ASH 58

473 69 16
                                    

- beberapa minit yang lalu -

kayla merasa hairan seketika. baru sebentar tadi dia mendengar kaisar zios mengarahkan jeneral troy X1 untuk memburu dan membunuh makhluk yang menyerang kapal induk mereka tapi tiba tiba saja kaisar zios membatalkan arahannya. "kayla... tolong padamkan arahan aku tu dari mikrochip di otak troy X1... aku rasa tak perlulah dia mencari kapal piring terbang halimunan tu. aku tengok ianya sudah hilang dari radar pengesan kita. so tak guna troy X1 menghabiskan masanya memburu 2 buah kapal piring terbang yang sukar di kesan. daripada dia terus membuang masa memburu 2 buah kapal piring terbang halimunan tu lebih baik dia mengetuai peperangan kali ini... sekarang kita perlukan khidmatnya.... so aku nak kau masukkan perintah baru dalam mikrochip di otaknya.... katakan saja, kaisar zios memerintahkannya agar kembali semula ke medan peperangan....", perintah kaisar zios. "baiklah tuanku...", dengan sepantas kilat kayla mendeletekan arahan tersebut dari sistem kawalan mikrochip di otak troy X1 melalui komputer induk yang terdapat di dalam kapal induk itu. maka dengan sendirinya, troy X1 kembali semula ke medan peperangan setelah mikrochip di otaknya menerima arahan tersebut. (so, korang sudah tahu kan apa sebabnya troy X1 tidak mencari 2 buah kapal piring terbang yang menghilang tu.... sebenarnya mizz sengaja tak nak add bahagian ni dalam page 57 tu. saja nak tengok reaksi korang bila troy X1 tidak menuruti arahan kaisar zios... teruk betul mizz ni kan buat korang tertanya tanya tentang jalan cerita ni yang sebenarnya... hahahaha..... okay, kita kembali semula kepada cerita ini.....)

sementara itu di pulau Celestica, kelihatan dua buah kapal piring terbang mendarat di pulau yang sunyi sepi itu. kapal piring terbang milik pyros dan kapten sharp mengalami kebakaran sedikit di bahagian belakangnya. kapten sharp segera memadamkan api kecil itu dengan pemadam api di tangannya. nasib baik api tu tidak marak sangat. kalau marak mungkin kapal piring terbang itu meletup di udara. setelah api di padamkan kelihatanlah lubang di bawah belakang kapal piring terbang tersebut. ianya akibat terkena ledakan peluru berpandu sebentar tadi. kapten sharp memerhatikan lubang itu. kapal piring terbang itu kini mengalami masalah wiring dalaman yang rosak dan ini menyebabkan lampu di dalam kapal piring terbang tersebut mati secara mendadak. bukan itu saja sistem shooternya pun rosak dan tidak berfungsi dengan baik. "macamana ni kapten sharp? kau fikir kapal ni masih boleh di baiki lagi ke?", soal ashriel ingin tahu. "boleh.... tapi lama juga nak tunggu kalau nak di baiki....", balas kapten sharp. "jadi macamana ni?.... pihak musuh akan menawan planet bumi ini jikalau kita tidak berbuat sesuatu sekarang...", ashriel bersuara sambil mundar mandir di hadapan mereka semua.

"bertenanglah ash.... kau janganlah stress sangat....", kata faiz cuba menenteramkan perasaan anak lelakinya itu. "siapa tak stress... aku dah susun plan A aku tu baik baik tapi last last tak menjadik pula. ini gara gara kapten sharp tak pasangkan sistem kebal kapal piring terbang tu... kalau dia pasangkan sistem kebal tu sudah tentu perkara ni takkan jadi macam ni....", gerutu ashriel cukup stress dan bengang. "maafkan aku, ash... sejak dua menjak ni aku selalu saja terlupa nak buat semua benda benda penting tu... maklumlah, aku ni kan sudah tua... lagi pula aku ni mudah pelupa... so, aku harap kau akan maafkan aku, ash...", kapten sharp bersuara setelah dia mendengar perkataan pemuda itu. "hm... baiklah, aku maafkan kau... tapi lain kali kau jangan lupa pula pasangkan sistem kebal tu bila kita berhadapan dengan pihak musuh... aku tak nak kita buat kesilapan yang sama semasa kita berada di medan peperangan....", kata ashriel setelah dia merasa okay sedikit. "baiklah... aku janji tak akan mengulangi kesilapan yang sama...", balas kapten sharp. "baguslah kalau macam tu.... apa apa pun kita kena fikirkan apa yang harus kita lakukan selepas ini...", ashriel bersuara perlahan lahan. "macam ni sajalah... memandangkan kapal yang satu tu sudah rosak, aku fikir lebih baik kita kembali semula ke medan peperangan dengan menggunakan kapal piring terbang aku ni....", kata faiz. "tapi macamana dengan kapal piring terbang yang satu ni pula?... siapa yang akan menjaga kapal piring terbang yang rosak ni nanti?", soal jefri secara tiba tiba. "tak payah jaga... biarkan saja ianya tersadai kat sini... tiada siapa pun yang akan mengganggunya kerana pulau ni tidak berpenghuni...", kata ashriel dengan pantas. jefri pun diam selepas itu.

