ASH 64

442 41 16
                                    

faiz memandu kapal pejuang berbentuk trapezium itu sehingga sampai di pulau celestica. sebaik saja dia sampai di pulau tersebut dia meninggalkan isteri dan anak presiden ronald tramp dalam kapal piring terbangnya bersama cruz. dia mengarahkan cruz menjaga keselamatan isteri dan anak presiden ronald tramp sementara dia pula hendak pergi ke negara msia untuk mengambil isterinya, mardiah yang di tinggalkan keseorangan di rumah mereka. di sepanjang perjalanan dia berdoa semoga isterinya tidak apa apa. sebenarnya dia pun bimbang keselamatan isterinya. sudah lama dia tinggalkan isterinya di negara msia. entah dia masih hidup ke atau tidak dia sendiri pun tidak tahu. dia pun pantas menerbangkan kapal pejuangnya menuju ke negara msia.

tidak lama kemudian dia pun sampai di negara msia. keadaan di bandaraya lipis agak teruk. kelihatan begitu banyak kapal pejuang pihak musuhdan juga kapal pejuang milik tentera msia sedang bertempur di udara. kedengaran ledakan bom dan tembakan peluru berkumandang di udara tanpa henti. faiz memandang ke bawah. hampir semua bangunan di bandaraya lipis kini ranap akibat ledakan bom dan tembakan peluru dari kapal pejuang pihak musuh. kelihatan beberapa ahli tentera makhluk asing sedang bertarung dengan ahli tentera msia di celah celah reruntuhan bangunan yang ada di situ. Mereka bertarung dengan menggunakan senjata yang ada di tangan masing masing. ramai juga ahli tentera msia yang masih bertahan dalam menentang pihak musuh. mereka berbalas balas tembakan. faiz terpaksa meninggalkan bandaraya lipis buat seketika sebab yang ada di fikirannya saat itu ialah isterinya. dia memandu kapal pejuangnya menuju ke perumahan maduri. dia terkejut apabila dia melihat sebahagian daripada perumahan itu habis musnah terkena bom pihak musuh. dia semakin merasa bimbang atas keselamatan isterinya. dia cuba mencari rumah mereka yang terletak di hujung taman perumahan tersebut. alangkah lega hatinya bila dia melihat rumah mereka masih utuh berdiri. cuma dia lihat rumah tu agak sunyi sekali. macam tidak berpenghuni pula. perlahan lahan dia mendaratkan kapal pejuangnya di belakang kawasan rumahnya itu. suasana di perumahan tersebut agak lengang. mungkin semua manusia yang tinggal di situ sudah pun di bawa ke tempat yang lebih selamat. dalam diam dia meneka dalam hatinya. "oh... jangan jangan isteri aku pun di bawa ke tempat yang selamat tu?... hmm... entahlah... apa apa pun lebih baik aku pergi cari isteriku dalam rumah tu dulu...", bisik hati kecilnya. dia pun pantas melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. langkah kakinya terhenti bila dia lihat keadaan dalam rumahnya yang berselerak itu. keadaan dalam rumahnya tak ubah seperti terkena puting beliung pula. matanya mula mencari isterinya tapi bayang kelibatnya pun tak kelihatan.

"mardiah sayang... abang sudah datang ni... kau kat mana sayang?", soal faiz sebaik saja dia berdiri di ruang tamu yang sunyi sepi itu. tiada siapa yang menjawap soalannya. faiz mula mencari isterinya di seluruh ruang dalam rumahnya. cari punya cari tiba tiba saja dia terdengar seperti ada bunyi datang dari dalam almari pakaian miliknya dan juga isterinya. perlahan lahan dia menghampiri almari tersebut. gunstem di tangannya di pegang erat. dengan penuh berhati hati dia memegang tombol almari tersebut. dengan sepantas kilat dia membuka pintu almari tersebut. "oh... jangan bunuh aku, wahai makhluk asing... oh... tolonglah jangan bunuh aku... isssk... issskkk... issskkk...", kelihatan isterinya mardiah bersuara sambil menangis teresak esak. matanya di pejamkan erat. kelihatan airmatanya mengalir laju membasahi pipinya. tangannya pula terangkat ke atas seperti orang yang sedang mengaku kalah pula. manakala tubuhnya kelihatan menggeletar kerana ketakutan. "mardiah sayang... ini abanglah...", kata faiz sambil memegang bahu isterinya. perlahan lahan mardiah membuka matanya. kelihatan suaminya sedang berdiri di depannya sambil tersenyum lebar. "oh abang.... abang sudah balik... ohhh syukurlah...", dengan sepantas kilat mardiah memeluk suaminya itu. faiz segera memeluk isterinya. "oh... tahu ke abang yang makhluk asing datang menyerang semua manusia di bumi ini?.... ke mana abang menghilangkan diri selama ini? kenapa abang tinggalkan sayang macam ni?... sayang hampir saja di tangkap dan di bunuh oleh makhluk asing sebentar tadi tau... nasib baik sayang sempat bersembunyi kat dalam almari ni kalau tidak tak tahu lagilah apa yang terjadi pada sayang ni...", kata mardiah panjang lebar. "abang tak ada masa lah nak jawap semua soalan sayang tu... sebaiknya kita lari tinggalkan tempat ini dulu...", kata faiz. "tapi kita nak lari ke mana bang?", soal mardiah ingin tahu. "jangan banyak tanya... ikut saja ke mana abang pergi...", kata faiz. "oh... baiklah...", mardiah menganggukkan kepalanya. sebelum mereka pergi dari situ sempat lagi faiz memasukkan beberapa helai pakaian mereka di dalam beg pakaian. termasuklah beberapa helai pakaian anak lelaki mereka iaitu jefri dan ashriel. setelah siap semuanya mereka pun beredar dari situ.

