ASH 74

696 42 19
                                    

ketika mereka berada di dalam keadaan kekalutan itu, tiba tiba ashriel mendapat incoming voice dari dalam earpiecenya. "ash... jefri ni... papa masih hiduplah... dia sekarang berada di dalam kapal induk tu...", kedengaran suara abang angkatnya jefri berkumandang di dalam earpiece di telinganya. "yeah... i know... sekarang papa ada dengan aku ni....", balas ashriel dengan pantas. "oh... baguslah kalau macam tu..... guess what ash?... aku sudah masukkan virus ke dalam sistem komputer makhluk asing tu... akibatnya ramai ahli tentera makhluk asing tiba tiba saja menjerit kesakitan. kepala mereka sakit secara mendadak... akibatnya aku tengok begitu banyak kapal pejuang makhluk asing merempuh bangunan gara gara mereka merasa sakit kepala yang teruk. mungkin mikrochip di otak mereka sudah rosak sebab itulah mereka mengalami kesakitan kepala yang teruk macam tu....", kata jefri melalui earpiece di telinganya. belum pun sempat ashriel bersuara tiba tiba saja kelihatan seorang gadis berlari menuju ke arahnya dengan wajah yang pucat lesi. "tolong!..... tolong kami...", jerit si gadis dengan wajah yang cemas. dia pantas bersembunyi di belakang ashriel dan faiz yang sedang berdiri di situ. kelihatan kaisar zios sedang berlari menuju ke arah mereka dengan di iringi oleh beberapa ahli tenteranya. mereka memegang erat gunstem di tangan masing masing.

"celaka betul.... puteri sora minta tolong pada manusia manusia tu pula.... pengawal, tembak mereka tu semua...", perintah kaisar zios dengan wajah yang berang. belum pun sempat mereka berbuat sesuatu, tiba tiba saja semua ahli tenteranya memegang kepala sambil menjerit kesakitan. "apa sudah jadi ni?... kenapa korang semua menjerit kesakitan pula?", soal kaisar zios kehairanan. satu demi satu ahli tenteranya terjatuh di atas lantai dalam keadaan yang kesakitan. kaisar zios hanya terpinga pinga di saat dia melihat semua ahli tenteranya menggelupur kesakitan di atas lantai. dalam keadaannya yang terpinga pinga itu muncul pula ashriel di depan wajahnya. "kau jangan hairanlah... mereka menjerit kesakitan di sebabkan mikrochip di otak mereka sudah rosak.... buat pengetahuan kau abang aku jefri telah menggodam sistem komputer induk kau tu. lepas tu dia masukkan virus ke dalam komputer induk kau sehingga menyebabkan semua fail dan program dalam komputer kau tu musnah dalam sekelip mata....", kata ashriel. "apa?.... betul ke apa yang kau cakapkan tu?", soal kaisar zios terkejut. "ya... aku cakap yang betullah ni... sekejap lagi semua rancangan kau yang ingin menakluki bumi akan gagal... dan sekejap lagi aku akan menghantarkan kau ke neraka....", kata ashriel sambil memegang erat hulu swordfore miliknya. laser biru terpasang di atas swordforenya.

"oh... ini tak boleh jadi ni.... troy X1.... cepat bangun!.... kau mesti bunuh semua manusia keparat ni...", perintah kaisar zios. dia memandang ke arah troy X1 yang sedang terbaring di atas lantai menanggung kesakitan yang amat sangat. "dia tak dengar perintah kau tu sebab dia tengah nazak tu.... sekarang tiba masanya untuk kita bertarung... bersiaplah kau untuk mati wahai kaisar zios...", ashriel bersuara sambil memegang erat hulu swordfore di tangannya. belum pun sempat kaisar zios bersuara tiba tiba saja ashriel menyerangnya bagaikan seekor singa betina yang kelaparan. kaisar zios pantas mengelakkan dirinya. dia segera mengeluarkan swordfore miliknya. kelihatan satu cahaya laser merah terpancar dari swordfore di tangannya. "baiklah... mari kita bertarung!...", kata kaisar zios. mereka pun mula bertarung dengan menggunakan swordfore di tangan masing masing. pada saat itu kapten sharp sedang bersiap sedia dengan swordfore di tangannya. dia berdiri dekat dengan semua ahli tentera kaisar zios yang ada di situ. dia sudah pun bersiap sedia untuk menghadapi serangan pihak musuh. faiz pula hanya duduk mencangkung di sebelah rakannya azroy aka troy X1. dia bimbang melihat rakannya yang masih mengerang kesakitan....

