ASH 49

513 36 12
                                    

setibanya mereka di kotaraya NYC di negara AS mereka segera di bawa ke ibu pejabat sebuah biro siasatan sulit yang di tubuhkan oleh kerajaan AS. ianya di kenali sebagai majestic 12. mereka di tugaskan untuk menjalankan siasatan berkaitan dengan kapal terbang makhluk asing yang terhempas di setiap ceruk bumi. tak kiralah di negara mana saja kapal piring terbang tu terhempas mereka pasti akan berusaha menyiasat benda benda seperti itu demi menjawap persoalan yang masih belum terjawap. mereka berlima di soal siasat dalam bilik siasatan yang berasingan. mereka mula menyoal setiap individu. ketika mereka sedang sibuk bersoal jawab mereka di datangi oleh presiden negara AS iaitu presiden ronald tramp dengan di iringi oleh 2 orang bodyguardnya. dia juga ingin tahu tentang kapal piring terbang yang di katakan telah terhempas di negara msia itu. mereka pun terpaksa menyambut kedatangan presiden itu dengan sebaik mungkin. presiden ronald tramp di bawa ke dalam bilik khas untuk menyaksikan sesi soal siasat itu. sebenarnya dia baru saja terdengar kes ini. mengenai makhluk asing yang di katakan telah datang ke planet bumi. video berdurasi 2 minit yang tersiar di U-tubey di internet petang kelmarin sudah di tontoninya berulangkali. dalam video tu ada tersiar 3 orang makhluk bertubuh hitam dengan di temani oleh 2 orang manusia dalam satu kereta kenari di jalan dato ibni. mereka yakin sangat 5 orang itu ialah makhluk asing. video tersebut sudah cukup membuktikannya. sekarang video itu sudah di delete dari laman u-tubey untuk mengelakkan sebarang spekulasi dari orang ramai.

ketika mereka sedang di soal siasat, tiba tiba kedengaran bunyi deru kapal yang sangat bising bergema di seluruh kotaraya NYC. mereka segera melihat di luar jendela. ini termasuklah kapten sharp, pyros, ashriel, jefri dan faiz. alangkah terkejutnya mereka apabila mereka melihat begitu banyak kapal piring terbang muncul di atas dada langit. di antara banyak banyak kapal piring terbang yang banyak itu kelihatan sebuah kapal piring terbang yang sangat besar terapung megah di atas kotaraya NYC. semua manusia di kotaraya NYC terkejut dan merasa taksub di saat mereka melihat piring terbang yang banyak itu. "look at the sky... there's so many spaceship!!!!.... oh.... no!!!...", presiden ronald tramp bersuara dengan nada suara yang terkejut. wajahnya pucat serta merta. ashriel merasa tidak keruan sebaik saja dia melihat kapal piring terbang yang semakin banyak menghiasi dada langit. mereka sepertinya hendak melancarkan serangan. "alamak.... mereka hendak menyerang bumilah.... kita harus berbuat sesuatu....", kata ashriel pada pyros dan kapten sharp yang kebetulan sedang berdiri di sebelahnya saat itu. "apa maksud kau dengan mereka hendak menyerang bumi?", tiba tiba saja presiden ronald tramp bersuara dalam bahasa melayu. mereka terkejut sebaik saja mereka mendengar bahawa presiden orang putih itu pandai berbicara dalam bahasa melayu. "eh... tuan boleh bercakap dan faham bahasa melayu ke?", soal ashriel sedikit terkejut. "ya... sebab aku pernah belajar bahasa melayu dengan pensyarah aku yang berbangsa melayu di universiti southern ketika aku menuntut di universiti tersebut.... anyway, kau tahu tak apa sebabnya kenapa makhluk asing ini datang menyerang bumi?", balas presiden ronald tramp. "panjang ceritanya tuan....", faiz bersuara bagi mewakili anak angkatnya ashriel. "ceritakan saja padaku... aku siap mendengarnya....", kata presiden ronald tramp. mahu tidak mahu faiz pun terpaksa menceritakan segala galanya pada presiden ronald tramp. setelah mendengar perkataan faiz itu presiden ronald tramp diam membisu. dia seperti sedang berfikir akan sesuatu.