"abang sebenarnya kita nak pergi ke mana ni?", soal mardiah sebaik saja mereka melangkah pantas meninggalkan kawasan rumah mereka. "kita naik kapal pejuang tu untuk pergi ke negara AS....", faiz bersuara sambil menunjuk ke arah kapal pejuang yang di maksudkannya sebentar tadi. langkah kaki mardiah terhenti sebaik saja dia melihat kapal pejuang tersebut. kalau tidak salah itu ialah kapal pejuang makhluk asing yang hampir saja menawannya di rumahnya sebentar tadi. dia jadi tak tentu arah. "oh tidak... aku tidak akan naik kapal pejuang tu...", mardiah bersuara seraya menggeleng gelengkan kepalanya. "kenapa sayang cakap macam tu pula?", soal faiz kehairanan. "bukankah itu kapal pejuang makhluk asing yang kejam tu?... tentu ada makhluk asing berada di dalam kapal pejuang tu...", kata mardiah ketakutan. "jangan takut... tak ada makhluk asing pun dalam kapal pejuang tu. abang seorang saja yang menggunakan kapal pejuang tu tadi...", kata faiz dengan jujur. "tapi... tapi...", kata kata mardiah terus di potong pantas oleh faiz. "tak ada tapi tapi lagi... mari ikut abang masuk ke dalam kapal pejuang tu...", kata faiz. dia memegang tangan kiri isterinya lalu di seretnya mardiah menuju ke kapal pejuang tersebut. "tak naklah bang... tak nak...", mardiah masih menggeleng gelengkan kepalanya tapi faiz tetap juga menarik tangannya sehingga dia dan isterinya melangkah masuk ke dalam perut kapal pejuang tersebut. "cuba sayang tengok... ada makhluk asing tak dalam kapal ni?", faiz bersuara sebaik saja mereka berada di ruang dalam kapal itu. mardiah terdiam seketika. matanya melilau ke sana ke mari mencari makhluk asing yang di geruninya sebentar tadi tapi tiada satu pun makhluk asing berada kat situ. "eh... kapal ni kosonglah.... mana pula perginya makhluk asing tu?", soal mardiah kehairanan.

"bukankah abang dah cakap tadi tak ada makhluk asing dalam kapal ni lorh... buat pengetahuan sayang abanglah orang yang telah memandu kapal pejuang ni dari negara AS sehingga selamat sampai ke sini hanya kerana abang nak selamatkan sayang...", kata faiz dengan pantas. "eh... sejak bila pula abang pandai pandu kapal pejuang ni? kapal pejuang milik makhluk asing pula tu...", soal mardiah semakin hairan. "sayang jangan cakap banyak... sayang duduk kat atas kerusi tu... biar abang bawa sayang pergi jauh dari sini...", faiz pantas mendorong tubuh isterinya menuju ke arah sebuah kerusi yang terletak tidak jauh dari situ. mahu tidak mahu mardiah pun duduk di atas kerusi tersebut. ketika faiz memasang enjin kapal pejuang itu tiba tiba kelihatan beberapa orang ahli tentera msia datang ke tempat itu dengan membawa senjata m-16 di tangan mereka. mereka mula mengepung kapal pejuang tersebut dengan penuh berhati hati. faiz sedar akan kehadiran pihak tentera msia di situ. sudah tentu mereka berfikir bahawa kapal pejuang tersebut di pandu oleh makhluk asing. maklumlah kapal pejuang itu memang milik ahli tentera makhluk asing sebelum ini sebab itulah mereka mula mengepung kapal pejuang tersebut secara senyap senyap. tanpa membuang masa lagi, faiz pun pantas menerbangkan kapal pejuangnya dengan kelajuan yang maksimum. "eiiiiii.....", mardiah menjerit ketakutan di tempat duduknya. sebenarnya dia merasa takut kerana suaminya menerbangkan kapal pejuang tersebut dengan laju sekali. faiz langsung tidak peduli dengan jeritan isterinya. dia pantas menerbangkan kapal pejuang itu menuju ke negara AS....

AUTHIR NOTE: Selamat berhari minggu pada semua member member kat wattpad ni. jika korang baca note ni senyumlah sikit. jangan bermasam muka ar. itu tak baik tau... p/s: kalau orang tanya napa senyum2 cakap je senyum tu menceriakan hari awak biar pun orang cakap awak gila sebab senyum seorang diri... hahahaha.... (just kidding... hehehe)

ASH (PG13)Where stories live. Discover now