ASH 32

665 54 7
                                    

ketika faiz hampir dekat dengan mothership makhluk asing itu. dia berkira kira hendak memusnahkan mothership tersebut dengan melepaskan bom roketnya ke dalam pintu mothership yang terbuka luas itu. belum pun sempat dia berbuat demikian tiba tiba muncul pula sebuah kapal jet pejuang di belakangnya. kapal jet pejuang tersebut terus menembak ke arahnya. nasib baik kapal jet pejuang faiz tidak terkena tembakan tersebut. faiz terpaksa membatalkan niat hendak memusnahkan mothership alien itu. dia segera menerbangkan kapal jet pejuangnya ke udara dengan kelajuan yang maksimum. kapal jet pejuang musuh segera mengekorinya dari belakang....

sementara itu kelihatan azroy dan maharaja zios sedang bertempur dengan menggunakan swordfore di tangan. masing masing tidak mahu mengalah biarpun mereka sudah lama bertempur di situ. "mengapa kau tidak mahu menyerah kalah wahai manusia keparat?...", soal maharaja zios dengan marahnya. "sebab aku bukannya jenis orang yang mudah mengalah....", bentak azroy dengan keras. serentak dengan itu dia menendang perut maharaja zios dengan sekuat hatinya. terus terjatuh makhluk tersebut di atas tanah. azroy hendak menikam maharaja zios tapi tangannya di tendang oleh maharaja zios. swordfore di tangannya terjatuh di atas tanah. maharaja zios bangun dia hendak menikam azroy tapi tangannya di sepak oleh manusia tersebut. swordforenya melayang lalu jatuh terpacak di atas tanah. maharaja zios hendak mengambil senjatanya tapi azroy berdiri di hadapan swordfore milik maharaja itu. "jika kau anak jantan lebih kau lawan aku dengan tangan kau tu. tak payah gunakan senjata...", kata azroy dengan wajah yang serius. "baiklah... aku akan gunakan tangan aku sendiri untuk membunuh kau...", balas maharaja zios dengan wajah yang garang sekali. dia mula menggenggam erat buku limanya. begitu juga dengan azroy. masing masing saling berpandangan dengan penuh kebencian. maharaja zios segera menerpa ke arah azroy bagaikan seekor singa yang kelaparan. mereka mula bergelut di situ.

azroy menumbuk wajah maharaja zios dengan sekuat hatinya. maharaja zios terjatuh di atas tanah dengan darah hitam pekat mengalir di hidungnya. perlahan lahan dia mengesat darah di hidungnya. perlahan lahan dia bangun dari atas tanah. azroy kembali menumbuk perut maharaja zios dengan menggunakan buku limanya. terus terjatuh duduk maharaja zios di buatnya. "tak sangka ya... tangan kau begitu kuat penangannya...", maharaja zios bersuara menahan kesakitan di perutnya. "kau dah lupa ke yang tangan aku ni sudah di modified oleh para saintis puak kau sendiri ketika aku di tahan dalam makmal utama tempohari?...", soal azroy. "aku tak lupa... aku cuma tak menduga ianya begitu kuat sekali penangannya... apa apa pun aku merasa senang apabila aku mendapat tahu bahawa alat ciptaan para saintis kami tu amat serasi dengan tubuh kau sehingga ianya berfungsi dengan baik sekali... aku berharap di suatu hari nanti aku akan dapat menjajahi planet bumi dan aku akan mempunyai bala tentera manusia yang separa robotic seperti kau....", kata maharaja zios. dia masih duduk terbungkuk menahan kesakitan di perutnya. "jangan haraplah kau akan dapat menjajah planet bumi tu... aku akan pastikan yang rancangan kau tu gagal...", getus azroy dengan wajah yang merah menahan kemarahan. "you know what?... aku suka sangat dengan perwatakan kau yang berani dan tangkas ni... kau buat aku bersemangat untuk bertarung...", ucap maharaja zios sambil tersengih. "jangan banyak cakaplah... aku tak ada masa nak bercakap sekarang... kau bangunlah... mari kita bertarung!....", bentak azroy dengan nada suara yang marah sekali.