"sir, what we are going to do?", soal salah seorang lelaki yang berdiri tidak jauh dari situ. dia memandang wajah semua orang yang berdiri di situ. dia sendiri pun tidak tahu nak cakap apa. ketika mereka sedang berdiri di situ tiba tiba saja siaran di kaca TV yang ada di situ seperti terganggu seketika. seperti ada yang mengganggu siarannya. tiba tiba muncul wajah seorang makhluk bertubuh purple bermata hitam sedang duduk di atas singgahsana dengan sungguh bergaya sekali. di tangannya kelihatan gelas yang penuh dengan darah merah. dia berucap dalam suatu bahasa yang amat sukar di mengertikan. "apa yang dia cakap tu?", soal presiden ronald tramp ingin tahu. mahu tidak mahu pyros terpaksa mengalih bahasa makhluk asing bertubuh purple itu ke dalam bahasa english. mereka diam ketika pyros mengalih bahasa yang di ucapkan oleh makhluk pelik itu. salah seorang staff yang bekerja di situ sempat merakam semuanya itu dengan telefon pintarnya. "tentu korang tertanya tanya siapa aku kan?.... aku ialah kaisar zios pemerintah empayar 3 planet dari galaksi aura.... tujuan aku datang ke planet bumi ni ialah aku hendak menawan planet bumi ni sebab kat planet ni aku akan dapat apa yang aku nak iaitu darah binatang yang sedap... selain daripada tu aku nak memperluaskan jajahan aku di galaksi bima sakti ni dan planet bumi merupakan targetku yang pertama.... jadi itu maknanya aku akan melancarkan serangan ke planet bumi ni dalam masa 24 jam dari sekarang... harap korang akan bersiap sedia untuk menghadapi serangan dari aku dan bala tentera aku... oh lupa nak tambah, aku tak terima sebarang rundingan dari mana mana pemerintah bumi buat masa ni... aku cuma nak korang tahu yang planet bumi ni akan menjadi milik aku... itu saja...", serentak dengan itu siaran itu hilang dari kaca TV. ianya di ganti pula dengan siaran iklan di TV. presiden ronald tramp menarik nafas berat. dia tahu siaran itu sudah tersiar di seluruh bumi sebab ianya bersiaran melalui satelite utama bumi. dia tahu pasti seluruh bumi gempar dengan siaran mengejut dari makhluk asing bertubuh warna purple itu. seluruh penghuni bumi pasti merasa ketakutan dan gentar sekarang.

"what we are going to do sir?", soal salah seorang lelaki yang ada di situ. perlahan lahan presiden ronald tramp menyuruh lelaki tersebut memanggil marshal jordan dan jeneral Mckenzie. tidak lama kemudian dua orang lelaki itu datang menghadapnya. dia menyuruh marshal jordan dan jeneral Mckenzie supaya mempersiapkan seluruh ahli tentera udara, tentera darat dan tentera laut bagi menghadapi serangan musuh. selepas itu dia memandang wajah ashriel, faiz, pyros, kapten sharp dan jefri yang berdiri tidak jauh dari situ. "korang harus ikut aku ke white house di washiton sekarang juga sebab tak lama lagi aku akan menyuruh pihak media massa berkumpul di sana.... aku akan mengumumkan pada semua orang bahawa bumi ini akan di serang oleh makhluk asing.... aku tak mahu orang ramai merasa panik. aku cuma nak mereka bertenang dalam menghadapi semuanya ini.... kalau boleh aku nak berunding dengan.... siapa ketua makhluk asing tu?", presiden ronald tramp bersuara sambil memandang wajah faiz. "kaisar zios....", jawap faiz dengan pantas. "ya.... kaisar zios....", presiden ronald tramp bersuara perlahan lahan. "tapi tuan aku tak fikir bahawa kaisar zios akan menerima sebarang rundingan dari mana mana pemerintah di bumi... ini termasuklah tuan sendiri.... sebaiknya biar aku bersuara bagi pihak tuan.... manalah tahu dia akan berlembut hati bila aku berbicara padanya...", kata ashriel pula. semua mata tertumpu ke arah pemuda itu. presiden ronald tramp diam membisu. dia berfikir seketika. "apa yang membuatkan kau berfikir yang kaisar zios akan mendengar perkataan kau pula?", soal jefri sedikit bengang. dia memandang wajah adik angkatnya itu. "aku tahu bagaimana caranya berbicara dengan kaisar zios tu...", kata ashriel dengan penuh yakin. "hm.... i will think about that later... tapi sekarang korang harus ikut aku ke white house di washiton.... banyak perkara yang perlu aku uruskan sekarang....", kata ronald tramp. "baiklah....", mereka berlima pun segera melangkah mengekori presiden itu dari belakang. masing masing berwajah tegang. hanya ashriel seorang saja yang nampak tenang ketika itu...

AUTHOR NOTE: sorrylah kalau nama tempat dalam cerita ni pelik pelik sikit bunyinya. maklumlah ini kan cerita rekaan so nama tempat pun pelik pelik jugalah. harap korang tak kisah tentang nama tempat yang pelik tu ya....

ASH (PG13)Where stories live. Discover now