata mardiah. "tak payahlah ma... aku dah lambat dah ni...", kata ashriel seraya memakai stokinnya dengan tergesa gesa. "mana papa dan abang Jeff ni?", soal ashriel. "mereka dah pergi tadi... mereka tak sempat kejutkan kau dari tidur... papa kau ada meeting di office pagi ni... si jefri tu pula terpaksa awal datang kuliah sebab pagi ni dia akan menyertai kem motivasi di pulau kapas. dia mungkin akan balik dalam setelah seminggu bermalam di sana...", terang mardiah. "oh.... begitu... er... aku pergi dulu mak... bye....", ashriel pantas beredar dari situ. namun dalam pada itu sempat lagi dia mencium pipi tua wanita tersebut sebelum dia angkat kaki dari situ. mardiah hanya tersenyum saja sebaik saja pipinya di cium oleh anak muda itu. Walaupun ashriel bukan anak kandungnya tapi ashriel tahu bagaimana caranya dia menghormati dan menyayangi orang tua. tidak seperti jefri yang bersifat dingin bak ais itu. jefri tidak seperti ashriel. dia lebih suka memberontak dan melawan cakap orang tua. ini membuatkan mardiah merasa sedih dengan perlakuan anaknya sendiri. apa apa pun kehadiran ashriel dalam keluarganya membuatkannya merasa tenang sekali. namun adakalanya dia merasa takut juga bila memikirkan kemungkinan yang ashriel akan mendapat tahu bahawa dirinya cumalah anak angkat dan bukan anak kandung mereka sendiri. tentu akan timbul konflik dalam diri anak itu nanti. dia dan suaminya bersepakat untuk tidak memberitahu ashriel siapakah dirinya yang sebenarnya kerana mereka memang sangat sayangkan pada ashriel

*** *** ***

semasa sesi persekolahan di jalankan ashriel tidak dapat menumpukan perhatiannya pada pelajaran yang di ajar oleh guru di depan kelas. mimpinya awal pagi tadi masih lagi terbayang bayang di sudut matanya. wajah makhluk hitam yang berambut panjang dan bersuara lembut itu seperti menari nari di depan matanya. "aku maya... ibu kau sayang....", kata kata itu terus bergema dalam telinganya dan ada lagi perkataan yang masih jelas di ingatannya, "ashriel... tolong sedarkan ayah kau kerana kuasa kegelapan telah merajai hati dan perasaannya.... dia tidak sedar apa yang dia sedang lakukan... kau harus sedarkan ayah kau sebelum terlambat...", perkataan itu terus bergema dalam telinganya umpama sebuah pita rakaman yang berputar tanpa henti. dalam diam ashriel tidak mengerti kenapa dia bermimpi seperti itu. mungkin di sebabkan dia terlalu lama berjaga semalam tak dia mendapat mimpi macam tu... entahlah... tiba tiba, "kkkrrrrriiiiingggg!!!!!....", kedengaran loceng elektrik berbunyi dengan nyaring. ashriel terkejut dari lamunannya. dia lihat semua pelajar bergegas keluar untuk pergi ke kantin sekolah. rupa rupanya masa rehat sudah pun tiba. ashriel tidak sedar pun masa berlalu dengan begitu pantas sekali. perlahan lahan dia bangun dari tempat duduknya. dia berjalan menuju ke kantin sekolah. setelah membeli barang makanan dia pun segera beredar dari situ. dia memilih untuk menghabiskan makanannya di bawah sebatang pokok sena yang terletak jauh sedikit dari kantin sekolah tersebut. ketika dia sedang duduk di bawah pokok itu muncul seekor kucing yang gemuk. kucing tersebut mengiau ngiau seperti meminta makanan daripadanya. dia pun memberikan sedikit makanan pada kucing itu. entah kenapa tiba tiba saja timbul nalurinya hendak menghisap darah kucing tersebut. "no.... not again....", dia menggeleng geleng kepalanya. dia menyepak kucing itu agar menjauh daripadanya tapi kucing itu datang semula ke arahnya. "kau pergi ke sanalah... nanti habis darah kau aku hisap...", bentak ashriel seraya menolak kucing itu dari sisinya. entah kenapa kucing tu degil sangat pun dia tidak tahu. kucing tu datang menghampirinya biarpun di halau berkali kali. oleh kerana sudah tidak dapat menahan rasa nalurinya yang pelik itu pantas di gigit dan di hisapnya darah kucing tersebut sehingga ianya mati kekeringan darah. tanpa di sedarinya kulit tubuhnya berubah menjadi hitam. wajahnya pun turut berubah menjadi hitam. tiba tiba, "hey.... kawan kawan, tengok tu.... ada makhluk bertubuh hitamlah kat bawah pokok sena tu....", jerit salah seorang pelajar perempuan yang kebetulan lalu tidak jauh dari situ. ashriel terkejut. dia lihat tangan dan kakinya berwarna hitam. dia pantas berlari meninggalkan tempat itu.

dia berlari masuk ke dalam tandas. terkejut betul semua pelajar lelaki yang ada dalam tandas tersebut. maklumlah inilah pertama kali mereka melihat makhluk hitam berpakaian uniform sekolah berada dalam kawasan sekolah mereka. wajahnya pun agak pelik. mereka semuanya terus berlari keluar dari dalam bilik tandas itu. ashriel pantas memandang wajahnya di dalam cermin. "ya... Allah.... ya Tuhanku.... apa yang telah terjadi ke atas diri aku ni?... kenapa wajah dan kulitku menjadi hitam semuanya?", soal ashriel cukup tertekan. dia cuba mencuci wajah dan kulitnya dengan air di sinki tapi keadaannya masih juga begitu. "oh.... habislah aku kali ini...", bisik hati kecilnya tak keruan. dalam keadaan yang mencemaskan itu dia lihat kulitnya kembali berubah menjadi normal semula. begitu juga dengan wajahnya. dalam diam ashriel menarik nafas lega. tiba tiba, "hoiii.... keluar kau makhluk hitam.... jangan kau bersembunyi dalam tandas tu pula... aku pengetua di sekolah ni takkan biarkan sekolah ini di di ganggu oleh makhluk hitam seperti kau....", bentak suatu suara di luar tandas itu. mahu tidak mahu ashriel melangkah keluar dari dalam tandas tersebut. "apa?.... ashriel?....", guru pengetua sekolah mereka bersuara sebaik saja dia melihat ashriel melangkah keluar dari dalam tandas lelaki itu. "ya....", balas ashriel tersenyum kambing. "mana makhluk hitam tadi tu?", soal guru pengetua sambil memegang selaras senapang di tangannya. "tak ada pun makhluk hitam dalam tandas tu.... hanya aku seorang saja berada dalam tandas ni....", balas ashriel dengan wajah yang selamba. "bohong... tadi kami nampak makhluk hitam berjalan masuk ke dalam tandas ni tau....", tekan salah seorang pelajar lelaki di situ. "korang salah lihat kot... kalau korang tak percaya korang pergilah tengok...", kata ashriel sambil beredar dari situ. perlahan lahan mereka melangkah masuk ke dalam tandas itu. mereka mula mencari makhluk bertubuh hitam tadi tapi cari punya cari makhluk tu sudah tidak ada lagi di situ. masing masing melangkah keluar dari dalam tandas itu dengan penuh tanda tanya....

ASH (PG13)Where stories live. Discover now