ketika mereka sedang berada di situ kelihatan maya sedang berbalas tikaman dengan seorang ahli tentera puak agfa tidak jauh dari situ. tiba tiba saja maharaja zios bangun lalu dia menarik gunstemnya dan terus menerkam ke arah maya. dia mencengkam leher maya dengan tangannya lalu di letakkannya gunstem di atas dahi kiri wanita tersebut. semua ahli tentera yang bertempur di situ berhenti bertempur sebaik saja mereka melihat peristiwa itu. azroy merasa sungguh terkejut sebaik saja dia melihat isterinya di cengkam erat dari belakang oleh maharaja zios yang kejam itu. "hey!... tolong lepaskan isteri aku...", bentak azroy dengan suara yang lantang sekali. "apa?... dia ni isteri kau?", soal maharaja zios terkejut. dia tidak menyangka yang manusia itu telah berkahwin dengan wanita puak massa. "ya... dia isteri aku... tolong lepaskan dia...", kata azroy dengan nada suara yang sedikit cemas. "tak sangka pula seorang manusia sanggup berkahwin dengan makhluk asing seperti dia ni.... this is very interesting.... by the way, aku tak akan lepaskan isteri kau selagi kau berkeras hendak melindungi puak massa....", balas maharaja zios dengan nada suara yang keras. "oh... jangan buat aku marah, okay.... kau lepaskan isteri aku tu sekarang juga.... kalau tidak....", kata kata azroy terus di potong pantas oleh maharaja zios, "kalau tidak apa?... apa kau nak buat, hah... manusia bodoh?", soal maharaja zios sambil tersenyum sinis. "aku... aku akan bunuh kau maharaja zios!....", bentak azroy. "kau tak boleh bunuh aku sebab aku dah tangkap isteri kesayangan kau ni... kalau kau nak isteri kau selamat lebih baik kau buat pilihan... pilihan pertama ialah kau terus memerintah planet ferros ni tapi isteri kau akan ku jadikan gundikku yang baru atau pilihan kedua kau serah diri dan takhta kau tu padaku dan aku akan lepaskan isteri kesayangan kau ni... aku nak kau buat pilihan sekarang juga...", kata maharaja zios dengan wajah yang serius. "oh.... jangan paksa aku buat pilihan seperti itu....", kata azroy dengan pantas. "kenapa pula wahai manusia bodoh?.... bukankah membuat pilihan itu lebih mudah daripada kita terus bertempur...", maharaja zios bersuara sinis. "tidak semudah yang kau fikirkan.... kau memberikan aku dua pilihan yang membuntukan kepala otak aku ni....", balas azroy separuh geram. "hahahahahaha... itu pun boleh buat kepala otak kau buntu?.... hahahahahaha... apa susah? kau serah diri kau dan takhta kau tu padaku... kemudian barulah aku melepaskan isteri kesayangan kau ni....", kata maharaja zios sambil ketawa terbahak bahak. "abang.... jangan pedulikan maya... abang teruskan pemerintahan abang kat planet ni...", kata maya dengan pantas.

"tapi maya... abang sayangkan maya.... abang....", kata kata azroy di potong pantas oleh maya. "sudahlah bang.... jangan banyak berfikir.... jangan pedulikan maya... abang teruskan saja pemerintahan abang di planet ini. abang harus fikirkanlah masa depan puak massa dan anak kita....", kata maya. "tidak maya... tidak... abang tak akan biarkan maya di rampas oleh maharaja zios tu.... abang akan cuba melawan balik....", kata kata azroy di potong pantas oleh maharaja zios. "jangan kau cuba nak melawan aku wahai manusia bodoh.... ingat!, isteri kau ni dalam tangan aku.... itu maknanya nyawanya pun dalam genggaman aku. jikalau kau cuba melawan aku, nyawanya akan melayang....", ugut maharaja zios dengan suara yang nyaring. azroy terdiam selepas itu. dia tidak tahu nak cakap apa lagi. dia merasa serbasalah dan buntu. "lebih baik kau suruh semua ahli tentera kau tu berundur sekarang juga...", perintah maharaja zios. mahu tidak mahu azroy terpaksa menuruti kehendaknya. semua tentera puak massa mula berundur dari medan pertempuran setelah azroy mengarahkan mereka semua berbuat demikian. ini termasuklah faiz dan tentera udara puak massa. "aku dah suruh mereka berundur... apa lagi yang kau nak, hah?", soal azroy separuh bertempik. "aku nak kau buat pilihan samada kau nak teruskan pemerintahan kau di planet ini tanpa isteri kau yang tercinta atau pun kau kena menyerah diri dan berikan takhta kerajaan planet ferros padaku.... kau harus membuat pilihan dengan tepat.... aku bagi kau tempoh 24 jam untuk memikirkan perkara ni....", kata maharaja zios sambil membawa maya pergi dari situ. "maya....", azroy segera mengejar isterinya dari belakang tapi langkah kakinya di halang oleh sepasukan tentera puak agfa di situ. dia terpaksa berdiri di situ sambil melihat isterinya di bawa masuk ke dalam mothership yang terapung di atas langit itu. "oh... tidak!.... mayaaaa!!!!!....", laung azroy kegeraman....

ASH (PG13)Where stories live. Discover now