"okay, kita cuba plan B pula... untuk plan B ni kita kena cari jalan bagaimana nak masuk ke dalam kapal induk makhluk asing tu...", kata ashriel. mereka pun mula berbincang dan berbincang. "aku rasa kita boleh mencuri masuk ke dalam kapal induk tu melalui pintu bawah kapal induk tersebut. tadi aku lihat pintu tu terbuka sebab ada beberapa kapal pejuang lain meluru keluar dari dalam kapal induk tu.....", kata kapten sharp. "hm....itu pun kalau ianya terbuka kalau pintu tu langsung tak buka, macamana?", soal faiz pula. mereka terdiam seketika. "aku rasa aku boleh tolong korang kot...", tiba tiba jefri bersuara. semua mata mereka kini terarah pada jefri. "maksud abang?", soal ashriel ingin tahu. "aku boleh tolong korang untuk bukakan pintu mothership tu dengan menggunakan bantuan laptop kecil aku ni...", jefri bersuara sambil menarik keluar laptop kecilnya dari dalam beg sandangnya. "oh... macamana kau nak buka pintu mothership alien tu dengan laptop kecil kau tu?", soal faiz pula. "aku boleh menggodam sistem komputer dalam kapal induk mereka.... mungkin dengan cara ini aku boleh mengarahkan komputer dalam kapal induk tu membukakan pintu utama kapal induk tersebut supaya senang korang masuk ke dalamnya....", kata jefri. "eh... abang pandai sangat ke dalam soal menggodam sistem komputer ni?", soal ashriel macam tidak percaya pada perkataan abangnya itu. "hey... aku ni pakar menggodam sistem komputer tau.... buat pengetahuan korang aku telah berjaya menggodam sistem komputer di universiti tempat aku belajar tu tanpa menghadapi sebarang masalah....", kata jefri dengan bangganya. "apa kau cakap?", faiz bersuara sambil menjegilkan matanya. "ooppsss... aku terlepas cakap daaa....", jefri terus menutup mulutnya. "buat apa kau hack sistem komputer universiti tempat kau belajar tu pula?", soal faiz cukup bengang. "er.... aku cuma nak tahu jawapan bagi soalan peperiksaan semester pertama tu.. so aku pun....", kata kata jefri terhenti sebaik saja dia melihat papanya hampir saja menampar wajahnya namun papanya di halang oleh ashriel.

"sabar papa... ini bukan masanya untuk kita mempersoalkan perkara seperti itu.... sekarang kita perlu tumpukan perhatian kita pada peperangan yang melanda dunia sekarang ini...", ashriel bersuara sambil memegang tangan papanya faiz. bila faiz mendengar perkataan anaknya itu dia pun diam membisu. "abang jef, kau boleh tolong kami tapi dengan satu syarat... kau harus lakukannya secepat mungkin sebab kita sudah tidak ada banyak masa lagi ni...", kata ashriel pada abangnya itu. "baiklah....", balas jefri sepatah. "tapi sebelum tu aku nak semua senjata dan peluru berpandu yang ada di dalam spaceship yang rosak tu di masukkan ke dalam spaceship kita ni sebab kita akan memerlukannya kelak...", kata ashriel. "baiklah....", balas kapten sharp. mereka semua pun mula bekerjasama memunggah senjata dan peluru berpandu ke dalam spaceship milik faiz. setelah siap semuanya ashriel pun bersuara pada mereka semua. "mari kita pergi dari sini....", ashriel mula melangkah masuk ke dalam kapal piring terbang . mereka yang lain pun turut melangkah masuk ke dalam kapal piring terbang tersebut. ketika jefri sedang berpapasan dengan papanya faiz di pintu masuk ke dalam kapal piring terbang itu, lengan kirinya terus di raih oleh papanya. "kau akan terima hukuman di atas perbuatan kau tu kelak apabila peperangan ini berakhir....", kata faiz pada anaknya itu. jefri hanya mendiamkan dirinya ketika dia mendengar perkataan papanya. dia tahu papanya masih marah padanya. perlahan lahan faiz melepaskan lengan kiri anak lelakinya itu. kemudian dia melangkah pergi dari situ. tidak lama kemudian kapal piring terbang yang di naiki mereka pun mula meluncur laju meninggalkan pulau tersebut.

AUTHOR NOTE: jikalau korang sukakan cerita ni, korang bagilah vote. jikalau korang tak suka cerita ni jangan baca or vote.... oh bagi silent reader tu anda di persilakan baca cerita ni at any time yang korang nak.... jikalau silent reader tu nak bagi vote, korang di persilakan memberi vote. jikalau korang tak nak, mizz tak paksa korang pun... itu mengikut budi bicara dan kemahuan korang sendiri... bagi mizz kan, mizz tak kisah jikalau tak ada orang yang nak bagi vote. yang penting mizz sudah tulis cerita ni dengan sebaik mungkin.

ASH (PG13)Where stories live. Discover now