sementara itu keadaan di luar kapal induk kaisar zios semakin kacau bilau. banyak kapal pejuang tentera kaisar zios menjunam jatuh ke atas reruntuhan bangunan kerana semua ahli tentera yang berada di dalam kapal pejuang tersebut mengalami sakit kepala secara mendadak. mereka tidak dapat buat apa apa lagi kerana kepala mereka terasa sakit macam hendak meletup pula. pada mulanya pyros terkejut sebaik saja dia melihat semuanya itu tapi setelah jefri menerangkan apa yang telah dia lakukan barulah pyros tahu segala galanya. dia merasa sungguh gembira sekali... "tak lama lagi peperangan ini akan berakhir... aku dapat rasakannya....", kata pyros dengan riangnya. oleh kerana terlalu gembira dia terus memeluk jefri sambil ketawa. jefri pun turut memeluknya sambil ketawa...

ashriel dan kaisar zios masih bertarung di situ. Mereka saling tikam menikam dan tendang menendang di situ. kaisar zios terjatuh di atas lantai sebaik saja perutnya di tendang oleh pemuda tersebut. "kuat betul penangan kau wahai orang muda... sakit sungguh perutku kau tendang...", kaisar zios bersuara sambil memegang perutnya yang terasa sakit. "baru padan muka kau", kata ashriel tersenyum sinis. "anyway kenapa wajah kau hampir sama dengan wajah si troy X1 tu ar?", soal kaisar zios sedikit hairan. belum pun sempat ashriel bersuara tiba tiba.... "sebab dia anak kandung aku!....", celah suatu suara. kaisar zios terkejut sebaik saja dia melihat troy X1 aka azroy bangun dari atas lantai dengan wajah yang tegang sekali. dia mula melangkah menghampiri mereka di situ. dia berdiri betul betul di depan wajah kaisar zios. "apa?... dia anak kau?", soal kapten sharp terkejut. "ya... dia anak aku... kenapa? kau terkejut ke?", soal azroy aka troy X1 sambil merenung tajam ke arah kaisar zios. "ya.... sejak bila pula kau ada anak ni? robot macam kau tidak ada anaklah....", kata kaisar zios pula. "apa?.... kau cakap aku ni robot?", soal azroy aka troy X1. "ya.... troy X1, kau ialah robot ciptaan terbaru ahli saintis puak agfa...", kaisar zios cuba memutarbelitkan identiti sebenar lelaki itu.

"bullshit!!!!!.... aku bukannya robot. anyway, namaku bukannya troy X1 tapi namaku ialah azroy bin shariman... aku ialah manusia.... manusia yang telah kau pergunakan demi kepentingan diri kau sendiri!.... kau telah membuat aku menjadi seperti hamba abdi kau dan kau telah merubah diriku menjadi makhluk separa robotic... kau fikir kau boleh memutarbelitkan identiti aku buat selama lamanya dengan teknologi makhluk asing kau tu tapi kau sudah silap, zios.... kau sudah silap.... kadangkala teknologi tercanggih sekali pun tidak akan menolong kau... malah akhirnya ia akan merosakkan rancangan kau sendiri....", kata azroy aka troy X1 dengan wajah yang tegang sekali. faiz dan kapten sharp merasa sungguh gembira sebaik saja mereka mendengar perkataan azroy itu. mereka tahu azroy sudah kembali pulih seperti sediakala. begitu juga dengan ashriel. mereka berbalas senyuman. manakala kaisar zios pula merasa sungguh terkejut sebaik saja dia mendengar perkataan lelaki tersebut. dia tidak menyangka bahawa azroy sudah dapat mengingati kembali siapa dirinya yang sebenarnya. dia bukan lagi troy X1, makhluk separa robotic yang di ciptanya dengan menggunakan teknologi tercanggih tapi dia sekarang ialah seorang manusia bernama azroy bin shariman. manusia yang pernah menewaskannya di suatu ketika dahulu. "gulp....", kaisar zios menelan air liurnya.

ASH (PG13)Where stories live. Discover now